Thursday, June 15, 2017

11 Tindakan Wajib Perlu Kita Lakukan Sebelum Tinggalkan Rumah Untuk Pulang Beraya Ke Kampung Halaman

Thursday, June 15, 2017 0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Admin ucapkan kepada semua pembaca blog Laman Keluarga Hajah Lijah & Co.


Okay guys.... Dah pasti lah kan musim cuti menjelang raya ni ramai yang akan meninggalkan rumah dalam jangka masa yang panjang tanpa penghuni. Dan kebarangkalian akan terjadi bermacam-macam perkara yang kita tidak ingini. Jadi, banyak aspek keselamatan harus dititikberatkan agar masalah tersebut tidak berlaku.

Ni pun dah nak raya. Dah Ramadhan ke-20 pun kita berpuasa. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi, ramai di antara kita akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak-saudara.Dan, di kesempatan masa yang masih ada ni, eloklah kiranya kita buat sedikit persediaan awal atau langkah berjaga-jaga sebelum berlaku perkara seperti rumah dipecah masuk dan sebagainya.

Menerusi perkongsian dari laman pihak berkuasa iaitu Polis KL, ada dikongsikan beberapa tip yang boleh kita lakukan untuk memastikan kediaman kita selamat dari menjadi tumpuan penjenayah.

Jom, ikuti perkongsian dari laman ini:-


TIPS MENCEGAH JENAYAH PECAH RUMAH

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

3. Jika ada autotimer lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.

4. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.

5. Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.

6. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.

7. Pastikan tiada barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.

8. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.

9. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.

10. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti berikut: Nama dan alamat Nombor telefon yang mudah dihubungi Tarikh berlepas dan balik Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.

11. Untuk lebih selamat, dinasihatkan mengambil polisi Insuran untuk melindungi rumah dan barang berharga.
 
SELAMAT BERPUASA. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. HATI-HATI DI JALAN RAYA.
 
Sumber:- Polis KL & Siakap Keli.

Wednesday, June 14, 2017

Berbuka Puasa di KFC Pekan Rantau, Negeri Sembilan

Wednesday, June 14, 2017 3
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terkini, diberitahu terdapat sebuah lokasi Restoran KFC sudah ada di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. Wahhhh.... Ini adalah satu perubahan dan evolusi perkembangan yang ada di situ. Dengan kemunculan Restoran KFC ini, lebih pesat lah Pekan Rantau membangun di era globalisasi ini.


Berbalik kepada realiti. Hari ini sudah pun masuk Hari Ke-19 umat Islam berpuasa. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Admin sendiri pun lama tak mengemaskini laman blog milik Laman Keluarga Hajah Lijah & Co ini. 

Bulan Ramadhan, ramailah di kalangan kita mencari lokasi berbuka puasa yang sedap dan selesa untuk nikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Memang tidak dinafikan, berbuka di rumah dengan masakan air tangan ibu itu lebih sedap. Namun, terkadang citarasa tekak kita ada juga inginkan kelainan. Jadi, tidak salah kiranya untuk berbuka di luar rumah.


BERBUKA PUASA DI KFC PEKAN RANTAU

Jalan-jalan Ramadhan Admin pada tahun ini terhenti di Restoran KFC Pekan Rantau untuk menjamu selera bagi berbuka puasa dengan rakan-rakan. Kenapa Admin memilih Restoran KFC Rantau? Masih banyak lagi lokasi KFC di tempat lain? 

Admin memilih lokasi di Rantau memandangkan ia merupakan lokasi baharu yang patut dihebahkan kepad umum agar lokasi Rantau menjadi tumpuan pelancong untuk datang ke situ. Sebuah pekan kecil tak semestinya tiada tempat menarik. Jadi, disebabkan itu lokasi Restoran KFC, Rantau menjadi Admin dan rakan-rakan untuk berbuka puasa kali ini.


Di sebalik pekan kecil Rantau ini, banyak tersimpan memori indah Admin di sini sejak kecil. Di sinilah Admin dibesarkan sehingga membawa Admin terbang jauh ke perantauan Ibu Kota. Pekan kecil yang menyimpan seribu makna dalam hidup Admin. 

Siapa kata di lokasi Rantau ini tiada tempat peranginan? Bagi pelancong yang ingin nikmati suasana kampung yang damai lebih elok kiranya singgah melancong di sini. Antara tarikan yang ada di Rantau, Negeri Sembilan ialah:-

  1. Rantau Eco Park
  2. Menginap di Homestay Laman Che' Dinnah
  3. Menginap di Homestay Linsum Longhouse
  4. Rantau Agro Park
  5. Masjid Jamek Rantau
  6. Dan banyak lagi yang mungkin Admin belum teroka.
Menarik bukan??? Di pekan kecil Rantau ini masih terdapat banyak lagi lokasi menarik yang harus anda semua kunjungi bagi menjalankan aktiviti riadah / percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.