August 18, 2022

Jalan-Jalan ke Selangor Sempena Explorace Sabak Bernam 2022

Baru-baru ini aku, Nadia dan Annisa bersama sepupuku, LeYa ada menyertai Explorace Sabak Bernam 2022 menerusi Agensi Promosi Pelancongan, Tourism Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). 

Explorace Sabak Bernam 2022 ini telah berlangsung di Homestay Sungai Haji Dorani dan disertai lebih 100 orang peserta yang menyertai program kesinambungan dari Program Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang telah berjaya dianjurkan oleh pihak MDSB pada tahun 2016 hingga 2018. 


Hasil kejayaan itu, sekali lagi Explorace Sabak Bernam 2022 dianjurkan dan mendapat sambutan yang hangat dari pengamal media dan agensi kerajaan. Jadi, jom ikuti sedikit pengalaman dan lokasi yang aku dapat singgah dalam lawatan untuk menyelesaikan soalan dan tugasan di setiap lokasi checkpoint.


Antara lokasi yang kitorang dapat singgah dan melawat ialah Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Homestay Papitusulem, Sekinchan, Homestay Sg. Nibong, Sungai Besar, Homestay Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam dan Mini Muzium Wak Surgi, Sungai Besar. 

Pada setiap checkpoint itu kitorang dapat pelajari bagaimana pembuatan kuih goyang dan penyediaan untuk dipasarkan, belajar alat muzik tradisional gamelan, menghias dan menikmati Nasi Ambeng yang enak, mengagau ikan keli di sawah dan pelbagai lagi aktiviti permainan seperti nyanyian, main dam ular, menjawab soalan kuiz, mengecat dinding muzium dan banyak lagi. Bagi aku, memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. 


Lokasi pertama kitorang singgah adalah Homestay Batu 4 Sepintas untuk belajar membuat dan packing kuih goyang. Jangan tak tahu korang, nak susun dalam plastik tu kekemasan dan susunan bunga kuih goyang tu ada markah tau. Dapatlah kami bawa balik sorang sebungkus. Sedap kuih goyangnya.

Kemudian lokasi kedua di Homestay Sg. Nibong, Sungai Besar, kitorang belajar pula alat muzik tradisional gamelan. Pergghhh.... memang syok! Dapatlah aku tengok ada juga beberapa peserta ada bakat memainkan alat muzik ni. 


Seterusnya, jam waktu pun dah nak masuk ke tengah hari. Kitorang pergi pula ke Homestay Papitusulem, Sekinchan. Kat sini, kitorang diberi tugasan untuk menghias Nasi Ambeng dan menghabiskannya dalam masa 15 minit. Tapi, kalau tak habis, boleh bungkus bawa balik. Ni lah hasil seni tangan kitorang. Hehe...


Perut dah kenyang, kitorang meneruskan perjalanan ke Muzium Seni dan Warisan Wak Surgi. Kat sini banyak aktiviti yang kitorang lakukan. Dari bermain dam ular, mengenal alat tradisional antik, kenali artis dan lagu zaman lama-lama, menjawab soalan dan kuiz dari Wak Surgi, menyanyi lagu patriotik dan bebas serta mengecat dinding depan muzium. Tak rasa penat pun sebab buat dengan happy dan enjoy!


Selesai di kesemua checkpoint, kitorang pun bergerak balik ke destinasi utama, Homestay Sungai Haji Dorani. Sebelum ke acara kemuncak jam 2.00 petang, kitorang berehat dan bersantai-santai dulu, solat di situ. Dapatlah kitorang melepaskan lelah yang ada dengan duduk dan melihat kembali gambar-gambar yang diambil.


Tepat jam 2.00 petang, aktiviti yang ditunggu-tunggu bermula. Kitorang disuruh untuk mengagau ikan keli di sawah seberapa banyak yang mungkin. Alhamdulillah, syukur bawa Annisa. Dia memang pandai mengagau dan memegang ikan keli. Tak terkecuali jugak aku yang sejak azali lagi memang ni la hobi aku, memancing, mengoca dan apa-apa lah berkaitan aktiviti ikan. Hehe...



Anak aku, si Ammar ni pun tak ketinggalan turun ke sawah. Yang sorang lagi buat cerita pulak. Sabar je lah... 



Jeng3x.... Alhamdulillah rezeki kami. Dapat 11 ekor ikan dan boleh bawa balik lagi untuk dijadikan lauk. Sekaligus, rupanya kitorang mendapat Naib Juara kerana berjaya mendapatkan ikan terbanyak dalam kalangan 18 kumpulan yang lain. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat. 


Makanya, aku memang berpuas hati dengan apa yang dah kitorang raih. Itu sahajalah trip aku dengan sepupuku kali ini ke Sabak Bernam, Selangor. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa di next entri ye!

Nak bercuti? Jom pusing Selangor dulu!

You Might Also Like

0 Comments