October 24, 2018

Tips Jimat Dengan 5 Makanan Bujang Ini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay… Rasanya semua pun tahu dengan istilah “Makanan Bujang” ni kan. Dan… sememnangnya ia menjadi pilihan yang cukup terkenal buat student ataupun yang masih bujang. Sebab ia membawa maksud kepada makanan yang murah dan menjimatkan.

Tetapi tak bermaksud “Makanan Bujang” ini dikhaskan untuk golongan tersebut sahaja. Sekiranya anda yang mungkin dalam keadaan terdesak atau sedang menyimpan dan mengawal perbelanjaan, pasti “Makanan Bujang” ini menjadi pilihan utama. Of course lah ia cukup untuk mengalas perut daripada kelaparan.

Jom ikuti lima jenis “Makanan Bujang” yang anda ambil apabila sedang berhadapan dengan poket kekeringan:-
 
 

1. Mi Segera
Paling popular dan amat dikenali ramai adalah Maggi, walaupun ada juga jenama lain yang popular. Ia bukan setakat murah, tetapi juga mengenyangkan. Penyediaan yang  mudah dan ringkas, memang mi segera menjadi pilihan ramai.

Harga untuk sebungkus mee segera masih berada di sekitar RM4, dengan sebungkus mengandungi 5 paket. Cukup untuk hidangan beberapa hari.
 
 

2. Nasi Bujang
Jika zaman belajar, nasi bujang ini memang sangat popular. Hanya nasi putih, telur dadar, sup dan sedikit sambal belacan. Ada sesetengah penjual, mereka akan letak sedikit ulam seperti timun.

Harga satu set nasi bujang sekitar RM3.00 sahaja. Jika anda memang seorang yang kena makan nasi dan tekak tak boleh terima makanan lain, nasi bujang adalah pilihan yang terbaik. Makan tengahari boleh kenyang sampai malam.
 
 

3. Nasi Lemak
Dulu-dulu, nasi lemak hanya dijadikan sebagai hidangan pada waktu pagi sahaja. Namun, nasi lemak kini dijual pada setiap masa – tidak kira waktu siang atau malam.

Denga harga nasi lemak yang masih berpatutan, ada kedai yang masih menjualnya pada harga RM1. Kalau betul-betul nak berjimat, boleh makan sebungkus di waktu pagi, sebungkus tengahari dan sebungkus lagi di waktu malam.
 
 
 
4. Roti + Kaya
Roti campur kaya, kelazatan yang sangat enak untuk dinikmati. Roti sebungkus yang berharga bawah RM3, biasanya boleh bertahan selama seminggu.

Kaya pula boleh tahan berbulan lamanya, tengok pada tarikh luput kaya tersebut. Makanan ringkas seperti ini boleh dijadikan sebagai bekal ketika anda ke tempat kerja, dan juga sebagai bekal untuk anak-anak yang bersekolah.
 
 
 
5. Biskut Kering + Air Panas
Hidangan biskut kering bersama air panas seperti teh atau kopi, ternyata dapat memukau mereka yang menikmatinya. Waktu kelihatan berjalan amat perlahan, ketika anda sedang mencicah dan menyuapkannya ke dalam mulut.

Jika biskut kering dimakan bersendirian, atau teh dan kopi diminum secara bersendirian; memang tak kena dan tak kenyang. Tapi bila digabungkan bersama, memang amat jimat dan mengenyangkan.
 
Sumber: http://www.majalahlabur.com/

You Might Also Like

0 Comments