June 15, 2017

11 Tindakan Wajib Perlu Kita Lakukan Sebelum Tinggalkan Rumah Untuk Pulang Beraya Ke Kampung Halaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Admin ucapkan kepada semua pembaca blog Laman Keluarga Hajah Lijah & Co.


Okay guys.... Dah pasti lah kan musim cuti menjelang raya ni ramai yang akan meninggalkan rumah dalam jangka masa yang panjang tanpa penghuni. Dan kebarangkalian akan terjadi bermacam-macam perkara yang kita tidak ingini. Jadi, banyak aspek keselamatan harus dititikberatkan agar masalah tersebut tidak berlaku.

Ni pun dah nak raya. Dah Ramadhan ke-20 pun kita berpuasa. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi, ramai di antara kita akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak-saudara.Dan, di kesempatan masa yang masih ada ni, eloklah kiranya kita buat sedikit persediaan awal atau langkah berjaga-jaga sebelum berlaku perkara seperti rumah dipecah masuk dan sebagainya.

Menerusi perkongsian dari laman pihak berkuasa iaitu Polis KL, ada dikongsikan beberapa tip yang boleh kita lakukan untuk memastikan kediaman kita selamat dari menjadi tumpuan penjenayah.

Jom, ikuti perkongsian dari laman ini:-


TIPS MENCEGAH JENAYAH PECAH RUMAH

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

3. Jika ada autotimer lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.

4. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.

5. Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.

6. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.

7. Pastikan tiada barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.

8. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.

9. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.

10. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti berikut: Nama dan alamat Nombor telefon yang mudah dihubungi Tarikh berlepas dan balik Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.

11. Untuk lebih selamat, dinasihatkan mengambil polisi Insuran untuk melindungi rumah dan barang berharga.
 
SELAMAT BERPUASA. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. HATI-HATI DI JALAN RAYA.
 
Sumber:- Polis KL & Siakap Keli.

You Might Also Like

0 Comments