September 19, 2025

Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA @Arena Butterworth

Hai... Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Baru-baru ini bertarikh 16 September 2025 yang Lepas, Siti telah menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2025 bertempat di PICCA Convention Centre @ Arena Butterworth, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti menarik dan pengisian program yang padat telah disusun untuk pengunjung. Sambutan Hari Malaysia 2025 ini berlangsung di PICCA Convention Centre @ Arena Butterworth telah menghimpuan ribuan rakyat dari pelbagai negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan pengunjung luar yang hadir menyaksikan program ini.

Acara sambutan Hari Malaysia ada kalanya diadakan di tempat terbuka seperti tahun lepas di Padang Merdeka, Kota Kinabalu (Sabah) dan ada kalanya dibuat dalam keadaan tertutup seperti di Stadium Perpaduan di Kuching, Sarawak dua tahun lepas.

Yang membezakan kali ini, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Sabah, Sarawak dan Semenanjung secara bergilir menjadi tuan rumah bagi acara sambutan Hari Malaysia. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara negeri-negeri dan membantu memupuk semangat kekitaan dan rasa cinta kepada negara.

Selain itu, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran / artifak barangan lama dan juga barisan food truck buat pengunjung yang hadir.

Sambutan Hari Malaysia 2025 yang julung kali diadakan pada tahun ini serta terbesar pernah diadakan turut mendapat sokongan daripada semua agensi kerajaan dan rakan strategik yang mengambil bahagian. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merasmikan Hari Malaysia 2025 pada jam 8.30malam.







Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat patriotisme, persaudaraan dan keharmonian demi memastikan Malaysia terus maju sebagai negara yang aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan MALAYSIA MADANI. 

Semoga semngat Hari Malaysia terus menyatukan kita semua dalam kepelbagaian dan menjadikan Malaysia lebih gemilang di persada dunia.

You Might Also Like

0 Comments