February 07, 2020

6 Tips Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Assalamualaikum semua...

Kali ni kami ingin kongsikan tips atau panduan Murah Rezeki. Kita tahu dan sedar setiap dari kita menginginkan rezeki yang banyak dan berlimpah ruah. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sedang mengalami masalah kewangan dalam kehidupan.

Selain dari usaha bersungguh-sungguh, ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.


Amalan Yang Memudahkan Rezeki Datang

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan kelulusan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

Sentiasa Ingat Kepada Allah
Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.

Membantu Golongan Orang Miskin
Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu kita berkali ganda.

Membantu Penuntut Ilmu
Menuntut ilmu adalah salah satu jihad dalam Islam. Bila kita membantu memudahkan seseorang untuk menuntut ilmu, inshaAllah, urusan kita juga akan turut dipermudahkanNya.

Bersyukur Atas Nikmat
Sebagai hamba Allah, kita mesti sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah kurniakan rezeki ke atas kita.

Bersedekah Secara Istiqamah
Bersedekah sedikit-sedikit secara berterusan itu lebih baik daripada sedekah banyak tapi sekali sekala sahaja. Tidak pernah rugi orang yang suka bersedekah.

Istighfar dan Bertaubat
Istighfar dan bertaubat setiap hari. Kita manusia biasa yang selalu berdosa. Tanpa sedar, dosa-dosa itu boleh menyempitkan rezeki kita. Oleh itu, pentingnya untuk sentiasa mohon ampun daripadaNya. Apa yang kami cuba kongsikan ini hanyalah sekadar perkongsian. Yang paling penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah SWT. Semoga anda boleh beramal dengan tips ini.

Sumber | Info Pelajar

You Might Also Like

0 Comments