Tuesday, May 12, 2015

Hari Keluarga Hjh Lijah & Co. 2015

Tuesday, May 12, 2015 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah pada Sabtu yang lepas bersamaan 09 Mei 2015 dan 10 Mei 2015 (Ahad), kami sekeluarga telah mengadakan aktiviti Hari Keluarga di Perkarangan Kediaman Pegawai Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Sambutan kali-3 setelah 20 tahun lamanya tidak mengadakan Majlis Sambutan Hari Keluarga.




Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya majlis bacaan yassin dan tahlil serta beberapa jenis sukaneka yang telah dirancang.






Suratkhabar Sinar Harian Edisi Melaka-Negeri Sembilan | Selasa 12 Mei 2015


Kemeriahan dan keseronokan tidak dapat diluahkan melalui kata-kata. Aktiviti seperti ini lah yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga. Semoga di hari yang akan datang, kami sekeluarga akan cuba melaksanakan lagi hari bersejarah ini.