Pages

  • Home
  • Travel
  • Foods
  • Aktiviti Keluarga
  • Tutorial

The Kipidap


Alhamdulillah... Aqil sekali lagi diberi peluang dalam dunia blogging. Pada petang Sabtu bersamaan 23 Disember 2017 lalu, Aqil diberi kesempatan untuk menyertai Pelancaran Kerusi Urut Gintell De'Space Star di IOI Mall, Puchong sempena Christmas Health Fair pada kali ini. Seperti yang sedia maklum, Gintell menganjurkan pameran kesihatan ini untuk meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.



Bukan mudah umur seperti Aqil yang baru berusia 12 tahun ini sudah mula berjinak dengan dunia blogging. Namun, dek kata semangat Ibu dan Ayah serta dorongan Kakak dan Abang saudara iaitu LeYa dan Otomen Taro, Aqil berjaya menempuh cabaran dan liku-liku untuk menjadi seorang blogger sekaligus menjadi penulis untuk Blog Laman Keluarga yang dah lama bersawang ini. Hahahaha....


Menurut Ketua Pegawai Operasi Gintell, Encik Simon Hue, "Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak mengambil berat akan kesihatan diri dan menyebabkan masalah atau gangguan kepada kesihatan. Alasan yang sering didengari adalah tiada masa." Jadinya, dengan kemunculan Kerusi Urut De'Space Star dari kami ini, ia telah merevolusikan kepada penyelesaian masalah yang dihadapi rakyat Malaysia itu.



Kerusi Urut De'Space Star dari siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan ini menjanjikan elemen yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Satu bebola direka khas untuk menyediakan urutan seperti urutan tangan sebenar. Selain itu, terdapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap yang juga melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur.

Produk yang baru sahaja dilancarkan ini oleh Datuk Jalaluddin Hassan ini ditawarkan dengan harga RM11,836. Kerusi urut ini menyediakan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Antaranya Yoga Stretch yang menyediakan manfaat dan fungsi senaman yoga.


Hari itu juga, Gintell membuktikan komitmen yang sangat baik kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menganjurkan program bual bicara kesihatan "Breathing Well with Yoga" yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys. Manakala Datuk Jalaluddin menghiburkan para peminatnya dengan sesi ramah mesra secara eksklusif.


Bersempena Hari Krismas dan Tahun Baru, GINTELL akan mengadakan promosi pameran kesihatan sehingga 1 Januari 2018 di mana pembeli akan dapat menikmati rebate tunai secara istimewa sebanyak RM2,000 dengan setiap pembelian Kerusi Urut De'Space Star.

Layari www.gintell.com untuk ketahui maklumat lanjut atau hubungi talian 1-800-88-6332. 
  • 0 Comments

Apa kata bawa orang tersayang, sahabat, rakan sekerja dan keluarga untuk merasai keunikan berswafoto di Art Sphere, The Atmosphere Seri Kembangan.

Satu pengalaman manis dan tak dapat dilupakan ketika Aqil menjejakkan kaki ke sini. Bukan tak pernah ke 3D Arts tempat lain. Namun, di sebalik lukisan yang ada di sini memang menarik dan unik.

Malah korang akan rasa seperti memasuki cabaran mencari lukisan-lukisan 3D yang ada di sekitar Artsphere. Aqil dan dua saudara iaitu Amrina dan Rayyan berjaya menjejakkan kaki ke sini untuk mencipta Taravelogue Malaysia : Selangor Destinasi Percutianku bersama dua saudara Aqil yang sememangnya blogger, iaitu Kak LeYa dan Abang Otomen Taro.




Bagi menarik pengunjung menikmati keindahan dan kecantikan lukisan 3D yang terbaik dari Art Sphere, pelukis memilih dekorasi yang cukup mempesonakan dan warna yang digunakan juga sangat cantik dan baik.




Mengharapkan lebih banyak lukisan menarik di sini. Korang pasti terpegun dan teruja untuk menjejakinya. Menggabungkan konsep seni tradisional dan moden menjadikan lukisan-lukisan yang ada sangat cantik di mata Aqil dan yang lain-lain.





Sebarang pertanyaan mengenai Art Sphere, The Atmosphere Seri Kembangan adalah seperti di bawah:

Alamat : The Atmosphere Sdn Bhd, 1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

GPS Coordinate : N 2° 58.952’ E 101°39.767’

Website : www.theatmosphere.com.my

No. Telefon : 03 - 8942 3663 

Facebook : https://www.facebook.com/artsphere208ty
  • 0 Comments

RANTAU merupakan mukim atau pekan kecil dalam daerah Seremban. Terdapat beberapa perkampungan yang anda boleh lawati di situ. Antaranya Kuala Sawah, Siliau, Kg. Sega, Linsum dan Ayer Kuning yang telah membentuk menjadi sebuah pekan yang dinamakan Rantau. Kini, Pekan Rantau juga semakin maju dengan terdapatnya kemudahan-kemudahan seperti RHB Bank, KFC, Seven Eleven dan Pejabat Pos.

Rantau merupakan kawasan pertanian dan juga ladang-ladang getah. Masyarakatnya majmuk yang terdiri daripada keturunan Melayu, Cina dan India. Rantau juga merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Dato Hj Mohamad bin Haji Hassan selaku Menteri Besar Negeri Sembilan. 


Kenali Asal Usul Nama SILIAU

Pastinya masih ramai lagi yang belum tahu dari mana nama Kampung Siliau yang ada di Rantau. SILIAU berasal dari perkataan Cina yang membawa maksud SI ialah mati dan LIAU pula ialah habis. 

Menurut sejarah, pada pertengahan abad ke-18, permintaan bijih timah bermula dan telah mendorong pelombong Cina untuk meneroka lombong baru. Keadaan ini berterusan sehingga ke Kampung Pengkalan yang kedudukannya berada di tepi Sungai Linggi yang mana telah lama didiami masyarakat Asli dan Melayu. Sekumpulan pelombong Cina yang datang dari Sungai Ujong atau Lukut telah datang meneroka lombong bijih timah di hilir Kampung Pengkalan. Mereka juga turut mendirikan rumah kongsi yang berbentuk bulat sert runcing di bahagian bumbungnya manakala di bahagian dalam sebelah atas dilengkapkan dengan peran (loteng) bagi menyimpan barang-barang berharga. 

Beras menjadi sumber makan utama bagi pelombong Cina di samping beras tersebut juga digunakan untuk membuat minuman yang diberi nama samsu. Penduduk tempatan kebanyakannya adalah golongan petani yang mana mereka menanam padi huma dan sawah dan digunakan untuk keperluan sendiri sahaja dan bukannya untuk dijual. Keadaan ini mendorong pelombong Cina melakukan kegiatan menyamun padi penduduk kampung yang disimpan di kepok padi. Penduduk tempatan kemudiannya menggerlarkan kumpulan pelombong Cina ini dengan gelaran CEMPIYANG.


Kegiatan kumpulan Cempiyang semakin berleluasa dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk tempatan terutama sekali pada waktu malam. Akhirnya, telah mendorong 3 orang pendekar Melayu yang bersepakat untuk menghapuskan Kumpulan Cempiyang itu. 

Selain itu, bermain judi dan minum samsu menjadi tabiat pelombong Cina di waktu malam. Pada waktu siang, ketika pelombong Cina keluar bekerja, ketiga-tiga pendekar tadi menyelinap masuk ke rumah kongsi dan bersembunyi di peran (loteng). Bila malam menjelma, sewaktu pelombong Cina tidur kerana terlalu mabuk minum samsu lantas 3 orang pendekar  ini turun dan membunuh mereka semua. Sejak dari itu, tempat itu dinamakan SILIAU yang akhirnya menghilangkan nama asal kampungnya iaitu Kampung Pengkalan dan lain-lain.
  • 2 Comments
Assalamualaikum Admin ucapkan kepada semua pembaca blog Laman Keluarga ini...

Sumber gambar dari Google
Pengusaha produk kosmetik Eyka Beauty Worldwide, Datin Seri Nur Shafiqah Noor Azmi (Fika), 28 tahun, terharu selepas seorang penyanyi dangdut popular Indonesia, Cita Citata sudi merakamkan video mempromosikan tiga produk kosmetik di bawah keluaran syarikatnya.

"Cita memaklumkan pada pelawak Vicka kumpulan SayWho yang dia mahu mempromosikan produk saya di laman sosial Instagram melalui akaun peribadi miliknya namun tidak dapat kerana masih mempunyai kontrak dengan pihak pengurusannya."

"Walau bagaimanapun dia memberi kebenaran memuat naik video itu di Instagram milik saya, @qasehfeyca tanpa mengenakan sebarang caj tambahan,"katanya.

Fika mengenali Cita Citata melalui Vicka SayWho yang juga rakan karib penyanyi terkenal dengan lagu Sakitnya Tuh Disini, Goyang Dumang dan Perawan atau Janda, awal bulan ini.

Selama berurusan, Cita seorang yang menyenangkan dan tidak sombong.

Cita memberitahu dia berkemungkinan besar akan mengunjungi Kuala Lumpur pada Ogos nantu untuk bercuti.

"Dia berhasrat membincangkan perancangan syarikat saya  untuk melantiknya sebagai duta produk."

"Kami berminat melamarnya sebagai duta dan akan melakukan pelancaran produk Eyka Beauty Worldwide penghujung tahun ini atau awal tahun depan sempena memperkenalkan satu lagi produk kosmetik kami,"katanya.

Produk ini akan memasuki pasaran Timur Tengah Disember depan di mana beberapa program membabitkan penggunaan produk ini sudahpun dijangka.

Sumber: GOSIP CERITA TERKINI ARTIS
  • 0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jom Tonton pengalaman wanita sebenar dari selebriti tempatan mengenai apa yang mereka hadapi bersama Adibah Noor, Petrina Thong, Shazreen Fazlynda, dan Gurmit Singh.

http://anagurlz87.sharethisstory.net/my-698606-11030?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

http://anagurlz87.sharethisstory.net/my-698606-11030?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

[VIDEOS] Gurmit Singh, Adibah Noor & Other Famous Personalities Get Real About Periods


  • 0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Admin ucapkan kepada semua pembaca blog Laman Keluarga Hajah Lijah & Co.


Okay guys.... Dah pasti lah kan musim cuti menjelang raya ni ramai yang akan meninggalkan rumah dalam jangka masa yang panjang tanpa penghuni. Dan kebarangkalian akan terjadi bermacam-macam perkara yang kita tidak ingini. Jadi, banyak aspek keselamatan harus dititikberatkan agar masalah tersebut tidak berlaku.

Ni pun dah nak raya. Dah Ramadhan ke-20 pun kita berpuasa. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi, ramai di antara kita akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak-saudara.Dan, di kesempatan masa yang masih ada ni, eloklah kiranya kita buat sedikit persediaan awal atau langkah berjaga-jaga sebelum berlaku perkara seperti rumah dipecah masuk dan sebagainya.

Menerusi perkongsian dari laman pihak berkuasa iaitu Polis KL, ada dikongsikan beberapa tip yang boleh kita lakukan untuk memastikan kediaman kita selamat dari menjadi tumpuan penjenayah.

Jom, ikuti perkongsian dari laman ini:-


TIPS MENCEGAH JENAYAH PECAH RUMAH

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

3. Jika ada autotimer lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.

4. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.

5. Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.

6. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.

7. Pastikan tiada barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.

8. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.

9. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.

10. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti berikut: Nama dan alamat Nombor telefon yang mudah dihubungi Tarikh berlepas dan balik Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.

11. Untuk lebih selamat, dinasihatkan mengambil polisi Insuran untuk melindungi rumah dan barang berharga.
 
SELAMAT BERPUASA. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. HATI-HATI DI JALAN RAYA.
 
Sumber:- Polis KL & Siakap Keli.
  • 0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terkini, diberitahu terdapat sebuah lokasi Restoran KFC sudah ada di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. Wahhhh.... Ini adalah satu perubahan dan evolusi perkembangan yang ada di situ. Dengan kemunculan Restoran KFC ini, lebih pesat lah Pekan Rantau membangun di era globalisasi ini.


Berbalik kepada realiti. Hari ini sudah pun masuk Hari Ke-19 umat Islam berpuasa. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Admin sendiri pun lama tak mengemaskini laman blog milik Laman Keluarga Hajah Lijah & Co ini. 

Bulan Ramadhan, ramailah di kalangan kita mencari lokasi berbuka puasa yang sedap dan selesa untuk nikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Memang tidak dinafikan, berbuka di rumah dengan masakan air tangan ibu itu lebih sedap. Namun, terkadang citarasa tekak kita ada juga inginkan kelainan. Jadi, tidak salah kiranya untuk berbuka di luar rumah.


BERBUKA PUASA DI KFC PEKAN RANTAU

Jalan-jalan Ramadhan Admin pada tahun ini terhenti di Restoran KFC Pekan Rantau untuk menjamu selera bagi berbuka puasa dengan rakan-rakan. Kenapa Admin memilih Restoran KFC Rantau? Masih banyak lagi lokasi KFC di tempat lain? 

Admin memilih lokasi di Rantau memandangkan ia merupakan lokasi baharu yang patut dihebahkan kepad umum agar lokasi Rantau menjadi tumpuan pelancong untuk datang ke situ. Sebuah pekan kecil tak semestinya tiada tempat menarik. Jadi, disebabkan itu lokasi Restoran KFC, Rantau menjadi Admin dan rakan-rakan untuk berbuka puasa kali ini.


Di sebalik pekan kecil Rantau ini, banyak tersimpan memori indah Admin di sini sejak kecil. Di sinilah Admin dibesarkan sehingga membawa Admin terbang jauh ke perantauan Ibu Kota. Pekan kecil yang menyimpan seribu makna dalam hidup Admin. 

Siapa kata di lokasi Rantau ini tiada tempat peranginan? Bagi pelancong yang ingin nikmati suasana kampung yang damai lebih elok kiranya singgah melancong di sini. Antara tarikan yang ada di Rantau, Negeri Sembilan ialah:-

  1. Rantau Eco Park
  2. Menginap di Homestay Laman Che' Dinnah
  3. Menginap di Homestay Linsum Longhouse
  4. Rantau Agro Park
  5. Masjid Jamek Rantau
  6. Dan banyak lagi yang mungkin Admin belum teroka.
Menarik bukan??? Di pekan kecil Rantau ini masih terdapat banyak lagi lokasi menarik yang harus anda semua kunjungi bagi menjalankan aktiviti riadah / percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • 3 Comments
Assalamualaikum semua pembaca Blog Laman Keluarga. Didoakan semoga sihat walafiat. Alhamdulillah, bertemu kembali dalam blog ini untuk memberikan info menarik buat anda semua.
 
  
Alhamdulillah, 4 orang dari ahli Laman Keluarga Hjh Lijah & Co. telah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 11 Februari 2017 yang lalu di bawah Agensi Andalusia Travel & Tours.
 
Ditemani keluarga dan sanak-saudara tersayang sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah
 
Alhamdulillah, doa termakbul secara cash di sana!
 
Tidak semena Admin di Malaysia dapat rasakan di mana doa-doa yang dikirimkan dipermudahkan segala urusan Admin di sini. Admin sangat-sangat terharu dan mengucapkan terima kasih dan syukur di atas segalanya. Dan terima kasih juga kepada Allah yang Maha Esa kerana memperkenankan doa itu.
 
 
Pengalaman Mengerjakan Umrah
 
Dek kerana bukan Admin yang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, jadinya Admin tidak ada pengalaman untuk diceritakan lebih panjang di sini. Dapat Admin simpulkan di mana memang sayu hati dan seronok dapat beribadat di sana. In-shaa Allah suatu hari nanti doa Admin untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Mekah dapat jua dimiliki. Hanya dapat melihat pengalaman mereka dari gambar-gambar yang dikirimkan melalui pesanan ringkas WhatsApp, teknologi terkini yang menghubungkan antara satu sama lain walau dalam jarak yang jauh.
 

 
Melihat kaabah di gambar atas, Admin rasakan seperti Admin yang berada di situ. Alangkah gembiranya dapat melihat kaabah di hadapan mata.
 
 
Setiap detik dipenuhi dengan amalan-amalan ibadah kepada Allah. "Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk turut menjejakkan kaki ke sana jua."
 
 

 
Bahagia dirasakan dari gambar-gambar yang dikirim. Semoga Tuan Hj Razaly dan Puan Hjh Faziah serta En. Norazman dan Pn. Nurul Ain mendapat umrah yang maqbul. Semoga perjalanan umrah dan ziarah mereka di sana diredhai dan diberkati. Kami di sini menunggu kepulangan dengan berita yang gembira.


  • 1 Comments
Newer Posts Older Posts Home

search

About Us


Hi! We are The Kipidap

An adventure travel, lifestyle blogger, and foods.


Hi! I'm Paul Harrington

Followers

Blog Archive

  • ►  2023 (2)
    • ►  November (2)
  • ►  2022 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2017 (8)
    • ▼  December (2)
      • Pelancaran Kerusi Urut GINTELL De'Space Star Di IO...
      • Keunikan Art Sphere Di The Atmosphere Seri Kembangan
    • ►  November (1)
      • Kenali Asal Usul Nama Kampung SILIAU, Negeri Sembilan
    • ►  July (2)
      • Cita Citata Bantu Promosi Produk
      • Kenali Keperibadian Selebriti Terkenal - Gurmit Si...
    • ►  June (2)
      • 11 Tindakan Wajib Perlu Kita Lakukan Sebelum Tingg...
      • Berbuka Puasa di KFC Pekan Rantau, Negeri Sembilan
    • ►  February (1)
      • Umrah & Ziarah di Tanah Suci Mekah
  • ►  2016 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  November (3)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
  • ►  2013 (8)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (8)

Blog Wajib Singgah!

  • Blog LeYa
  • Portal HRs
  • Wafa Adlina
  • LF Production

Labels

Aktiviti Keluarga Artikel Berita Terkini Cerpen Conteng-Conteng Cuti-Cuti Sekolah Dekorasi Destinasi Menarik Festival Floria Putrajaya Foods Gosip Artis Holiday Keagamaan Keluarga Kesihatan Komputer Lifestyle Pengumuman Percutian Percutian Bajet Review Places Tips dan Panduan Travel Tutorial

Advertisement

Total Pageviews

Created with by OmTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates