Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita di Laman Keluarga...
Antara
ruang yang seharusnya diberikan perhatian dalam dekorasi sesebuah rumah
idaman ialah Ruang Makan, Ruang makan merupakan antara ruang penting
dalam sesebuah kediaman. Oleh itu penataan ruang ini semestinya diberi
sentuhan yang tersendiri, kreatif dan ideal bagi membangkitkan suasana
yang tenang dan harmoni ketika menikmati hidangan bersama keluarga dan
teman.
Sebelum anda membuat pengubahsuai ruang makan, anda seharusnya mengambil kira keluasan rumah anda dalam menentukan pemilihan perabut, susun atur kerusi meja dan tidak kurang pentingnya iaitu pemilihan warna dan aksesori ruang makan anda.
Pemilihan Meja Makan
Dalam menentukan meja makan yang sesuai, anda perlu menyesuaikan dengan ukuran dan tema rumah anda samaada Konsep Minimalis, Klasik, Kontemporari, Unik, Inggeris, dan sebagainya. Sekiranya rumah anda mempunyai ruang yang agak luas, anda boleh memikirkan untuk membeli meja makan bersaiz besar.

Tips: Sebelum membeli, pastikan keluasan ruang adalah bersesuaian. Meja makan kecil untuk ruang terhad dan begitulah sebaliknya.
Pemilihan Warna dan Gaya Meja Makan
Apabila anda
ingin menggantikan set meja makan yang ada, pastikan padanan gaya dan
warna dengan perabot lain adalah selari. Selain itu, aspek yang penting
adalah memastikan ia berkualiti biar pun terpaksa mengeluarkan sedikit
belanja.
0 Comments