Saturday, June 27, 2015

Selamat Pengantin Baru Afiq & Ainul

Saturday, June 27, 2015 0
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah..., bertemu semula dalam ruangan Laman Keluarga Hjh Lijah & Co ini. Terlebih dahulu ingin pihak Admin memohon maaf atas ketidakkemaskinian laman blog ini yang begitu lama menyepi. Terlalu banyak kekangan masa yang mencemburui Admin untuk turut serta mengemaskini laman blog ini. Syukur kehadra Ilahi, pada pagi yang dingin ini, dapat juga Admin menghulurkan salam seawal pagi di sini.

Berbalik semula kisah yang berlaku di dalam Laman Keluarga Hjh Lijah & Co ini. Pada 13 Jun 2015, berlangsungnya satu majlis perkahwinan antara Afiq & Ainul di perkarangan rumah Afiq di Linggi, Negeri Sembilan. Majlis yang diraikan bergitu meriah sekali. Almaklumlah, ibu dan ayah beliau menerima menantu pertama dalam keluarga. Tidak ketinggalan juga untuk Admin turut serta memeriahkan majlis perkahwinan mereka itu. 


Kedua mempelai sama cocok sama padan

SELAMAT PENGANTIN BARU buat kedua pasangan Afiq & Ainul. Semoga ikatan yang terjalin kekal hingga ke jannah. Selamat datang ke alam rumahtangga yang pernuh barrakah ini. Tahniah diucapkan atas pernikahan ini. Bertambah seorang ahli dalam Laman Keluarga Hjh Lijah. Eratkan ukhuwah fillah antara kaum keluarga. InsyaAllah.