(Berat Badan Yang Melampau Bagi Umur Seseorang)
Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris
Punca-punca
~ Makan berlebihan
~ Makan jenis makanan yang kurang sesuai .e. makanan yang tinggi dalam karbohidrat
~ Kekurangan aktiviti dan senaman
~ Faktor-faktor genetik
~ Gaya hidup
~ Faktor-faktor hormonal.
Masalah kesihatan yang bertambah dengan kegemukan
~ Penyakit-penyakit jantung
~ Darah Tinggi
~ Gout
~ Masalah pundi hempedu
~ Kencing manis
~ Osteoatritis pada pinggang, lutut dan tulang belakang
~ Lebih cenderung mendapat kemalangan
~ Pembengkakkan salur darah pada kaki
~ Kemurungan
~ Kesusahan semasa kehamilan
~ Peningkatan berat badan
~ Kesusahan bernafas
~Kepenatan
~ Sakit dan pembengkakkan pada sendi-sendi
Cubit perut di antara pusat dan tulang pinggul. Ukur "cubitan" itu. Lapik kulit yang melebihi 25mm (1 inci) menunjukkan berat yang berlebihan.
Perkara-perkara Yang Perlu Dielak
~ Gula - Jangan makan kek-kek, biskut-biskut, jem, makanan-makanan pencuci mulut dan
jangan minum minuman ringan.
~ Makanan bergoreng - lebih baik dipanggang.
~ Lemak - Gunakan minyak, mentega dan marjerin yang sedikit. Jangan makan kulit ayam
dan lemak pada daging.
~ Diet sementara yang ganjil-ganjil.
~ Makanan-makanan yang berlebihan - “Lebih baik membuang dari menambah kegemukan”
~ Pilih tempat untuk memakan di tempat kerja dan tempat tinggal. Makan hanya di tempat
tersebut setiap masa.
~ Makan sambil duduk.
~Jangan makan sambil menonton televisyen.
~ Makanan-makanan segar yang pelbagai, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang
memberikan vitamin-vitamin dan garam-garam galian.
~ Senam - berjalan di awal pagi, berlari atau berenang membakar lemak secara berterusan
sehingga 16 jam.
~ Rancang diet mingguan anda dan ikutinya.
~ Jangan beli makanan melebihi keperluan.
~ Jangan pergi membeli-belah dan membeli makanan semasa lapar.
~ Apabila anda keluar untuk makan malam atau jamuan, makan sedikit pada awal
sebelumnnya dan sedikit pada hari kemudiannya.
~ Kurangkan minuman beralkohol.
v Setiap hari, fikirkan sebab mengapa anda harus kurangkan berat badan anda.
PENUKARGANTI KILOJUL RENDAH
KUMPULAN MAKANAN | PILIHAN BERTENAGA TINGGI | KJ | PILIHAN BERTENAGA RENDAH | KJ |
SARAPAN PAGI | ||||
Daging dan penukargantinya | 2 biji telur goreng | 900 | 2 biji telur rebus | 650 |
Buah dan Sayur | 1 cawan (250ml) jus oren | 540 | Sebji buah oren segar | 245 |
Roti dan Bijirin | 1 “croissont” | 420 | 1 keping roti berserat tinggi yang dibakar | 230 |
Tambahan | 2 sudu the mentega atau marjerin poli-tak-tertepu | 300 | 1 sudu the mentega atau marjerin poli-tak-tertepu | 150 |
| 2 sudu the jem (10 ml) | 460 | | |
| Kopi dengan krim berganda dan gula | 530 | Kopi “O” | 0 |
MAKAN TENGAHARI | ||||
Susu dan hasilan tenusu | 1 cawan (250ml) susu segar | 670 | 1 cawan susu skim | 370 |
| 1 cawan (250ml) sup krim | 600 | 1 cawan (250ml) sup biasa | 230 |
Daging dan penukargantinya | 1 sanwic kelab | 2510 | Sanwic dengan 1 kepingan ayam | 1260 |
Buah dan Sayur | ½ cawan (125ml) kolslaw dengan mayonis | 370 | ½ cawan (125ml) kolslaw dengan cuka | 80 |
Tambahan | 1 keping (120g) pai epal | 1350 | I epal bersaiz sederhana | 360 |
MAKAN MALAM | ||||
Susu dan hasilan tenusu | 1 cawan (250ml) susu segar | 670 | 1 cawan susu skim | 370 |
Daging dan penukargantinya | 1 keping ikan digoreng dengan adunan tepung | 1630 | 3 oz. (90g) ikan panggang dengan limau | 590 |
Buah dan Sayur | 12 cip ubi kentang ½ cawan (125ml) brokoli dengan sos keju | 780 250 | I ubi kentang dibakar ½ cawan (125ml) brokoli dengan jus limau | 400 110 |
Roti dan Bijirin | 1 keping roti berserat tinggi dengan 2 tepukan mentega | 530 | 1 keping roti berserat tinggi | 230 |
Tambahan | ½ pai epal Kopi dengan krim berganda dan gula | 1710 530 | 1epal yang kecil Kopi “O” | 240 0 |
~ Kesihatan yang lebih baik.
~ Tampak lebih baik.
~ Pergerakan yang lebih mudah.
~ Kemudahan membeli baju.
~ Keyakinan diri yang lebih tinggi.
~ Merasa lebih cergas dan mempunyai tenaga yang lebih tinggi.
0 Comments