Wednesday, October 30, 2013

Tips dan Panduan Dekorasi Ruang Makan Ideal

Wednesday, October 30, 2013 0
Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di Laman Keluarga...

 

Antara ruang yang seharusnya diberikan perhatian dalam dekorasi sesebuah rumah idaman ialah Ruang Makan, Ruang makan merupakan antara ruang penting dalam sesebuah kediaman. Oleh itu penataan ruang ini semestinya diberi sentuhan yang tersendiri, kreatif dan ideal bagi membangkitkan suasana yang tenang dan harmoni ketika menikmati hidangan bersama keluarga dan teman.

Sebelum anda membuat pengubahsuai ruang makan, anda seharusnya mengambil kira keluasan rumah anda dalam menentukan pemilihan perabut, susun atur kerusi meja dan tidak kurang pentingnya iaitu pemilihan warna dan aksesori ruang makan anda. 

Pemilihan Meja Makan

Dalam menentukan meja makan yang sesuai, anda perlu menyesuaikan dengan ukuran dan tema rumah anda samaada Konsep Minimalis, Klasik, Kontemporari, Unik, Inggeris, dan sebagainya. Sekiranya rumah anda mempunyai ruang yang agak luas, anda boleh memikirkan untuk membeli meja makan bersaiz besar.

Tips: Sebelum membeli, pastikan keluasan ruang adalah bersesuaian. Meja makan kecil untuk ruang terhad dan begitulah sebaliknya. 

Pemilihan Warna dan Gaya Meja Makan
Apabila anda ingin menggantikan set meja makan yang ada, pastikan padanan gaya dan warna dengan perabot lain adalah selari. Selain itu, aspek yang penting adalah memastikan ia berkualiti biar pun terpaksa mengeluarkan sedikit belanja.

Monday, October 21, 2013

Kenangan Kita

Monday, October 21, 2013 0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Lagu ni diciptakan oleh sebuah sekolah dan daripada guru dan murid2nya... Mereka ni semua nyanyikan lagu ni sebab mereka baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM... So, dorang semua sedih dan terharu kerana lepas ni dah tak dapat jumpa kawan2 n guru2 dah... Well, to all my family members yang nak SPM, GOOD LUCK diucapkan k... 

Thursday, October 10, 2013

7 cara kempiskan perut buncit

Thursday, October 10, 2013 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Selalunya bila kita menggambarkan kecantikan, ayat yang selalu dipakai lebih kurang begini… “Cuba ko tengok dia tu, ohh.. cantikkan rupa paras dia..!”
Cantik rupa dah satu hal… lepas tu nak dapatkan cantik paras lagi… hu..hu..
So, kesimpulannya nak dinobatkan dalam kategori cantik nie kena ada pakej lengkaplah.. Maknanya, wajah tuh kenalah cun and then body tuh mestilah mengiurkan, camtulah kiranya…
Body mengiurkan nie camna lak? Hmmm… cuba tengok gambar tuh… nampak tak perut dia yang kempis dan rata…  Sure semua orang nak macam tu kan.
petua kempiskan perut
 Lumrah kejadianlah kan… wanita tentulah inginkan untuk sentiasa kekal cantik. Seboleh-bolehnya kebanyakan wanita mahu mengelakkan perut daripada buncit dan mengharapkan ia kekal langsing.

Untuk sesiapa yg ingin nak kempiskan perut, in fact kaum lelaki pun kalau ada yg berminat bolehlah cuba petua nie…
7 cara mudah kempiskan perut:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.
  • Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
  • Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
  • Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
  • Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.
  • Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
  • Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
  • Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
  • Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Friday, October 4, 2013

Tutorial: Letak Gambar dalam Scroll Box

Friday, October 04, 2013 0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haiii semua... Hari ni WebMaster nak buat tutorial sikit macam mana nak Letak Gambar dalam Scroll Box... Okay... korang mesti ada yang dah tahu dan ade juga yang belum kan... 

Takpe, kat sini WebMaster nak masukkan juga cara letak background dalam scroll box kite tu...

1. Dashboard > Design > Add a Gadget > Html/Jacascript

2. Copy and Paste kod di bawah di ruangan tadi





**Warna Biru : URL Background yang korang suka. Boleh dapatkan di Google or Photobucket or Glitter-Graphics 

**Warna Merah : URL korang boleh Upload di http://imgur.com/ 
Ambik yang "Direct Link" .. ok ?

Friday, September 27, 2013

Thursday, September 5, 2013

Majlis Perkahwinan Keluarga Admin

Thursday, September 05, 2013 0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melangkah ke gerbang perkahwinan merupakan satu titik perjuangan kita sebagai umat Islam. Ramai kini saudara-mara Admin sudah mendirikan rumahtangga bersama insan yang tersayang. Melihat kemeriahan majlis perkahwinan mereka, tidak sabar rasanya hati Admin untuk turut serta melangsungkan majlis perkahwinan. Namun, atas dasar perikemanusiaan di mana tahun ini terlalu ramai saudara-mara yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka, Admin berhasrat untuk menyempurnakannya pada tahun hadapan. Hal itu juga dipersetujui oleh ibu dan ayah Admin agar tidak terburu dalam membuat sesuatu keputusan. Perkahwinan bukanlah soal permainan seperti kanak-kanak dahulu. "Aku nak kawen kau.. Jom kite gi pelamin kawan2 kite buat tuh.. nanti kau jadi ayah..aku jadi mak..." Permainan kanak-kanak dahulu ketika melihat orang dewasa sibuk berkahwin di atas pelamin yang indah. 

Berbicara tentang perkahwinan. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.

Banyak lagi pernyataan yang hendak dibicarakan mengenai perkahwinan ini. Tetapi cukuplah untuk Admin olah lebih lanjut kerana dikhuatiri tersalah kata dalam membuat sesuatu perbincangan. Masih terlalu muda untuk Admin menjadi ahli falsafah dalam soal yang berkaitan perkahwinan ini. Kita seharusnya bertanya kepada yang pakar dalam bidang ini. 

Berbalik pada perenggan pertama, Admin ingin sekali memberi hormat pada saudara-mara Admin yang sudah menunaikan separuh tanggungjawab mereka sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu berkahwin. 

Tahniah Ika & Alan yang selamat diijabkabulkan pada Mei 2013







Sarah & Anas yang selamat diijabkabulkan pada 17 Ogos 2013





Mira & Aliff yang selamat diijabkabulkan pada 31 Ogos 2013



Selesai sudah upacara majlis perkahwinan ahli keluarga Admin. Akhir kata, Admin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas semua pasangan pengantin yang selamat diijabkabulkan dengan jayanya. Barakallah... Semoga kalian menjadi suami  & isteri yang diredhai Allah S.W.T. 

Thursday, August 29, 2013

50 tips untuk membina keluarga yang bahagia -Dr Fadzilah Kamsah

Thursday, August 29, 2013 0
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini Admin ade kisah baru yang nak dikongsikan di sini. Ianya adalah tips dari Dr Fadzilah Kamsah. Bagaimana untuk membina keluarga bahagia. Jom kita baca beberapa tips yang beliau sampaikan untuk kita. Sama-samalah kita mengharungi alam rumah tangga kerana Allah S.W.T.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Monday, July 22, 2013

Kelahiran Zaim Yusuff sudah menginjak usia 1 Tahun

Monday, July 22, 2013 0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah lama Admin tidak post entry terbaru di LamanKeluarga ini. Sememangnya kini Admin sibuk dengan kerja-kerja serta tugasan yang datang. Emm....sudah 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini.. Disebabkan Admin sudah lama tidak update, hari ini admin cuba untuk update kisah seorang ahli keluarga baru Laman Keluarga K&Z... Walau bagaimanapun, ahli baru tersebut sudah pun menjangkau usia 1 tahun pada 02 Julai yang lalu...

Gambar2 di bawah adalah sebahagian yang sempat Admin upload di sini... Admin rase tak perlu nak update terlalu banyak gambar sehingga ade para pembaca di luar sane yang terpaksa menunggu loading pages. Jadi, Admin hanya upload gambar2 yang dirasakan comel sahaja.. 

Masih dalam hari lagi...

Aaauuuuucccaaaakkkkk.... saya terjage dari tidur..

Lentik tak bulu mate saya...hehehe...

Saya sudah pandai berblogging juga macam Admin..hehe...

Sekian sahaja yang dapat Admin sampaikan di sini...Kita berjumpa lagi di entri yang lain... Wassalam..