Monday, November 17, 2014

9 Amalan Untuk Membentuk Anak Yang Soleh

Monday, November 17, 2014 0
Assalamualaikum semua...

LamanKeluarga

Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.

Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.

Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.

Doa Untuk Semua

Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan. Demikian yang harus kita lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat sendiri.

1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.

6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”

7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.

Sunday, November 16, 2014

BBQ di Sepang

Sunday, November 16, 2014 0
Assalamualaikum...

Bertemu lagi dalam web blog LamanKeluarga. Pertama kalinya, Admin ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini web blog ini. Kesibukan Admin yang membuatkan laman blog ini tidak dikemaskini.

Ok guys... straight to the point. Semalam bersamaan 15 November 2014, kami pihak LamanKeluarga mengadakan jamuan makan beramai-ramai di Sepang. Turut memeriahkan lagi adalah sambutan Hari Lahir untuk ahli keluarga pada bulan November. 

Solat Maghrib dan Solat Isyak secara berjemaah. Diikuti sedikit tazkirah dan perbincangan keluarga.

LamanKeluarga

LamanKeluarga

LamanKeluarga

LamanKeluarga

LamanKeluarga

LamanKeluarga

LamanKeluarga

Sunday, November 9, 2014

Percutian Hujung Minggu

Sunday, November 09, 2014 0
Assalamualaikum semua...

Bertemu lagi kita dalam blog LamanKeluarga ini. Setelah sekian lama Admin menyepikan diri. Kekangan masa yang terlalu mencemburui Admin untuk menulis entry di sini. Terlalu banyak aktiviti blog yang Admin tinggalkan. Sehingga ke hari ini, Admin sudah lihat ramai di antara blogger sudah berjaya ke hadapan dengan hanya menulis di blognya. Pihak Admin mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda semua.

Cuti hujung minggu pasti ramai di kalangan anda sedang berehat, bersantai dan menjalankan aktiviti ringan di rumah. Tidak hairan juga yang sedang lena diulit mimpi. Mengambil peluang secukupnya untuk beristirehat di rumah setelah 5 atau 6 hari penat bekerja. Dan tidak hairan juga ada yang sedang melangsungkan majlis perkahwinan dan sebagainya.

Petang Sabtu semalam selepas menghadiri satu majlis perkahwinan, Admin dan keluarga bersiar-siar melawat Muzium Tentera Darat di Kem Si Rusa Port Dickson.




Di pagi yang indah tadi, pihak Admin dan keluarga menjalankan aktiviti riadah dan santai di Pantai Blue Lagoon, Port Dickson. Keindahan pantainya dan airnya yang sejuk membuatkan kita seronok berada di sana. 



Wednesday, August 20, 2014

Selamat Pengantin Baru Illya&Zol

Wednesday, August 20, 2014 0
Assalamualaikum semua...

Lama sudah kita tidak bertemu dalam ruangan LamanKelauarga ini. Sedar tak sedar sudah pertengan Syawal kita hayati. Sekejap betul masa berlalu. Terasa baru semalam sahaja satu Majlis Perkahwinan ahli LamanKeluarga berlangsung. Sudah 3bulan mereka mendirikan rumahtangga. 

Pasangan pengantin Illya dan suaminya, Faizol selamat mendirikan rumahtangga pada 31 May 2014. 

Foto Majlis Persandingan di Rumah Pihak Perempuan di Port Dickson






Foto Di Rumah Majlis Pihak Lelaki di Melaka


Dengan ini, kami dari warga LamanKeluarga mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai yang telah selamat dinikahkan dan semoga berkekalan hingga ke syurga. Baiti Jannati.

Wednesday, May 14, 2014

Jom Masuk Web WeddingWire LeYaFizi

Wednesday, May 14, 2014 0
Salam...

Tahniah diucapkan pada pasangan bakal pengantin yang akan meraikan hari bersejarah pada hujung bulan ini. Diharapkan majlis yang dinanti2 penuh debar itu, berjalan dengan diberkati Allah S.W.T. Segala yang datang itu hadirnya dari Allah S.W.T. dan kekurangan itu dari kita sendiri. Jadi, sama2lah kita bermuhasabah diri agar kita tidak lah dalam kalangan golongan orang-orang yang leka dengan nikmat pemberianNya. Moga tali ikatan silaturrahim yang terjalin ini menjadi ikatan yang kukuh selamanya. 

In-shaa Allah, dengan keizinanNya sama-samalah kita berdoa segala majlis dan persiapan yang akan dijalankan ini berjalan dengan lancar. Mohon doa restu dari-Nya adalah yang terbaik dalam mengharungi ranjau kehidupan ini.

Untuk itu, saya selaku Admin memohon agar mengisi ruang "Guest Book" di Laman Web weddingwire/leyafizi ini bagi menyimpan seribu kenangan apabila majlis ini selesai. 

LeYaFizi

Monday, April 28, 2014

Sunday, April 6, 2014

Selamat Pengantin Baru buat Amir & Linda

Sunday, April 06, 2014 0
Assalamualaikum....

Lama sudah Admin tidak mengemaskini Laman Keluarga ini.. Seringkali alpa untuk mengemaskini Laman Keluarga ini memandangkan terlalu banyak perkara yang ingin Admin selesaikan. Tidak terlewat rasanya untuk Admin mengucapkan Tahniah kepada pasangan pengantin Amir dan pasangannya, Linda. Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.

Selamat Pengantin Baru

Begitulah cerita di sebalik ahli2 dalam Laman Keluarga... Ramai yang telah mendirikan rumahtangga bagi melengkapkan lagi kewajipan dalam Islam. Ya! sama-sama kita doakan semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat dan bersama menuju ke syurga. Baiti Jannati.