Wednesday, December 9, 2009

Hadiah Paling Berkualiti

Wednesday, December 09, 2009 0
Cuba tanya pada diri sendiri, sebagai ibu bapa, pernahkah kita menghadiahi anak dengan ‘hadiah yang berkualiti’? Jika member hadiah mungkin selalu sahaja kan? Namun memberi hadiah yang berkualiti adalah bergantung kepada masa dan situasi. Sekiranya sering, ia mungkin sudah tidak lagi istimewa. Namun jika tepat pada masa dan situasinya, pasti anak akan rasa sangat dihargai. [...]

Saturday, September 26, 2009

Kisah Perlawanan Antara Seorang Lelaki dan Iblis

Saturday, September 26, 2009 0

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si suami adalah seorg alim yang bertaqwa dan tawakkal.

Tapi sudah beberap lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tidak habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu ketika, lelaki alim itu berangkat menuju ke kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon besar yang sedang kerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata org2 itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan bersakti itu. Banyak juga kaum wanita serta pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik!" fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain kepada Allah."

Maka pulanglah dia berburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya, tapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya, lalu dipecutnya cepat-cepat menuju ke pohon itu.

Sebelum sampai ditempat pohon itu berdiri, tiba2 melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.

Org alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yg disembah2 org bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."

"Kamukan tidak ada apa2 hubungan dgn pohon itu. Yg penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah, pulang saja." kata si iblis.

"Tidak boleh, kemungkaran harus dibanteras," jawab si alim bersikap keras.

"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.

"Akan saya teruskan!" jawab si alim..

Kerana masing2 tegang pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara org alim tadi dgn iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya org alim itu dgn mudah boleh dibinasakan. Sebab iblis begitu besar tinggi, sedangkan si alim kecil kerempeng. Namun ternyata iblis telah tiga kali dipukul rubuh hingga babak belur. Iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dgn menahan kesakitan ia berdiri dan berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi menggangu Tuan. Sekarang, pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai mengerjakan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan dulu itu."

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim. Ia teringat isterinya yang hidup bercukupan. Ia ingat betapa isterinya mengomel saban hari kerana wang belanja yang kurang. Setiap pagi 4 dinar, dalam sebulan saja bererti dia akan menjadi orang kaya.

Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, 4 dinar wang emas. Dia meloncat riang, dan isterinya memeluknya dengan mesra.

Begitu juga hari kedua. 4 dinar emas. Ketika pada hari ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyangnya, msih didapatinya wang itu. Tapi pada hari ke empat, dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa2 lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok pagi barangkali kita bakal mendapat 8 dinar sekaligus."

Keesokan harinya, suami isteri itu bangun pagi2. Selesai sembahyang dibukanya tikar sejadahnya, kosong.

"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya." sahut si alim itu.

Maka segera dia mengeluarkan keldainya. Sambil menenteng kapak yg tajam ia memacu tunggangannya menuju ke arah pohon syirik itu. Di tengah jalan, iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Kakinya mengangkang seraya matanya menyorot tajam. "Mahu ke mana kamu?" herdiknya

"Mahu menebang pohon." jawab si alim dengan gagah berani.

"Berhenti, jgn lanjutkan."

"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."

Maka terjadilah kembali pengumulan yang seru. Masing2 menunjukkan kelincahannya. Tapi kali ini bukan iblis yang kalah. Si alim tadi terkulai, tubuh dan kepalanya penuh luka2. Dalam kesakitannya, si alim bertanya hairan "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab "Tentu saja kau dulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar dari rumah utk Allah, demi Allah. Andaikata ku kumpulkan seluruh belantaraku buat menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkan mu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biar pun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu biar mampus."

Mendengar penjelasan iblis itu si alim termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula hendak menebang pohon sumber kesyirikan itu.

Ia sedar bahawa perjuangannya yg sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah dan ia sedar perjuangan semacam itu takkan menghasilkan apa2 selain kesia-siaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya hanyalah harta benda, padahal mengatas namakan Tuhan dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata?

Wednesday, June 24, 2009

Jubah Buat Ibu

Wednesday, June 24, 2009 0
Dari mana datangnya kita kalau tidak ibu dan ayah kita.. Jadi, sayangilah kedua ibubapa kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri.

Kenapa webmaster cakap tentang ayat di atas?

Ikuti kisah ini:

Jubah Buat Ibu

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..."
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu.
Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri.. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka.
Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka.
Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak....ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau...." Along menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan....saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya.
Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk.....ibu.........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini......UNTUKMU IBU!'
Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul.. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima.. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.


p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada...

Tuesday, June 16, 2009

Happy Father Day

Tuesday, June 16, 2009 0
21 June 2009 ni adalah hari yang bermakna buat semua... Hari yang perlu diingati oleh seorang anak terhadap bapanya.. Menjelang hari tersebut, pasti ramai daripada kita yang ingin buat suprise untuk ayah masing2... Bagus dan syabas la diucapkan atas keprihatinan korang sumer terhadap ayah korang... Tapi harus diingat! Jangan la hari tu jer yg kita ingat kat ayah kita.. Sebagai anak kalau boleh hari2 la kita kene ingat...huhu...



Wednesday, June 3, 2009

Kegemukan

Wednesday, June 03, 2009 0
KEGEMUKAN
(Berat Badan Yang Melampau Bagi Umur Seseorang)

Kegemukan

Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris

Seseorang yang mempunyai berat badan 10% melebihi dari berat piawai dianggap gemuk. Orang yang gemuk adalah lebih cenderung mendapat komplikasi kesihatan berbanding populasi normal. Jika berat badan anda melebihi 10% berat piawai, risiko untuk menemui maut lebih awal meningkat sebanyak 9% bagi wanita dan 13% untuk lelaki.

Punca-punca

~ Makan berlebihan
~ Makan jenis makanan yang kurang sesuai .e. makanan yang tinggi dalam karbohidrat
~ Kekurangan aktiviti dan senaman
~ Faktor-faktor genetik
~ Gaya hidup
~ Faktor-faktor hormonal.

Risiko

Masalah kesihatan yang bertambah dengan kegemukan
~ Penyakit-penyakit jantung
~ Darah Tinggi
~ Gout
~ Masalah pundi hempedu
~ Kencing manis
~ Osteoatritis pada pinggang, lutut dan tulang belakang
~ Lebih cenderung mendapat kemalangan
~ Pembengkakkan salur darah pada kaki
~ Kemurungan
~ Kesusahan semasa kehamilan

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

~ Peningkatan berat badan
~ Kesusahan bernafas
~Kepenatan
~ Sakit dan pembengkakkan pada sendi-sendi

Ujian Cubitan

Cubit perut di antara pusat dan tulang pinggul. Ukur "cubitan" itu. Lapik kulit yang melebihi 25mm (1 inci) menunjukkan berat yang berlebihan.

Perkara-perkara Yang Perlu Dielak

~ Gula - Jangan makan kek-kek, biskut-biskut, jem, makanan-makanan pencuci mulut dan
jangan minum minuman ringan.

~ Makanan bergoreng - lebih baik dipanggang.
~ Lemak - Gunakan minyak, mentega dan marjerin yang sedikit. Jangan makan kulit ayam
dan lemak pada daging.

~ Diet sementara yang ganjil-ganjil.
~ Makanan-makanan yang berlebihan - “Lebih baik membuang dari menambah kegemukan”

Tabiat-tabiat Baru

~ Pilih tempat untuk memakan di tempat kerja dan tempat tinggal. Makan hanya di tempat
tersebut setiap masa.

~ Makan sambil duduk.
~Jangan makan sambil menonton televisyen.
~ Makanan-makanan segar yang pelbagai, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang
memberikan vitamin-vitamin dan garam-garam galian.

~ Senam - berjalan di awal pagi, berlari atau berenang membakar lemak secara berterusan
sehingga 16 jam.

~ Rancang diet mingguan anda dan ikutinya.
~ Jangan beli makanan melebihi keperluan.
~ Jangan pergi membeli-belah dan membeli makanan semasa lapar.
~ Apabila anda keluar untuk makan malam atau jamuan, makan sedikit pada awal
sebelumnnya dan sedikit pada hari kemudiannya.

~ Kurangkan minuman beralkohol.
v Setiap hari, fikirkan sebab mengapa anda harus kurangkan berat badan anda.

Penukarganti Kalori Rendah

PENUKARGANTI KILOJUL RENDAH

KUMPULAN MAKANAN

PILIHAN BERTENAGA TINGGI

KJ

PILIHAN BERTENAGA RENDAH

KJ

SARAPAN PAGI

Daging dan penukargantinya

2 biji telur goreng

900

2 biji telur rebus

650

Buah dan Sayur

1 cawan (250ml) jus oren

540

Sebji buah oren segar

245

Roti dan Bijirin

1 “croissont”

420

1 keping roti berserat tinggi yang dibakar

230

Tambahan

2 sudu the mentega atau marjerin poli-tak-tertepu

300

1 sudu the mentega atau marjerin poli-tak-tertepu

150


2 sudu the jem (10 ml)

460




Kopi dengan krim berganda dan gula

530

Kopi “O”

0

MAKAN TENGAHARI

Susu dan hasilan tenusu

1 cawan (250ml) susu segar

670

1 cawan susu skim

370


1 cawan (250ml) sup krim

600

1 cawan (250ml) sup biasa

230

Daging dan penukargantinya

1 sanwic kelab

2510

Sanwic dengan 1 kepingan ayam

1260

Buah dan Sayur

½ cawan (125ml) kolslaw dengan mayonis

370

½ cawan (125ml) kolslaw dengan cuka

80

Tambahan

1 keping (120g) pai epal

1350

I epal bersaiz sederhana

360

MAKAN MALAM

Susu dan hasilan tenusu

1 cawan (250ml) susu segar

670

1 cawan susu skim

370

Daging dan penukargantinya

1 keping ikan digoreng dengan adunan tepung

1630

3 oz. (90g) ikan panggang dengan limau

590

Buah dan Sayur

12 cip ubi kentang

½ cawan (125ml) brokoli dengan sos keju

780

250

I ubi kentang dibakar

½ cawan (125ml) brokoli dengan jus limau

400

110

Roti dan Bijirin

1 keping roti berserat tinggi dengan 2 tepukan mentega

530

1 keping roti berserat tinggi

230

Tambahan

½ pai epal

Kopi dengan krim berganda dan gula

1710

530

1epal yang kecil

Kopi “O”

240

0

Nikmati

~ Kesihatan yang lebih baik.
~ Tampak lebih baik.
~ Pergerakan yang lebih mudah.
~ Kemudahan membeli baju.
~ Keyakinan diri yang lebih tinggi.
~ Merasa lebih cergas dan mempunyai tenaga yang lebih tinggi.

Tuesday, May 19, 2009

Cara Melajukan Capaian Internet Anda

Tuesday, May 19, 2009 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera webmaster ucapkan. Petang ni saya nak bagi serba sedikit tentang cara untuk melajukan capaian Internet anda. Harap info yang diberikan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita.


1) Defaulkan wallpaper anda, biarkan kosong. Bagi Windows 98/ME/2K, default wallpaper ialah warna biru muda. Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defautnya ialah gambar Bliss. Jika gunakan wallpaper, terutamanya yang berwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari Internet.

2) Klik Start / Run dan taip msconfig. Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda. Semakin kurang yang keluar pada Startup anda, semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site di dalam Internet.

3) Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari Internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari Internet jangan buka software yang lainseperti satu lagi window bagi Internet Explorer kerana ini akan melambatkan Internet anda.

4) Clearkan segala benda yang terdapat dalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke Internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start / Settings / Taskbar and Start Menu / Advanced dan klik clear.

5) Apabila anda connected daripada Internet lebih daripada dua jam, restart komputer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari Internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akann mula terasa data / connection anda mula menjadi perlahan.

6) Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external, jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda di update kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama. Justeru itu anda hendaklah mendapat update file yang updated daripada manufacturer modem tersebut.

7) Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer pada Desktop dan klik Properties, klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play Animations, Play Sounds, Play Videos, Show pictures, Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika anda mendapati site itu tidak memaparkan gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan Internet anda semasa loading site.

8) Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda.

9) Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10) Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

Tuesday, May 5, 2009

Spell-It-Right

Tuesday, May 05, 2009 0





The RHB New Straits Times Spell-It-Right Challenge, more endearingly known as SIR, is back for a second season with more nerve-wracking excitement and challenges.
Let's put on our thinking caps and join other leading spellers across the nation to compete for the top spots while making new friends along the way.


Are you ready for the challenge?
Get your entry forms in the New Straits Times from Mondays to Fridays beginning March 23,2009. For enquiries, please call the Brand Unit at 03-2282 3131 ext 5107/5111 or 012-5231148 (Mon-Fri, 10am - 5pm).

Monday, May 4, 2009

Monday, April 13, 2009

Merancang Keluarga Bahagia

Monday, April 13, 2009 0
oleh:webmaster

Artikel ni saya jumpe dlm satu website.. Mule2 igt tak nak post tapi biLe fikir semule yg website ni kan mengenai keluarga so...saya kongsi kan dlm laman keluarga ini..

Hope sume pembaca enjoy k..

Setiap orang menginginkan keluarga yang bahagia, tak terkecuali Anda, bukan? Nah, bagaimana meraihnya? Simple saja, asalkan Anda mencintai keluarga Anda, dengan mudah Anda akan mendapatkan kebahagiaan itu, dan beberapa tips menarik yang bisa mendukung kebahagiaan yang akan tercipta ditengah-tengah keluarga Anda.

Rasa sayang
Keterikatan, semua berawal dari Anda, sebab titik pusat dari keluarga adalah adanya hubungan baik antara ibu dan ayah, istri dan suami. Jika Anda mendambakan keluarga bahagai pastikan Anda benar-benar mencintai dan menyayangi pasangan Anda, dengan begitu akan timbul keterikatan dan saling menyayangi sehingga ada rasa saling membutuhkan.

Ceria
Menghabiskan waktu bersama keluarga, seperti bercengkarama dengan anak-anak yang lucu, menonton televisi, bermain, dan menularkan vistus tertawa. Selain membuat sehat dan awet muda, tertawa juga bisa mengurangi konflik dalam kelurga. Ceriakan keluarga dalam setiap kesempatan dan hindari konflik.

Hindari masalah keuangan
Atur keseimbangan pendapatan dan pengeluaran dengan baik sehingga tidak menimbulkan konflik yang mendasar dalam keluarga. Biasanya masalah ini menjadi pemicu konflik antara anggota kelurga, namun dengan adanya pengaturan dalam segi ekonomi Anda akan bisa menangulanginya.

Tingkatkan kebahagiaan pada anak
Jangan pernah berpikir bahwa anak adalah beban, sebab mereka adalah tanggungjawab Anda. Anda wajib memberikan anak-anak kebahagiaan. Pengikat sejati Anda dengan pasangan adalah kehadiran anak-anak dan mereka akan memberikan semangat yang luar biasa, ada energi baru yang akan menghantar Anda dan kelurga ke kebahagiaan yang sesungguhnya

Bersyukur atas nikmatNya
Di dalam hidup ini tidak ada yang mustahil, semuanya pasti tidak lepas dari kebahagiaan, kesedihan dan kemalangan. Hidup berjalan bagai roda, kadang berada di atas dan kadang ada di bawah. Anda patut mensyukuri apapun kondisi yang tengah Anda hadapi dan percaya akan mendapat peningkatan dalam kehidupan mendatang. Inilah keluarga yang sesungguhnya, menerima kekurangan dan menjadi lebih baik dan seterusnya.

Wednesday, March 18, 2009

Ilham tersendiri konsep zen

Wednesday, March 18, 2009 0
Oleh Hartini Mohd Nawi





SETIAP penataan ruang mengilhamkan gaya tersendiri mengikut fungsi supaya segala perabot dan perhiasan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Susun atur ruang yang ringkas dengan kehadiran perabot utama bersifat dwifungsi turut menggambarkan kriteria cita rasa dan gaya hidup pemiliknya.

Melihat kesinambungan itu, Star Living bagaikan pusat sehenti hiasan dalaman khususnya bagi anda yang meminati konsep zen.

Menurut Pengurus Besar Star Living, Liz Goh, idea mengetengahkan konsep berkenaan selari dengan pengenalan perabot berjenama Zen Tradition."Kini menghias ruang mengikut konsep pilihan sudah menjadi kemestian kepada setiap pemilik kediaman kerana idea penataan memberikan persepsi berbeza."

Apatah lagi perabot Zen Tradition ini bukan sekadar melengkapi konsep Zen, malah turut menyerikan pelbagai konsep lain termasuk klasik dan suai padan," katanya.Liz berkata, pengaruh zen sama juga dengan konsep dekorasi lain yang meletakkan aspek kedamaian sebagai perkara paling utama pada setiap tata hiasnya.

Susun atur ringkas memberikan keselesaan ruang pergerakan dan membuatkan sesiapa saja terasa lebih lapang.Penggunaan warna-warna alam ternyata memberikan kesan yang lebih mendamaikan serta suasana tenang sepanjang masa.

Rona lembut yang digabungkan pada konsep zen itu sendiri sentiasa mampu memberikan sentuhan santai siang dan malam.
Selain mengutarakan ciri praktikal, perabot pilihan utama juga berperanan sebagai dwifungsi penuh keselesaan.Bagi memberikan kelembutan dan konsep zen kepada aliran reka bentuk perabot pilihan, kemasan dari jenis fabrik bertekstur diberi keutamaan dengan variasi warna semula jadi seperti krim, coklat dan hitam.

Setiap ruang utama pula diserlahkan fungsinya melalui penggunaan kemasan lantai kayu untuk menggambarkan suasana santai sepenuhnya.Kehadiran tingkap jenis cermin yang luas dan panjang berfungsi memaksimumkan pemandangan di luar. Jika ingin menyedut udara segar, anda boleh menolak daun tingkap ke luar tetapi keluasan bukaan tingkap yang terhad dibuat untuk memastikan keselamatan.

"Bagi anda yang menggemari konsep zen dalam suasana klasik boleh menggunakan kreativiti yang diketengahkan kerana istilahnya ialah tinggi nilai dan mutu dengan reka bentuk abadi sepanjang zaman."Aspek yang paling ketara ialah penggunaan warna semula jadi terutama coklat, putih dan hitam bersama kombinasi aksesori hiasan gaya zen yang ringkas," katanya.

Dalam menzahirkan suasana berkonsepkan zen, segenap ruang pameran Star Living yang membawa jenama Zen Tradition itu didekorasikan bagai sebuah kediaman sebenar.

"Sekurang-kurangnya kami dapat berkongsi idea penataan konsep zen dengan kemasan perabot dan aksesori hiasan Zen Tradition," katanya.

Pada masa yang sama konsep zen yang diberi sentuhan gaya ringkas, klasik, minimalis zen dan moden kontemporari turut diketengahkan bagi memberi pilihan kepada pengunjung.

Anda yang berminat boleh berkunjung ke Star Living di 180, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur atau layari laman web www.starfurn.com.

Monday, March 16, 2009

4 Cerpen

Monday, March 16, 2009 0
Aku terbaca artikel ini di utusan malaysia. dan aKu rasa angat menarik untuk ku kongsi bersama.Jadi aKu paparkannya di sini agar kalian sume dpt sama2 membaca...

Oleh Daeng Ramliakil

1. PENJARA

Suhaimi Haji Muhammad dipenjarakan. Barangkali kerana menulis lirik-lirik puisi. Boleh jadi juga kerana dia gelisah berada di dalam bebas, lalu, dia meminta dipenjarakan. Atau, mungkin juga aku tidak tahu apa-apa, lalu dia dipenjara, dikurung supaya dia bebas. Sebetulnya aku tidak tahu apa-apa.

Dia memegang jeriji besi penjara, mengurut -ngurutnya. Sambil menulis puisi-puisi yang lebih kental, lebih likat.

Semua orang di dunia ini terpenjara sebenarnya, katanya kepadaku. Aku begitu bodoh ketika itu. Dan sebetulnya aku begitu bodoh. Mungkin, mengikut perkiraan bangsaku, bangsa Malaysia, mengaku bodoh adalah hina. Dan sememangnya aku hina. Aku cuma mengikut ilmu. Kerana bodohlah aku mempelajari ilmu.

Aku mengulangi kata-kataku kepada saudara. Sebetulnya, semua orang di dunia ini terpenjara, terantai. Lihat saja apa kata Rousseau. Orang-orang sibuk di dunia ini, dikurung. Yang lebih hebat, menteri-menteri atau pemimpin ekonomi, dipenjara, dikawal.

Sebetulnya, mereka itu mungkin pengecut, bukan berani kerana benar, kerana mereka untuk sekian lamanya membentuk gengsinya dengan kepengecutan. Kerana itu mereka dipenjarakan.
Barangkali saudara gila, kataku. Gila di penjara. Aku tidak segila saudara, katanya. Mungkin kerana aku menulis. Barangkali juga aku menjadi terlalu pemikir.
Katanya saja begini. Keterlanjuran. Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Lihat saja kata Shakespeare, to be or not to be, that‘s the question. Keterlanjuran.

Sore itu aku menziarahinya di rumah. Katanya kepadaku.
“Rumahku seperti penjara. Aku percaya bahawa saudara juga terpenjara di rumah. Tadi saudara keluar daripada penjara di sana lalu saudara memasuki penjaraku.”

“Tidak”

“Habis, bagaimana?”

Aku diam.

“Bagaimana? Jawab soalanku”

“Aku jawab begini saja : Aku membawanya bersama-samaku”

Ketawanya meledak. Beberapa butir percikan air liurnya menikam pipi lantas saja menikam hatiku.

Memang, orang-orang di penjara, kasar-kasar belaka, bisik hatiku spontan. Aku melihat saja ronanya. Dia bengis sekali ketika ketawa.


2. MANUSIA

Anaknya lahir. Isterinya pucat sekali tapi masih bisa senyum puas. Sepuas seorang perempuan menyempurnakan tanggungjawabnya. Tanggungjawab beranak. Dia merenung muka isterinya. Dia masih mengunci mulutnya. Belum bersedia untuk berbicara. Isterinya senyum, dia senyum.

Sewaktu doktor mengucapkan tahniah, dia terpinga-pinga. Baginya untuk apa tahniah diujarkan oleh orang bijak pandai seperti doktor. Dia tidak mengerti. Baginya, kadang-kadang orang bijak pandai itu bisa juga berkelakuan pandir-pandiran. Cuma sekadar mahu menyatakan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya ‘menjalankan tugas perbidanan’, tahniah dihulurkan untuk dipulangkan kembali kepada diri sendiri.

Di dalam otaknya, perkataan itu belum timbul. Sebetulnya dia takut, kerana itu, dia tercari-cari, teraba-raba. Yang jelas berserakan ialah abcdef yang tercantum-cantum dengan penyakit yang kini menular dunia manusia. Perkataan-perkataan yang tertera kali berkali, AIDS yang pernah meruntuhkan adab dan fitrah manusia di zaman Luth, kokain, rasuah, hipokrit, oportunis dan para peniaga agama, peniaga bangsa dan peniaga negara, atau Qarun.
Dia memandang wajah doktor dengan pandangan yang bodoh, dungu. Sewaktu dia turun ke lapang letak kereta, hatinya masih gelisah. Dia melihat adiknya yang menunggu.

“Aku cukup takut”

“Kenapa? Bayaran klinik terlalu mahal?”

“Habis?”

“Banyak lagi yang lebih penting yang mesti diambil peduli secara serius, bawakan duit.”
Adiknya terdiam. Dia takut untuk menyambung percakapan. Dia tahu abangnya kini kusut fikirannya. Tidak jelas, apa yang mengusutkan fikirannya ketika itu. Yang pasti, kusut. Seperti biasa jika begitu, dia tidak perlu masuk campur untuk tidak menerima tengkingan.


3. AKUKAH

Malaysia menelan Akukah. Sewaktu Akukah menapak di hentian pesawat udara Subang, dirinya terasa dikulum lumat pertapa. Tapi, sebenarnya, sewaktu di Soweto lagi, 15 batu ke selatan Johannesburg, dia ditelan kami.

Di hotel, Akukah melempar mata sejauh-jauhnya. Hijau, jalan raya lebar hidup lebih mewah dari Johannesburg, apalagi Soweto.

Di hotel yang lain, Akukah melontar mata semahu-mahunya. Rasa chaos membanjirinya. Rumah kampong, manusia sawo matang, berkain batik, berjejeran memenuhi ruang.
Di pantai, dia berbual dengan pasir, ombak, kolek semacam meniru Onassis sewaktu di pekan kecil terpencil di gigi air.

Akukah mencari ombak penyuci pasir. Dihulur kaki hitam, buih-buih mengerumuni dan memecah satu persatu. Waktu itu, beberapa butir manik berlari-lari menuruni dagu. Dia dapat menikmati kata bahawa hidup ini memang indah dan menawan. Dengan lembut, butir-butir pasir yang manja melekat di kaki ditiupnya. Menggunakan jari-jari terasa kasar tidak sopan. Dia bangkit sigap, menapak sekadarnya menuju sebuah kolek sepi di pangkal kelapa condong arah matahari naik.

Dia mampu membaringi perut kolek berbantal silangan tangan kiri kanan. Tergadah. Mata dilempar sejauh-jauhnya. Langit luas dan diri terasa amat tinggi berbanding lain-lain objek sisi.
Benarlah Malaysia menelanku bulat-bulat, tak berbaki. Katil hotel memuaskan nafsuku semahu-mahunya. Permukaannya dipenuhi novel, buku dan majalah. Akukah ketemu Samad Said menerusi Hujan Pagi, Dr. Ishak Haji Muhammad, Dr. Budi Dharma, Dr. Umar Khayyam, Dr. Hamzah Bague Yassin, Latiff Haji Mohiddin. Engkaukah? Aku belum bisa membacanya, soal bahasa.

Sewaktu melunaskan bil penginapan dua minggu di kaunter hotel, dia meladeni pertanyaan-pertanyaan penanya dengan riang dan puas.

Akukah mengangkat beg yang agak berat dengan mata yang liar mencari teksi. Haluannya ke hentian pesawat udara. Sesudah itu, dia menuju selatan. Akukah melangkah bumi selatan, bumi yang menabiri kota atau negara kosmopolitan. Akukah memutuskan untuk menginap seminggu di situ.

Sewaktu menikmati secangkir kopi di sebuah warung, Akukah berhajat untuk berkomunikasi. Pada mulanya memang sudah. Kopi sudah diperoleh. Kali ini, dia ingin lagi. Dikemukakannya beberapa patah kata sebagai simbol-simbol pernyataan. Ulangan demi ulangan terjadi. Si tua itu gagal memahaminya, Cuma dia membalasinya dengan senyum.

Walau apapun kata yang diluahkannya, asal saja bisa mendengar suara bahasa itu, dia terasa alat penerima simbol-simbol bahasa itu terisi.

Kami masih satu juta di Afrika Selatan, sekalipun bahasa kami Africkaan dan Inggeris. Ketahuilah bapak, kita masih mampu bernafas di sana. Sama seperti di Peru, Panama, England, Amsterdam, Thailand, Burma, Amerika, Kanada, Jepun, India dan Taiwan, sekalipun sedikit terhimpit. Soalnya kemampuan untuk hidup itu soal peribadi. Mampu bersaing secara positif, dihormati, kaya, ternama, sepertiku.

Aku bangkit dengan aturan cara yang terancang, rancangan ibu bapaku, yang menyedari bahawa kami adalah keturunan terbuang dari sebuah negara yang pernah dijajah. Lautan luas tidak memungkinkan kami kembali secara pelayar purba Bugis. Kami wajar tegak di bumi baru, yang juga menjanjikan udara, matahari dan bumi yang tetap sama. Malam dan siang masih serupa. Bintang di langit malam tidak pernah menipu kumpulan itu. Nenek moyang kami yang kini bersenang-lenang atas dasar mengisi sikap positif kepada generasi baru sesekali keluar dari kuburannya. Melihat kami. Ada baju, rumah, makanan, pendidikan, dan penghormatan.
Si tua mengukir senyum. Sesekali melihat muka yang merenunginya. Tangan agak sibuk membancuh minuman dan menghulurkan kepada pemesan.

Sewaktu aku di pantai, ombak yang biasa sesekali dengan nenek moyangku dulu, tidak juga terpegun melihat kehadiranku, malah, diladeninya semesra itu juga. Begitu juga kolek yang perutnya kubaringi. Menerimaku seadanya.

Si tua memerhatiku dengan mata yang ramah. Akukah meletakkan wang di telapak tangannya dan kembali menapak-napak di pinggir jalan yang sarat.
Sewaktu di perut pesawat udara, di bawah, bumi Malaysia tertengadah, Akukah melempar bebas mata semahu-mahunya.

Bumi indah itu terisi sepenuh-penuh di dalam hatinya terus-terusan. Limpahannya memandikan sekumpulan nenek moyangnya yang berada di bawah yang tidak berupaya kembali sesudah dilontar keluar ke bumi yang kini didiaminya. Dia kembali untuk menebus soal itu. Penebusannya itu membuahkan hasil. Hatinya terisi terus-terusan.
Di Soweto, Akukah berpeluang mengumpulkan beberapa generasi tua, muda dan anak-anak yang sudah tahu berfikir. Disurahinya panjang-panjang, soal bumi Malaysia.


4. JAMPI

Cermin kereta melihatku sama seperti aku melihat jalan raya yang ternganga di depan. Setahuku, tanpa waspada, dia pasti saja menelanku.

Dada Tokyo dijelajah rata. Waktu sebulan, bukannya terlalu panjang. Untuk menyelami nuraninya, sehari sudah lebih mencukupi. Kukira, berbicara dengannya cukup mengasyikkan. Hampir saja aku menidurinya. Hal itu terjadi tatkala aku terhuyung-hayang mabuk langsung tertiarap di dadanya. Entah kenapa, tatkala tersedar aku berada di katil. Dan entah kenapa seorang perantau Malaysia merasa kasihan dan merasa perlu membantuku. Setahuku, aku terjerembab kurang lebih sesaat.

Kakutan Yasunari sempat berbicara denganku beberapa lama. Ia tertunda pada daun-daun bambu, pada batu-batu tetapi tidak pada air kali yang mengalir.

Antara perbicaraan kami, soal pokok nyata sekali pada tunggul-tunggul yang kaku di dada makam pahlawan Yasunari sendiri.

Setahuku, daun bambu masih menyanyikan lagu sunyinya mencelah keributan materi yang bisa menyekat rengkung daripada dilalui oksigen. Batu-batu berendam di kali cetek masih menyatakan kepadaku sesuatu. Katanya, mereka masih menyimpan darah Yukio Mishima yang tumpah. Menyimpan darah Yasunari adalah mustahil kerana kematiannya tanpa darah tumpah.
Daun bambu mengingatkanku agar aku berupaya menyimpan saja bunyi percikan air kaki sewaktu berendam. Katanya kebisingan seperti itu menjadikan dunia berputar lebih pantas daripada biasa, lantas, kiamat amat menjengulkan mukanya untuk menyendiwarakan manusia. Kaki ku angkat. Yang terdengar mereka menepuk-nepuk batu.

Waktu itu, daun-daun bambu berbicara panjang tentang Yasunari. Mereka menyebut Nobel Prize, gas, ucapan, pendidikan universiti, mata, mukanya yang kecil dan rambutnya yang selari mengejar tengkuk.

Oleh kerana perbicaraan itu agak panjang, entah kenapa Yasunari, secara tiba-tiba menjengulkan diri dari rumpun bambu. Dia terlupa senyum. Dia terlupa salam kerana setahuku dia bukan mukmin.

Aku mendepangkan tangan untuk didakapnya. Memang, sebagaimana terduga, dia mendakap tetapi tidak mendakapku. Agak lama kami berbicara, bukan kerana banyak kata, tetapi kerana terlalu kurang. Perbicaraan itu terhenti tatkala hujan mulai menurunkan manik-manik dan berkecai tatkala singgah.

Kami sama-sama membawa diri. Aku membaringkan diri betul-betul di bawah rimbunan daun bambu dan dia menuju ke kuil tua hitam yang banyak tiangnya, kira-kira 40 langkah arah ke utara.

Seingatku, dia lima tahun di situ. Dan kerana itulah aku datang menghampiri, mencari di segenap sudut, terjumpalah apa yang kucari : kunci kuil.

Ia tidak lebih daripada jampi pak ndak, sama ada jampi untuk perasap keris, mahupun jampi untuk memukau. Cuma, dia perlu menyebut nama Yang Maha Esa mengikut caranya, sedang kami mengikut cara kami. Setahuku, kami dan dia sama, tidak bisa meninggalkan Yang Maha Esa.

Dengan kunci itulah kami bersemadi di atas batu di keliling aliran air jernih yang cair. Kami sama-sama percaya ibunya masih di puncak Fuji, membeku untuk sementara waktu.
Waktu kami bersama di situ, mata sarat pemandangan, akal memikul berbagai beban menunggu untuk difikirkan.

Waktu itulah kami sama-sama melihat Nagasaki ranap, Hiroshima runtuh. Tanpa bunyi di mata, seluruh kawasan di telan cendawan merah untuk sesaat, lenyap, melahirkan pemandangan ajaib, bangunan jadi rapuh, runtuh.

Di mata, tiada manusia. Kami kaku. Dalam kekakuan itu, pemandangan baru menjengul. Sesusuk tubuh berambut kapas duduk di kerusi tua sambil menggesek biola bisu. Matanya kering sekering hatinya yang tertipu teori EM, senjata presidennya.

Di puncak Fuji, kami cuma melihat kilat. Kata mereka di situlah tempat mereka mengadu, sebelum pengaduan itu ditumpahkan 100 peratus kepada sang mahamerah yang mengambang siang bermula beberapa minggu selepas bahana cendawan Amerika itu.
Sesudah sebulan aku menakung jampi di batu, ku katakan pada daun bambu yang setia menungguku di kali itu. Tidak pula kuingat apa yang kukatakan padanya. Mungkin aku begitu bodoh ketika berbicara dan selalunya begitulah.

Seingatku, jampi yang kutitipkan pada daun bambu untuk disampaikan kepada Yasunari adalah suatu pesan penghulu kampungku, pesan Muhammad, untuk jangan sekali-kali mengajar para muridnya untuk tidak menumpahkan darah atau menumpahkan darah pengecut.
Setelah itu, daun bambu rindu kepadaku, dan pada jampi Melayuku. Setahuku, aku begitu jahil tertipu.

Friday, March 13, 2009

5 cara pilih sahabat

Friday, March 13, 2009 0
Saya ada terbaca artikel ini. Jadi ingin saya kongsikan bersama semua bagaimanakah caranya untuk memilih sahabat sejati..

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimanapesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalahhiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia sukamencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasaterharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia sukamenghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasaterharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenaikeburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatudaripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamudulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapandan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakansesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkauberselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakanbersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH ..

Thursday, March 12, 2009

Tahniah kepada Aiman

Thursday, March 12, 2009 0
oleh:webmaster


Huuuhh...hari ni seharian aKu berada di depan PC..sumernyer kerna laman web bLog ini... buKan mudah utk menarik pengguna melayari web yg kita wat...tapi dgn berkat usaha dan kesabaran aKu akhirnyer tercipta juga satu laman web blog utk family aKu...


Utk itu...ptg yg hening ini aKu nak ucapkan tahniah wat cousin aKu yg baru saje amik result SPm pg tadi...


Alhamdulillah...Aiman berjaya dlm keputusan SPMnya dgn mendapat 7A.. Seperti tahun sebelumnya iaitu Tahun 2007, kakaknye Sarah juga turut meraih kejayaan yg cemerlang dlm SPM dgn memperoleh 13A bagi semua subjek..dan kini beliau sedang menuntut di Cairo, Jordan, Mesir laa....huhu..


Oppss...ni Sarah ler..

Ermmm....hari semakin hari semua sepupuku sudah semakin menginjak dewasa.. Terasa sekejap saje masa berlalu...Kini...masing2 akan melangkah ke alam yg mebih luas utk menempuh kehidupan yg penuh cabaran dan dugaan di dunia ini dgn kejayaan yg telah diperolehi itu..


Aku?? aKu masih dgn imej webmaster...develop website..dan skrg ni aKu diberi kepercayaan utk deign satu company website...ermm....masih pening lagi bile makin byk error yg belum dpt diatasi...


Huuhhhh.....daRi Aiman...kini aKu dah cite sampai kepada diRi aKu...Memang byk kalau nak di cite kan tentang salasilah keluarga aKu ni..hehe... tapi..cukuplah sampai sini saje...


Utk yg terakhir kalinyer...TAHNIAH diucapkan wat Aiman yg berjaya memperolehi keputusan SPM dengan cemerlang.Semoga kamu dapat ape yg kamu hajati selama ini..




Wassalam...