Friday, January 20, 2012

Hari Keluarga 2012

Friday, January 20, 2012 0
PENDAHULUAN:

Program yang dirancang ini merupakan satu strategi iaitu menyediakan aktiviti kesukanan yang diminati sebagai tarikan di dalam suasana mesra dan ceria. Menyediakan aktiviti yang sihat dan berfaedah dalam mengisi masa lapang dan dengan ini Insya Allah akan dapat mengurangkan gejala keruntuhan akhlak dan seterusnya dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga.


OBJEKTIF:

Mengisi masa lapang ahli keluarga dengan aktiviti yang berfaedah mengikut kehendak dan citarasa mereka serta mempupuk silaturrahim antara satu sama lain.

Mencetus kesedaran, memikat imaginasi dan melahirkan generasi muda kearah penghidupan yang berkualiti untuk diri sendiri dan masyarakat.

Melahirkan generasi muda yang sihat fizikal/mental dan mempunyai semangat kesetiakawanan yang jitu.

TARIKH:

21 Januari 2012 – 24 Januari 2012

TEMPAT:

Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan

PENYERTAAN:

26 orang terdiri dari 6 ahli keluarga.

AKTIVITI


Klik pada gambar untuk papran lebih jelas


PENUTUP

Semoga usaha-usaha murni ini untuk mengisi masa lapang bersama keluarga dengan aktiviti berfaedah mendapat pertimbangan sewajarnya daripada semua pihak.

Hasrat saya untuk melahirkan keluarga yang berkualiti dan sentiasa taat setia kepada sesame keluarga, bangsa dan negara akan tercapai sekiranya dapat disatukan untuk memantapkan serta menyediakan mereka dengan program-program mesra ini.


Sekian, terima kasih.