September 05, 2013

Majlis Perkahwinan Keluarga Admin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melangkah ke gerbang perkahwinan merupakan satu titik perjuangan kita sebagai umat Islam. Ramai kini saudara-mara Admin sudah mendirikan rumahtangga bersama insan yang tersayang. Melihat kemeriahan majlis perkahwinan mereka, tidak sabar rasanya hati Admin untuk turut serta melangsungkan majlis perkahwinan. Namun, atas dasar perikemanusiaan di mana tahun ini terlalu ramai saudara-mara yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka, Admin berhasrat untuk menyempurnakannya pada tahun hadapan. Hal itu juga dipersetujui oleh ibu dan ayah Admin agar tidak terburu dalam membuat sesuatu keputusan. Perkahwinan bukanlah soal permainan seperti kanak-kanak dahulu. "Aku nak kawen kau.. Jom kite gi pelamin kawan2 kite buat tuh.. nanti kau jadi ayah..aku jadi mak..." Permainan kanak-kanak dahulu ketika melihat orang dewasa sibuk berkahwin di atas pelamin yang indah. 

Berbicara tentang perkahwinan. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.

Banyak lagi pernyataan yang hendak dibicarakan mengenai perkahwinan ini. Tetapi cukuplah untuk Admin olah lebih lanjut kerana dikhuatiri tersalah kata dalam membuat sesuatu perbincangan. Masih terlalu muda untuk Admin menjadi ahli falsafah dalam soal yang berkaitan perkahwinan ini. Kita seharusnya bertanya kepada yang pakar dalam bidang ini. 

Berbalik pada perenggan pertama, Admin ingin sekali memberi hormat pada saudara-mara Admin yang sudah menunaikan separuh tanggungjawab mereka sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu berkahwin. 

Tahniah Ika & Alan yang selamat diijabkabulkan pada Mei 2013







Sarah & Anas yang selamat diijabkabulkan pada 17 Ogos 2013





Mira & Aliff yang selamat diijabkabulkan pada 31 Ogos 2013



Selesai sudah upacara majlis perkahwinan ahli keluarga Admin. Akhir kata, Admin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas semua pasangan pengantin yang selamat diijabkabulkan dengan jayanya. Barakallah... Semoga kalian menjadi suami  & isteri yang diredhai Allah S.W.T. 

You Might Also Like

0 Comments