Saturday, January 20, 2018

Hilangkan Stress Dengan 2 Lokasi Kolam Renang Di Putrajaya

Saturday, January 20, 2018 0
Assalamualaikum...

Ini cerita lama. Rentetan dari kisah bercuti di Selangor bersama sanak-saudara Berselfie di Artsphere, The Atmosphere, Seri Kembangan dan Melawat Chocolate Museum Kota Damansara. Dalam tak tahu nak buat apa lagi selepas pulang berehat seketika di rumah KakNgah LeYa, petang tuh aku, Amrina dan Rayyan ke kolam renang di Kompleks Kolam Renang, Precint 6 Putrajaya. So... memang padat aktiviti kami selama tiga hari di situ.


Seronok mandi kolam yang dalam dan sesuai dengan aku, aku berenang ke tengah dan ke tepian mengikut citarasa aku. Ahahaha... Kompleks Kolam Renang Putrajaya ni mempunyai 3 buah kolam renang mengikut peringkat umur. Di peringkat dewasa sendiri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 1.2m, 1.5m dan 2.0m kalau tak silap laa.. Aku hanya mandi di kawasan yang kedalamannya 1.2meter sahaja.



Kemudian, pada hari Ahad, kami datang sekali lagi untuk mandi-manda di kolam renang. Tapi sebelum tuh, kami ke Rekreasi Air di Precint 9, Putrajaya dahulu. Okay... di sana aku tak mandi lah sebab rupanya kawasan itu hanya untuk kanak-kanak dan tidak dalam untuk aku menyelam dan berenang.




Amrina dan Rayyan masuk jugalah ke dalam kolam renang tuh bersama dengan seorang kawan yang duduk sewa di rumah KakNgah LeYa. Aku hanya duduk di tepi tembok memerhati. Malas lah nak berenang. Orang pun ramai sangat. Hehehe... 

So... aku pun mengajak untuk bersarapan. Dan kami pun bersarapan di Medan Selera Precint 9 yang berada di sebelah sahaja Taman Rekreasi Air tuh. 







Selesai sarapan pagi, kami bertolak semula ke Kompleks Renang Precint 6. Yeah! Kat sini baru manyak syokk nak berenang..



Sampai pukul 1.00 petang kami mandi. Kalau ikutkan nak mandi lagi. Tapi rupanya kami kena ke Shah Alam pula untuk menghadiri Program Masak-Masak Bersama AMC Malaysia dan Chef Zamir, juara Masterchef Malaysia All Star 2013. 

Jadinya.... itu ajelah yang dapat aku ceritakan kisah aku mandi kolam dengan seronoknya ketika cuti persekolahan lalu. Nak lagi best, jom tonton video menarik dari Amrina nie dan jangan lupa untuk subscribe channel youtube beliau ye.


Monday, January 8, 2018

9 Sebab Kena Cuba Kacang Pool Haji Putrajaya

Monday, January 08, 2018 0

Jika anda berada di Putrajaya atau sekitarnya, Kacang Pool Haji Putrajaya merupakan tempat makan yang wajib anda singgah. Ianya terletak di Medan Selera Presint 9. Medan selera ini beroperasi seawal jam 9.00 pagi sehingga lewat malam. 

Namun, harus diingat kepada peminat atau pencari Kacang Pool Haji ni untuk dapatkannya sebelum jam 9.00 malam. Ini kerana ianya telah ditutup disebabkan kehabisan stok.

Apa itu Kacang Pool?

Kacang Pool adalah makanan yang datang dari Timur Tengah. Mungkin ada sedikit persamaan di antara Arab dan di Malaysia. Di Timur Tengah, ianya mungkin menggunakan telur rebus atau tiada penggunaan telur. Tetapi di sini, di Putrajaya ini anda akan dapat lihat telur mata yang menyelerakan dalam Kacang Pool ini. Walau bagaimanapun ianya masih sama menggunakan kuah yang pekat.

Dikatakan kuah ini adalah hasil daripada kacang yang sama seperti digunakan oleh masyarakat Timur Tengah. Kuah ini adalah gabungan daging dan yang menjadikan ia berbeza di Malaysia ialah ada sayuran di dalamnya.

Dari sudut roti pula, ianya jauh berbeza dengan versi Timur Tengah yang mana ia menggunakan roti nan. Berbeza pula dengan Singapura yang menggunakan roti French. Versi Johor atau di Putrajaya ini menggunakan roti 'toast' yang selalu kita nampak.


Jom, Admin kongsikan 9 sebab anda patut cuba Kacang Pool Haji di Putrajaya ini.

Menariknya, menu kacang pool di sini seringkali mendapat tempat di hati masyarakat. Ia adalah menu yang ringan yang boleh dimakan pada bila2 masa tidak ira siang atau malam.
 
Set lengkap kacang pool terdiri daripada roti bakar lembut, telur mata lembu dan semangkuk kuah pekat kacang pool.

1. SARAPAN PAGI YANG LENGKAP, SENANG KERJA
2. GOYANGAN TELUR YANG MENGGODA
3. MAKAN SATU TAK CUKUP
4. GABUNGAN KUAH KACANG DAN DAGING YANG TERBAIK
5. RESEPI KUAH YANG SUNGGUH ISTIMEWA
6. ROTI TEBAL BAKAR YANG SUNGGUH ISTIMEWA DAN KENA DENGAN CICAH KUAHNYA YG PEKAT
7. TEKSTUR KEHADIRAN LIMAU YANG MENGHASILKAN RASA MASAM2
8. KACANG POOL SUKAR DICARI DI TEMPAT LAIN. KECUALI DI JOHOR
9. BOLEH JUGA ORDER MAKANAN LAIN DI MEDAN SELERA INI

Alamat:
Medan Selera Presint 9, 62000 Putrajaya

Saturday, January 6, 2018

Chocolate Museum Kota Damansara Lokasi Wajib Kunjungi

Saturday, January 06, 2018 1

Pada cuti sekolah yang lalu, Aqil berkesempatan bersama rombongan media blogger anjuran dari Team Propa Rangers ke Muzium Coklat yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, Aqil rasa seperti tidak percaya dan tak sangka yang Malaysia juga mempunyai muzium coklat tersendiri. 

Sudah tentu, rasa teruja dan ingin tahu untuk mengetahui apa yang ada di dalam muzium itu. Tambah lagi, sememangnya Aqil adalah peminat coklat. Bila dapat merasai sendiri pengalaman ketika menyusuri Muzium Coklat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini beserta merasai coklat-coklat yang diadun sendiri membuatkan hati semakin tertarik untuk meneruskan pengembaraan di sini. 



Pengembaraan kami ini dibantu oleh En. Rizwan dan Chef Coklat yang terbaik dengan menerangkan serba sedikit pengenalan dan asal usul coklat. Sepanjang pengembaraan, aroma coklat yang segar sudah menusuk ke hidung membuatkan kami terliur dan terbayang-bayang akan kelazatannya. Aduh! Bilalah dapat makan coklat nih. Tak sabar pulak rasanya... Hehehe...



Walaupun tidak sehebat Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Harshey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman, tetapi perlu dibanggakan kerana cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holdings Sdn Bhd, Dato' Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.


Menyusuri serta melihat sendiri biji coklat menambahkan lagi rasa Aqil untuk mengenali coklat yang sering dimakan bila meminta pada ibu untuk membelinya. Muzium ini menggunakan konsep '3E' di mana para pengunjung akan dapat pengetahuan interaktif (Education Interactive), pengalaman membuat coklat (Experience Chocolate Making) dan keseronokan membeli-belah (Enjoyable Shoppings) yang menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik buat mereka yang hadir. Lebih seronok lagi pengunjung berpeluang merasai coklat segar dari dapur yang dihasilkan oleh chef coklat.





Bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya, muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10.00 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap hari. Muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini turut menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindth.



Lebih seronok lagi, pengunjung yang hadir berpeluang membeli-belah coklat pada harga yang rendah. Terdapat lebih 130 jenama coklat antarabangsa dan tempatan  daripada 30 buah negara boleh didapati di Galeria ini. 


Paling best dan dinantikan Aqil ialah aktiviti membuat coklat berbentuk rumah bersama pasukan Propa Rangers. Okay... memandangkan dalam kalangan kanak-kanak Aqil dikira agak besar, jadinya, Aqil bersama team dewasa untuk menghasilkan 'Rumah Coklat" ini. Kami dari team dewasa dibahagikan dua kumpulan iaitu Lelaki dan Perempuan.







Lelaki pasti juara. Pertandingan diadili yang pasukan lelaki lebih kreatif dan kemas dalam penghasilan 'Rumah Coklat' ini. Walau bagaimanapun, tidak terkecuali pasukan perempuan. Dekorasi mereka juga menarik tetapi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua.






Berita menarik buat pencinta coklat! Sempena Tahun Baru Cina ini, Chocolate Museum menawarkan diskaun sehingga 70% bagi coklat berjenama tempatan  dan import pada 9, 10 dan 11 Februari 2018.

Chocolate Museum Kota Damansara merupakan muzium coklat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menawarkan hampir 500 coklat berjenama pada harga yang rendah. Jualan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula  9 pagi hingga 5 petang. Sudah pasti, coklat premium kegemaran yang diimport boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Jangan lepaskan peluang! Book Date kat atas tu sekarang.



Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum di http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm 

Alamat:
No 2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor.

Nombor Telefon: 03-74904260
Faks: 03-61408825