Tuesday, February 9, 2021

Rebranding. THE KIPIDAP is here!!

Tuesday, February 09, 2021 0

 

2020 melabuhkan tirainya. Kini kami, tiga bersaudara ingin memaklumkan perubahan atau lebih dikenali sebagai rebranding team kami ini untuk tahun 2021 ini.

Setelah berguling, melompat dan menungging, kami sepakat menamakan "THE KIPIDAP" yang mana kami akan terus menerajui teknik pemasaran digital hari ini. 

Sebarang collaboration dan sponsorship partner boleh hubungi kami di emel

lamankeluarga@gmail.com



Tuesday, December 1, 2020

Pengalaman Pertama Kali Berlakon Untuk Drama Di Astro Ceria

Tuesday, December 01, 2020 1

Haiii... Lama betul kami tak update story kat laman blog ni kan.

Berlakon? Alhamdulillah dapat rezeki dan rasai pengalaman berlakon. Memang terkejut beruk jugak lah mula-mula bila dapat tawaran berlakon untuk siaran TV Astro Ceria. Tak pernah pun terfikir boleh sampai ke tahap ni. Walaupun hanya scene pendek melibatkan hanya lakonan badan sahaja tanpa ada dialog tapi rasanya cuak jugak kot nak shooting hari tuh.


Kenapa cuak? 

Crew ramai kot. Of course lah ada rasa malu. At last tak tengok pun semua muka crew tu. Kami belasah je duduk tempat yang disuruh sampai lah habis scene.

Ni talent atau pelakon utama iaitu Aiman Tino dan Ruhainies

Tengok dorang berlakon banyak kali pun dah debar dah. Padahal mereka ni lagi banyak pengalaman berbanding kami yang kecik ni. Tapi no hal. Orang cakap dah dapat peluang kan, redah aje lah.. At least dapat jugak bertemu selebriti Malaysia ni. 

Scene Party yang kami sertai. 

Budak-budak kecik seronok dapat belon weyyhhh... Hahaha..


Alhamdulillah... yang penting perut kami terisi dengan makanan yang enak dan mengenyangkan. And by the way, kami berlakon ni dapat dari kakak dan abang sepupu kami yang memang aktif dalam dunia media iaitu Kak LeYa dan Abg Otomen Taro. Rasa memang ramai je blogger kenal mereka ni... Hehehe... Thank you so much bagi kami rasa berlakon.

Kalau korang nak tahu bila drama ni ditayangkan, nantikan Januari 2021 di Astro Ceria dalam Putera Ares dan Puteri Felora di #feloraazaniagerbangentropi. Jangan lupa tonton taw! 

Tuesday, March 10, 2020

Rasai Keenakan 'Hidangan Warisan' Sepanjang Ramadhan Di Hotel Tenera, Bangi

Tuesday, March 10, 2020 0
Haiii... Lama kami tak munculkan diri dalam aktiviti blogging di ruangan Blog Laman Keluarga Hajah Lijah ni kan. Untuk tahun ini, kami cuba untuk memperbanyakkan mengisi kekosongan di ruangan blog ini dengan kisah-kisah menarik yang cuba akan kami kongsikan.

Menikmati 'Hidangan Warisan' Di Buffet Ramadhan Hotel Tenera, Bangi

Korang dah habis ganti puasa belum?? Ramadhan dah nak dekat ni. Atau dah ada lokasi berbuka puasa ke dengan keluarga dan kawan-kawan? Kalau belum, jom tengok apa yang kami nak kongsikan! Enjoy your reading...


Macam biasa, menjelangnya Ramadhan, pasti terdapat banyaknya menu-menu bufet yang akan ditampilkan. Tapi, jom ikut kami untuk berbuka puasa dengan keenakan sajiannya, tempatnya yang selesa dan harga yang berpatutan. Mana lagi kalau tak Hotel Tenera, Bangi.

Tak jauh dari Bandar Kuala Lumpur atau yang dari Negeri Sembilan. Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung, lagi-lagi time Bufet Ramadhan. Untuk kali ini, ia menyajikan masakan kampung bertemakan 'Hidangan Warisan' sambil dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang segar.


Apa Yang Istimewanya Berbuka Puasa Di Hotel Tenera?

Terdapat lebih 200 menu hidangan bertemakan warisan Melayu hasil air tangan Chef Eksekutif Hotel Tenera, Cef Sahisal Azrul yang menyajikan makanan seperti Ayam Hot Peri-Peri 'Yaribaaa', Seafood Goreng "KAVA", Mak Top Mi Sup Utaro / Gear Box, Pasta Pasti 'World', Lok Lok Budak Gemuk, Bubur Lambuk Persiaran Kemajuan, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning, Sambal Ibu Saodah, Tahu Bakar Udang Geragau, Cucok Udang Bas Stand, pilihan terbaik Asam Pedas Pasti Terliur, Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, aneka Mi Goreng, aneka Roti, Murtabak Roti Arab, Goreng-Goreng Mak Tom, Wadei Brickfield Road, Abe Keropok dan banyak lagi.

Pengunjung juga boleh menikmati suasana berbuka seperti berada di bazar Ramadhan kerana terdapat 50 gerai makanan yang turut menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Daun Maman, Gulai Darat Ayam Kampung, Gulai Tunjang, Gulai Tongkol Pecah Telur, Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi, Kambing Gulai Kawah Lebar, Itik Salai Jando Pulang, Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan sebagainya.

 
 
 
 
 
 
 

Bukan itu je tau. Pada yang meminati manisan atau dessert, anda harus cuba rasa aneka pencuci mulutnya seperti Bingka Sawit, Kuih Serabai, Peneram Che Omar, Cendol Sawit Gula Anau, Tepung Pelita, Kuih Lapis, Seri Muka, Talam Keladi, Bubur Manis Rambang Mata, Talam Jagung, Bakar Bijan, aneka aiskrim premium dari Baskin Robin, pelbagai jenis kek dan banyak lagi.

 
 
 

Tidak dilupakan juga kepada masakan Cina sepertiDim Sum Aliff Baa Ta yang mana disediakan secara 'Live' bersama Sos Hoisin dan pedas, Chee Chong Fun.

 

Jangan risau! Sebab Hotel Tenera juga turut sediakan dewan solat untuk para pengunjung menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Tempat parkir juga adalah percuma. Dengan hidangan yang sungguh mewah dan pelbagai, harga yang ditawarkan sangat berbaloi.

Promosi 'Early Bird' bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2020
RM78

Selepas tempoh 'early bird' pengunjung boleh nikmati pada  harga seperti
RM108 nett Dewasa
RM48 nett Kanak-Kanak (berusia 11 tahun dan ke bawah)

 

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut untuk berbuka puasa, boleh hubungi seperti

Talian Telefon
03 - 8929 9600

WhatsApp
019 - 3854 796 / 019 - 3206 796 / 019 - 3592 796

Facebook

Instagram

**Sepanjang bulan Ramadhan juga, pihak Hotel turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk hidangan di waktu sahur. 
**Hotel Tenera milikan penuh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad dan berkonsepkan 'mesra Muslim'. Mempunyai 502 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk berkonsepkan muslimah.

Friday, February 7, 2020

6 Tips Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Friday, February 07, 2020 0
Assalamualaikum semua...

Kali ni kami ingin kongsikan tips atau panduan Murah Rezeki. Kita tahu dan sedar setiap dari kita menginginkan rezeki yang banyak dan berlimpah ruah. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sedang mengalami masalah kewangan dalam kehidupan.

Selain dari usaha bersungguh-sungguh, ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.


Amalan Yang Memudahkan Rezeki Datang

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan kelulusan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

Sentiasa Ingat Kepada Allah
Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.

Membantu Golongan Orang Miskin
Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu kita berkali ganda.

Membantu Penuntut Ilmu
Menuntut ilmu adalah salah satu jihad dalam Islam. Bila kita membantu memudahkan seseorang untuk menuntut ilmu, inshaAllah, urusan kita juga akan turut dipermudahkanNya.

Bersyukur Atas Nikmat
Sebagai hamba Allah, kita mesti sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah kurniakan rezeki ke atas kita.

Bersedekah Secara Istiqamah
Bersedekah sedikit-sedikit secara berterusan itu lebih baik daripada sedekah banyak tapi sekali sekala sahaja. Tidak pernah rugi orang yang suka bersedekah.

Istighfar dan Bertaubat
Istighfar dan bertaubat setiap hari. Kita manusia biasa yang selalu berdosa. Tanpa sedar, dosa-dosa itu boleh menyempitkan rezeki kita. Oleh itu, pentingnya untuk sentiasa mohon ampun daripadaNya. Apa yang kami cuba kongsikan ini hanyalah sekadar perkongsian. Yang paling penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah SWT. Semoga anda boleh beramal dengan tips ini.

Sumber | Info Pelajar

Thursday, February 6, 2020

Krematorium di Wuhan Beroperasi 24 jam Mengakibatkan Pekerja Keletihan

Thursday, February 06, 2020 0

KREMATORIUM adalah tempat membakar mayat. Di Wuhan, krematorium didakwa beroperasi 24/7 bagi membakar mayat-mayat yang telah menjadi korban wabak 2019 n-Cov atau novel coronavirus.

Melihatkan itu, pekerja-pekerja krematorium dilaporkan terpaksa bekerja tanpa henti kerana mayat sentiasa dihantar untuk dibakar. Mereka mendakwa sekurang-kurangnya 100 mayat dibakar setiap hari sejak 28 Januari lalu.

Menurut salah seorang pekerja yang ingin dikenali sebagai Yun, "90 peratus pekerja 24/7. Kami tidak dapat pulang ke rumah. Semua rumah pembakaran mayat di Wuhan beroperasi 24 jam."

"Kami sangat memerlukan lebih banyak tenaga kerja saat ini."


Sumber: mStar Online