Wednesday, March 18, 2009

Ilham tersendiri konsep zen

Wednesday, March 18, 2009 0
Oleh Hartini Mohd Nawi





SETIAP penataan ruang mengilhamkan gaya tersendiri mengikut fungsi supaya segala perabot dan perhiasan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Susun atur ruang yang ringkas dengan kehadiran perabot utama bersifat dwifungsi turut menggambarkan kriteria cita rasa dan gaya hidup pemiliknya.

Melihat kesinambungan itu, Star Living bagaikan pusat sehenti hiasan dalaman khususnya bagi anda yang meminati konsep zen.

Menurut Pengurus Besar Star Living, Liz Goh, idea mengetengahkan konsep berkenaan selari dengan pengenalan perabot berjenama Zen Tradition."Kini menghias ruang mengikut konsep pilihan sudah menjadi kemestian kepada setiap pemilik kediaman kerana idea penataan memberikan persepsi berbeza."

Apatah lagi perabot Zen Tradition ini bukan sekadar melengkapi konsep Zen, malah turut menyerikan pelbagai konsep lain termasuk klasik dan suai padan," katanya.Liz berkata, pengaruh zen sama juga dengan konsep dekorasi lain yang meletakkan aspek kedamaian sebagai perkara paling utama pada setiap tata hiasnya.

Susun atur ringkas memberikan keselesaan ruang pergerakan dan membuatkan sesiapa saja terasa lebih lapang.Penggunaan warna-warna alam ternyata memberikan kesan yang lebih mendamaikan serta suasana tenang sepanjang masa.

Rona lembut yang digabungkan pada konsep zen itu sendiri sentiasa mampu memberikan sentuhan santai siang dan malam.
Selain mengutarakan ciri praktikal, perabot pilihan utama juga berperanan sebagai dwifungsi penuh keselesaan.Bagi memberikan kelembutan dan konsep zen kepada aliran reka bentuk perabot pilihan, kemasan dari jenis fabrik bertekstur diberi keutamaan dengan variasi warna semula jadi seperti krim, coklat dan hitam.

Setiap ruang utama pula diserlahkan fungsinya melalui penggunaan kemasan lantai kayu untuk menggambarkan suasana santai sepenuhnya.Kehadiran tingkap jenis cermin yang luas dan panjang berfungsi memaksimumkan pemandangan di luar. Jika ingin menyedut udara segar, anda boleh menolak daun tingkap ke luar tetapi keluasan bukaan tingkap yang terhad dibuat untuk memastikan keselamatan.

"Bagi anda yang menggemari konsep zen dalam suasana klasik boleh menggunakan kreativiti yang diketengahkan kerana istilahnya ialah tinggi nilai dan mutu dengan reka bentuk abadi sepanjang zaman."Aspek yang paling ketara ialah penggunaan warna semula jadi terutama coklat, putih dan hitam bersama kombinasi aksesori hiasan gaya zen yang ringkas," katanya.

Dalam menzahirkan suasana berkonsepkan zen, segenap ruang pameran Star Living yang membawa jenama Zen Tradition itu didekorasikan bagai sebuah kediaman sebenar.

"Sekurang-kurangnya kami dapat berkongsi idea penataan konsep zen dengan kemasan perabot dan aksesori hiasan Zen Tradition," katanya.

Pada masa yang sama konsep zen yang diberi sentuhan gaya ringkas, klasik, minimalis zen dan moden kontemporari turut diketengahkan bagi memberi pilihan kepada pengunjung.

Anda yang berminat boleh berkunjung ke Star Living di 180, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur atau layari laman web www.starfurn.com.

Monday, March 16, 2009

4 Cerpen

Monday, March 16, 2009 0
Aku terbaca artikel ini di utusan malaysia. dan aKu rasa angat menarik untuk ku kongsi bersama.Jadi aKu paparkannya di sini agar kalian sume dpt sama2 membaca...

Oleh Daeng Ramliakil

1. PENJARA

Suhaimi Haji Muhammad dipenjarakan. Barangkali kerana menulis lirik-lirik puisi. Boleh jadi juga kerana dia gelisah berada di dalam bebas, lalu, dia meminta dipenjarakan. Atau, mungkin juga aku tidak tahu apa-apa, lalu dia dipenjara, dikurung supaya dia bebas. Sebetulnya aku tidak tahu apa-apa.

Dia memegang jeriji besi penjara, mengurut -ngurutnya. Sambil menulis puisi-puisi yang lebih kental, lebih likat.

Semua orang di dunia ini terpenjara sebenarnya, katanya kepadaku. Aku begitu bodoh ketika itu. Dan sebetulnya aku begitu bodoh. Mungkin, mengikut perkiraan bangsaku, bangsa Malaysia, mengaku bodoh adalah hina. Dan sememangnya aku hina. Aku cuma mengikut ilmu. Kerana bodohlah aku mempelajari ilmu.

Aku mengulangi kata-kataku kepada saudara. Sebetulnya, semua orang di dunia ini terpenjara, terantai. Lihat saja apa kata Rousseau. Orang-orang sibuk di dunia ini, dikurung. Yang lebih hebat, menteri-menteri atau pemimpin ekonomi, dipenjara, dikawal.

Sebetulnya, mereka itu mungkin pengecut, bukan berani kerana benar, kerana mereka untuk sekian lamanya membentuk gengsinya dengan kepengecutan. Kerana itu mereka dipenjarakan.
Barangkali saudara gila, kataku. Gila di penjara. Aku tidak segila saudara, katanya. Mungkin kerana aku menulis. Barangkali juga aku menjadi terlalu pemikir.
Katanya saja begini. Keterlanjuran. Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Lihat saja kata Shakespeare, to be or not to be, that‘s the question. Keterlanjuran.

Sore itu aku menziarahinya di rumah. Katanya kepadaku.
“Rumahku seperti penjara. Aku percaya bahawa saudara juga terpenjara di rumah. Tadi saudara keluar daripada penjara di sana lalu saudara memasuki penjaraku.”

“Tidak”

“Habis, bagaimana?”

Aku diam.

“Bagaimana? Jawab soalanku”

“Aku jawab begini saja : Aku membawanya bersama-samaku”

Ketawanya meledak. Beberapa butir percikan air liurnya menikam pipi lantas saja menikam hatiku.

Memang, orang-orang di penjara, kasar-kasar belaka, bisik hatiku spontan. Aku melihat saja ronanya. Dia bengis sekali ketika ketawa.


2. MANUSIA

Anaknya lahir. Isterinya pucat sekali tapi masih bisa senyum puas. Sepuas seorang perempuan menyempurnakan tanggungjawabnya. Tanggungjawab beranak. Dia merenung muka isterinya. Dia masih mengunci mulutnya. Belum bersedia untuk berbicara. Isterinya senyum, dia senyum.

Sewaktu doktor mengucapkan tahniah, dia terpinga-pinga. Baginya untuk apa tahniah diujarkan oleh orang bijak pandai seperti doktor. Dia tidak mengerti. Baginya, kadang-kadang orang bijak pandai itu bisa juga berkelakuan pandir-pandiran. Cuma sekadar mahu menyatakan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya ‘menjalankan tugas perbidanan’, tahniah dihulurkan untuk dipulangkan kembali kepada diri sendiri.

Di dalam otaknya, perkataan itu belum timbul. Sebetulnya dia takut, kerana itu, dia tercari-cari, teraba-raba. Yang jelas berserakan ialah abcdef yang tercantum-cantum dengan penyakit yang kini menular dunia manusia. Perkataan-perkataan yang tertera kali berkali, AIDS yang pernah meruntuhkan adab dan fitrah manusia di zaman Luth, kokain, rasuah, hipokrit, oportunis dan para peniaga agama, peniaga bangsa dan peniaga negara, atau Qarun.
Dia memandang wajah doktor dengan pandangan yang bodoh, dungu. Sewaktu dia turun ke lapang letak kereta, hatinya masih gelisah. Dia melihat adiknya yang menunggu.

“Aku cukup takut”

“Kenapa? Bayaran klinik terlalu mahal?”

“Habis?”

“Banyak lagi yang lebih penting yang mesti diambil peduli secara serius, bawakan duit.”
Adiknya terdiam. Dia takut untuk menyambung percakapan. Dia tahu abangnya kini kusut fikirannya. Tidak jelas, apa yang mengusutkan fikirannya ketika itu. Yang pasti, kusut. Seperti biasa jika begitu, dia tidak perlu masuk campur untuk tidak menerima tengkingan.


3. AKUKAH

Malaysia menelan Akukah. Sewaktu Akukah menapak di hentian pesawat udara Subang, dirinya terasa dikulum lumat pertapa. Tapi, sebenarnya, sewaktu di Soweto lagi, 15 batu ke selatan Johannesburg, dia ditelan kami.

Di hotel, Akukah melempar mata sejauh-jauhnya. Hijau, jalan raya lebar hidup lebih mewah dari Johannesburg, apalagi Soweto.

Di hotel yang lain, Akukah melontar mata semahu-mahunya. Rasa chaos membanjirinya. Rumah kampong, manusia sawo matang, berkain batik, berjejeran memenuhi ruang.
Di pantai, dia berbual dengan pasir, ombak, kolek semacam meniru Onassis sewaktu di pekan kecil terpencil di gigi air.

Akukah mencari ombak penyuci pasir. Dihulur kaki hitam, buih-buih mengerumuni dan memecah satu persatu. Waktu itu, beberapa butir manik berlari-lari menuruni dagu. Dia dapat menikmati kata bahawa hidup ini memang indah dan menawan. Dengan lembut, butir-butir pasir yang manja melekat di kaki ditiupnya. Menggunakan jari-jari terasa kasar tidak sopan. Dia bangkit sigap, menapak sekadarnya menuju sebuah kolek sepi di pangkal kelapa condong arah matahari naik.

Dia mampu membaringi perut kolek berbantal silangan tangan kiri kanan. Tergadah. Mata dilempar sejauh-jauhnya. Langit luas dan diri terasa amat tinggi berbanding lain-lain objek sisi.
Benarlah Malaysia menelanku bulat-bulat, tak berbaki. Katil hotel memuaskan nafsuku semahu-mahunya. Permukaannya dipenuhi novel, buku dan majalah. Akukah ketemu Samad Said menerusi Hujan Pagi, Dr. Ishak Haji Muhammad, Dr. Budi Dharma, Dr. Umar Khayyam, Dr. Hamzah Bague Yassin, Latiff Haji Mohiddin. Engkaukah? Aku belum bisa membacanya, soal bahasa.

Sewaktu melunaskan bil penginapan dua minggu di kaunter hotel, dia meladeni pertanyaan-pertanyaan penanya dengan riang dan puas.

Akukah mengangkat beg yang agak berat dengan mata yang liar mencari teksi. Haluannya ke hentian pesawat udara. Sesudah itu, dia menuju selatan. Akukah melangkah bumi selatan, bumi yang menabiri kota atau negara kosmopolitan. Akukah memutuskan untuk menginap seminggu di situ.

Sewaktu menikmati secangkir kopi di sebuah warung, Akukah berhajat untuk berkomunikasi. Pada mulanya memang sudah. Kopi sudah diperoleh. Kali ini, dia ingin lagi. Dikemukakannya beberapa patah kata sebagai simbol-simbol pernyataan. Ulangan demi ulangan terjadi. Si tua itu gagal memahaminya, Cuma dia membalasinya dengan senyum.

Walau apapun kata yang diluahkannya, asal saja bisa mendengar suara bahasa itu, dia terasa alat penerima simbol-simbol bahasa itu terisi.

Kami masih satu juta di Afrika Selatan, sekalipun bahasa kami Africkaan dan Inggeris. Ketahuilah bapak, kita masih mampu bernafas di sana. Sama seperti di Peru, Panama, England, Amsterdam, Thailand, Burma, Amerika, Kanada, Jepun, India dan Taiwan, sekalipun sedikit terhimpit. Soalnya kemampuan untuk hidup itu soal peribadi. Mampu bersaing secara positif, dihormati, kaya, ternama, sepertiku.

Aku bangkit dengan aturan cara yang terancang, rancangan ibu bapaku, yang menyedari bahawa kami adalah keturunan terbuang dari sebuah negara yang pernah dijajah. Lautan luas tidak memungkinkan kami kembali secara pelayar purba Bugis. Kami wajar tegak di bumi baru, yang juga menjanjikan udara, matahari dan bumi yang tetap sama. Malam dan siang masih serupa. Bintang di langit malam tidak pernah menipu kumpulan itu. Nenek moyang kami yang kini bersenang-lenang atas dasar mengisi sikap positif kepada generasi baru sesekali keluar dari kuburannya. Melihat kami. Ada baju, rumah, makanan, pendidikan, dan penghormatan.
Si tua mengukir senyum. Sesekali melihat muka yang merenunginya. Tangan agak sibuk membancuh minuman dan menghulurkan kepada pemesan.

Sewaktu aku di pantai, ombak yang biasa sesekali dengan nenek moyangku dulu, tidak juga terpegun melihat kehadiranku, malah, diladeninya semesra itu juga. Begitu juga kolek yang perutnya kubaringi. Menerimaku seadanya.

Si tua memerhatiku dengan mata yang ramah. Akukah meletakkan wang di telapak tangannya dan kembali menapak-napak di pinggir jalan yang sarat.
Sewaktu di perut pesawat udara, di bawah, bumi Malaysia tertengadah, Akukah melempar bebas mata semahu-mahunya.

Bumi indah itu terisi sepenuh-penuh di dalam hatinya terus-terusan. Limpahannya memandikan sekumpulan nenek moyangnya yang berada di bawah yang tidak berupaya kembali sesudah dilontar keluar ke bumi yang kini didiaminya. Dia kembali untuk menebus soal itu. Penebusannya itu membuahkan hasil. Hatinya terisi terus-terusan.
Di Soweto, Akukah berpeluang mengumpulkan beberapa generasi tua, muda dan anak-anak yang sudah tahu berfikir. Disurahinya panjang-panjang, soal bumi Malaysia.


4. JAMPI

Cermin kereta melihatku sama seperti aku melihat jalan raya yang ternganga di depan. Setahuku, tanpa waspada, dia pasti saja menelanku.

Dada Tokyo dijelajah rata. Waktu sebulan, bukannya terlalu panjang. Untuk menyelami nuraninya, sehari sudah lebih mencukupi. Kukira, berbicara dengannya cukup mengasyikkan. Hampir saja aku menidurinya. Hal itu terjadi tatkala aku terhuyung-hayang mabuk langsung tertiarap di dadanya. Entah kenapa, tatkala tersedar aku berada di katil. Dan entah kenapa seorang perantau Malaysia merasa kasihan dan merasa perlu membantuku. Setahuku, aku terjerembab kurang lebih sesaat.

Kakutan Yasunari sempat berbicara denganku beberapa lama. Ia tertunda pada daun-daun bambu, pada batu-batu tetapi tidak pada air kali yang mengalir.

Antara perbicaraan kami, soal pokok nyata sekali pada tunggul-tunggul yang kaku di dada makam pahlawan Yasunari sendiri.

Setahuku, daun bambu masih menyanyikan lagu sunyinya mencelah keributan materi yang bisa menyekat rengkung daripada dilalui oksigen. Batu-batu berendam di kali cetek masih menyatakan kepadaku sesuatu. Katanya, mereka masih menyimpan darah Yukio Mishima yang tumpah. Menyimpan darah Yasunari adalah mustahil kerana kematiannya tanpa darah tumpah.
Daun bambu mengingatkanku agar aku berupaya menyimpan saja bunyi percikan air kaki sewaktu berendam. Katanya kebisingan seperti itu menjadikan dunia berputar lebih pantas daripada biasa, lantas, kiamat amat menjengulkan mukanya untuk menyendiwarakan manusia. Kaki ku angkat. Yang terdengar mereka menepuk-nepuk batu.

Waktu itu, daun-daun bambu berbicara panjang tentang Yasunari. Mereka menyebut Nobel Prize, gas, ucapan, pendidikan universiti, mata, mukanya yang kecil dan rambutnya yang selari mengejar tengkuk.

Oleh kerana perbicaraan itu agak panjang, entah kenapa Yasunari, secara tiba-tiba menjengulkan diri dari rumpun bambu. Dia terlupa senyum. Dia terlupa salam kerana setahuku dia bukan mukmin.

Aku mendepangkan tangan untuk didakapnya. Memang, sebagaimana terduga, dia mendakap tetapi tidak mendakapku. Agak lama kami berbicara, bukan kerana banyak kata, tetapi kerana terlalu kurang. Perbicaraan itu terhenti tatkala hujan mulai menurunkan manik-manik dan berkecai tatkala singgah.

Kami sama-sama membawa diri. Aku membaringkan diri betul-betul di bawah rimbunan daun bambu dan dia menuju ke kuil tua hitam yang banyak tiangnya, kira-kira 40 langkah arah ke utara.

Seingatku, dia lima tahun di situ. Dan kerana itulah aku datang menghampiri, mencari di segenap sudut, terjumpalah apa yang kucari : kunci kuil.

Ia tidak lebih daripada jampi pak ndak, sama ada jampi untuk perasap keris, mahupun jampi untuk memukau. Cuma, dia perlu menyebut nama Yang Maha Esa mengikut caranya, sedang kami mengikut cara kami. Setahuku, kami dan dia sama, tidak bisa meninggalkan Yang Maha Esa.

Dengan kunci itulah kami bersemadi di atas batu di keliling aliran air jernih yang cair. Kami sama-sama percaya ibunya masih di puncak Fuji, membeku untuk sementara waktu.
Waktu kami bersama di situ, mata sarat pemandangan, akal memikul berbagai beban menunggu untuk difikirkan.

Waktu itulah kami sama-sama melihat Nagasaki ranap, Hiroshima runtuh. Tanpa bunyi di mata, seluruh kawasan di telan cendawan merah untuk sesaat, lenyap, melahirkan pemandangan ajaib, bangunan jadi rapuh, runtuh.

Di mata, tiada manusia. Kami kaku. Dalam kekakuan itu, pemandangan baru menjengul. Sesusuk tubuh berambut kapas duduk di kerusi tua sambil menggesek biola bisu. Matanya kering sekering hatinya yang tertipu teori EM, senjata presidennya.

Di puncak Fuji, kami cuma melihat kilat. Kata mereka di situlah tempat mereka mengadu, sebelum pengaduan itu ditumpahkan 100 peratus kepada sang mahamerah yang mengambang siang bermula beberapa minggu selepas bahana cendawan Amerika itu.
Sesudah sebulan aku menakung jampi di batu, ku katakan pada daun bambu yang setia menungguku di kali itu. Tidak pula kuingat apa yang kukatakan padanya. Mungkin aku begitu bodoh ketika berbicara dan selalunya begitulah.

Seingatku, jampi yang kutitipkan pada daun bambu untuk disampaikan kepada Yasunari adalah suatu pesan penghulu kampungku, pesan Muhammad, untuk jangan sekali-kali mengajar para muridnya untuk tidak menumpahkan darah atau menumpahkan darah pengecut.
Setelah itu, daun bambu rindu kepadaku, dan pada jampi Melayuku. Setahuku, aku begitu jahil tertipu.

Friday, March 13, 2009

5 cara pilih sahabat

Friday, March 13, 2009 0
Saya ada terbaca artikel ini. Jadi ingin saya kongsikan bersama semua bagaimanakah caranya untuk memilih sahabat sejati..

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimanapesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalahhiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia sukamencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasaterharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia sukamenghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasaterharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenaikeburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatudaripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamudulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapandan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakansesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkauberselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakanbersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH ..

Thursday, March 12, 2009

Tahniah kepada Aiman

Thursday, March 12, 2009 0
oleh:webmaster


Huuuhh...hari ni seharian aKu berada di depan PC..sumernyer kerna laman web bLog ini... buKan mudah utk menarik pengguna melayari web yg kita wat...tapi dgn berkat usaha dan kesabaran aKu akhirnyer tercipta juga satu laman web blog utk family aKu...


Utk itu...ptg yg hening ini aKu nak ucapkan tahniah wat cousin aKu yg baru saje amik result SPm pg tadi...


Alhamdulillah...Aiman berjaya dlm keputusan SPMnya dgn mendapat 7A.. Seperti tahun sebelumnya iaitu Tahun 2007, kakaknye Sarah juga turut meraih kejayaan yg cemerlang dlm SPM dgn memperoleh 13A bagi semua subjek..dan kini beliau sedang menuntut di Cairo, Jordan, Mesir laa....huhu..


Oppss...ni Sarah ler..

Ermmm....hari semakin hari semua sepupuku sudah semakin menginjak dewasa.. Terasa sekejap saje masa berlalu...Kini...masing2 akan melangkah ke alam yg mebih luas utk menempuh kehidupan yg penuh cabaran dan dugaan di dunia ini dgn kejayaan yg telah diperolehi itu..


Aku?? aKu masih dgn imej webmaster...develop website..dan skrg ni aKu diberi kepercayaan utk deign satu company website...ermm....masih pening lagi bile makin byk error yg belum dpt diatasi...


Huuhhhh.....daRi Aiman...kini aKu dah cite sampai kepada diRi aKu...Memang byk kalau nak di cite kan tentang salasilah keluarga aKu ni..hehe... tapi..cukuplah sampai sini saje...


Utk yg terakhir kalinyer...TAHNIAH diucapkan wat Aiman yg berjaya memperolehi keputusan SPM dengan cemerlang.Semoga kamu dapat ape yg kamu hajati selama ini..




Wassalam...





Bachelor of Accountancy - Mohd Ikhwan

Thursday, March 12, 2009 0
oleh:webmaster





Dan kini salah seorang dari kami telah berjaya memperolehi segulung ijazah berkat dan usaha yg ditunjukkannya...Mohd Ikhwan anak sulung kepada pasangan Razaly dan Faziah yg juga merupakan cucu sulung dlm keluarga ini menjadi tunjang dan harapan kepada saudara-mara yg lain..

12/03/2009 - Hari ni SPM Result kuar..

Thursday, March 12, 2009 0
oleh: webmaster
Ape??? result SPM kuar hari ni...huhu..takutnyer...

Tepat jam 10.00pagi, sumer pelajar SPM 2008 berpusu-pusu ke sekolah mereka utk mengambil keputusan SPM... kelihatan ramai ibu bapa menemani anak2 mereka ke perkarangan sekolah...nak bagi support kat anak2 la tu...

ermmm.....kali ni aKu nak cite pasal cousin dlm famiLy aKu yg sOrang ni..thun lpas die amik SPm...so..pagi ni..mesti die pun same mcm student lain utk gi amik result jugak... nak tahu sape empunya diri?? rajin2 la lawat laman web blog ni yer..huhu..

kat bawah ni artikel tentang jumlah calon yg memperolehi 10A dlm SPM... Ape2 pun tahniah la diucapkan..smOga kalian dpt menjadi insan yg berguna..cehhwahhh....bagi nasihat la plak... utk cOusin aKu tu pun same ler jugak..TAHNIAH!!


10,080 calon SPM dapat 10A
oleh:Utusan
12/03/2009 11:24am
PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada keseluruhan 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berjaya memperoleh 10A dengan seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM berbanding 91.1 peratus pada tahun 2007.

Seramai 5,863 calon pula berjaya memperoleh 9A manakala 5,909 calon memperoleh 8A.

Selain itu, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada tahun 2007.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon SPM adalah membanggakan dan melebihi daripada pencapaian tahun sebelumnya.

“Pencapaian mereka meningkat daripada segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki,'' katanya di sini hari ini.