January 06, 2018

Chocolate Museum Kota Damansara Lokasi Wajib Kunjungi


Pada cuti sekolah yang lalu, Aqil berkesempatan bersama rombongan media blogger anjuran dari Team Propa Rangers ke Muzium Coklat yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, Aqil rasa seperti tidak percaya dan tak sangka yang Malaysia juga mempunyai muzium coklat tersendiri. 

Sudah tentu, rasa teruja dan ingin tahu untuk mengetahui apa yang ada di dalam muzium itu. Tambah lagi, sememangnya Aqil adalah peminat coklat. Bila dapat merasai sendiri pengalaman ketika menyusuri Muzium Coklat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini beserta merasai coklat-coklat yang diadun sendiri membuatkan hati semakin tertarik untuk meneruskan pengembaraan di sini. 



Pengembaraan kami ini dibantu oleh En. Rizwan dan Chef Coklat yang terbaik dengan menerangkan serba sedikit pengenalan dan asal usul coklat. Sepanjang pengembaraan, aroma coklat yang segar sudah menusuk ke hidung membuatkan kami terliur dan terbayang-bayang akan kelazatannya. Aduh! Bilalah dapat makan coklat nih. Tak sabar pulak rasanya... Hehehe...



Walaupun tidak sehebat Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Harshey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman, tetapi perlu dibanggakan kerana cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holdings Sdn Bhd, Dato' Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.


Menyusuri serta melihat sendiri biji coklat menambahkan lagi rasa Aqil untuk mengenali coklat yang sering dimakan bila meminta pada ibu untuk membelinya. Muzium ini menggunakan konsep '3E' di mana para pengunjung akan dapat pengetahuan interaktif (Education Interactive), pengalaman membuat coklat (Experience Chocolate Making) dan keseronokan membeli-belah (Enjoyable Shoppings) yang menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik buat mereka yang hadir. Lebih seronok lagi pengunjung berpeluang merasai coklat segar dari dapur yang dihasilkan oleh chef coklat.





Bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya, muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10.00 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap hari. Muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini turut menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindth.



Lebih seronok lagi, pengunjung yang hadir berpeluang membeli-belah coklat pada harga yang rendah. Terdapat lebih 130 jenama coklat antarabangsa dan tempatan  daripada 30 buah negara boleh didapati di Galeria ini. 


Paling best dan dinantikan Aqil ialah aktiviti membuat coklat berbentuk rumah bersama pasukan Propa Rangers. Okay... memandangkan dalam kalangan kanak-kanak Aqil dikira agak besar, jadinya, Aqil bersama team dewasa untuk menghasilkan 'Rumah Coklat" ini. Kami dari team dewasa dibahagikan dua kumpulan iaitu Lelaki dan Perempuan.







Lelaki pasti juara. Pertandingan diadili yang pasukan lelaki lebih kreatif dan kemas dalam penghasilan 'Rumah Coklat' ini. Walau bagaimanapun, tidak terkecuali pasukan perempuan. Dekorasi mereka juga menarik tetapi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua.






Berita menarik buat pencinta coklat! Sempena Tahun Baru Cina ini, Chocolate Museum menawarkan diskaun sehingga 70% bagi coklat berjenama tempatan  dan import pada 9, 10 dan 11 Februari 2018.

Chocolate Museum Kota Damansara merupakan muzium coklat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menawarkan hampir 500 coklat berjenama pada harga yang rendah. Jualan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula  9 pagi hingga 5 petang. Sudah pasti, coklat premium kegemaran yang diimport boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Jangan lepaskan peluang! Book Date kat atas tu sekarang.



Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum di http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm 

Alamat:
No 2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor.

Nombor Telefon: 03-74904260
Faks: 03-61408825

You Might Also Like

1 Comments

  1. Baguslah tulisan awk Aqil. Acik ani lupa lak nk sebut team Propa Rangers. Kita follow diowg tp tk sebut. Baik lg tulisan Aqil. Nanti acik ani nk tambah lah kat blog. Tq Aqil.

    ReplyDelete