September 25, 2022

TEROKA DUNIA ILUSI DI MUSEUM OF ILLUSION



 Alami dan rasai dunia illusi bersama keluarga dan rakan-rakan di MUSEUM OF ILLUSION. Terletak ditengah-tengah kota Kuala Lumpur tarikan baru yang tersembunyi ! 



Selamat datang ke dunia ilusi yang menakjubkan! Anda pasti terhibur, keliru dan kagum ,alami perkara yang tidak dapat dibayangkan serta dapat mengetahui bagaimana minda kita yang hebat ini berfungsi.


BILIK PERMAINAN PINTAR ini membolehkan kita bermain sambil belajar dengan permainan minda dan teka teki pintar yang sangat mencabar minda. Berjam juga kami nak selesaikan teka teki pintar ni terutama 'devil cube' stress hakak tak dapat selesaikan ,huhuhu..





BILIK AMES ,bilik yang memberikan anda pandangan yang berbeza dari segi visual. Dimana anda boleh kelihatan kecil ataupun besar melalui teknik ilusi visual. Teknik ini akan memukau anda dan memberikan pengalaman baru tentang dunia ilusi.




Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan. Seperti cermin yang memeningkan ni .










Anak-anak juga tidak ketingalan meneroka permainan yang menguji minda mereka. Alhamdulillah anak-anak semua puas hati .

Mesti korang semua nak tahu harga tiket masuk kan? Jom sis share


Waktu operasi pula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam



Alamat:

1st floor & 2nd floor
Ansa Hotel Kuala Lumpur,
101 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

Tel No:
+60172282890

Layari:

www.museumofillusions.my





You Might Also Like

0 Comments