Pages

  • Home
  • Travel
  • Foods
  • Aktiviti Keluarga
  • Tutorial

The Kipidap



INSTITUSI kekeluargaan menjadikan kehidupan manusia sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahli keluarga, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam semua perkara membabitkan ahli keluarga.

Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain.

Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga bertanggungjawab serta sarat kasih sayang.

Rumah tangga yang pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin, maka tidak akan mencapai objektif perkahwinan dan berkeluarga seperti mana dituntut agama.

Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju ke akhirat.

Tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Melalui perkahwinan manusia akan hidup dalam mawaddah, musyawarah dan amanah. Lumrah berpasangan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah dan bertolak ansur sesama insan.

Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, juga keperluan jiwa dan nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi pasangan bagi berkongsi susah dan senang.

Mawaddah berasaskan nafsu serakah semata-mata akan menghilangkan rahmah dalam kehidupan berumah tangga sehingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain.

Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, justeru cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi, menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak lagi diterapkan dalam rumah tangga.

Amanah menjadikan pasangan suami isteri lebih bertakwa kepada Allah kerana ia memberi ‘sesuatu’ kepada suami dan isteri supaya bertanggungjawab terhadap pemberian itu. Ia sekali gus menjadikan mereka amanah dan amanah menjadikan mereka bertakwa.

Bagaimanapun, perkahwinan menjadi kehidupan sukar buat setiap pasangan yang tidak mampu mencapai objektif perkahwinan dalam Islam. Rumah tangga yang tidak mampu ditegakkan dengan mawaddah, musyawarah dan amanah akan mudah ranap dan runtuh.

Memang benar perceraian paling dibenci Allah, tetapi tidak bermakna suami isteri harus terus membiarkan diri mereka tenat di bawah runtuhan rumah tangga.

Jika perkahwinan menjadi penyebab manusia semakin galak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Allah, sudah tentu perkahwinan itu perlu dijauhi.

Sebab itulah walaupun hukum asal perkahwinan itu sunat kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW, ulama menetapkan hukum perkahwinan berbeza mengikut situasi individu.

Malah, perkahwinan diharamkan jika suami tidak mampu membina mawaddah, musyawarah dan amanah, seperti menzalimi isteri serta tidak memberi nafkah zahir dan batin.

Justeru, tiada rasionalnya untuk meneruskan sebuah perkahwinan jika ia menjadikan manusia semakin jauh daripada kasih sayang Allah. Suami atau isteri yang tiada mawaddah, musyawarah dan amanah menjadikan pasangannya tidak taat, setia, sekali gus merosakkan rumah tangga dibina.

Malah ia berkemungkinan mengakibatkan berlakunya perbuatan lain yang membuatkan mereka semakin ingkar terhadap peraturan Allah. Perceraian bukanlah keseronokan, ia bukan juga penentu sebuah kehidupan baru yang akan dibina akan lebih baik dari sebelumnya, tetapi ia adalah jalan keluar dari kesukaran.


  • 0 Comments








  • 0 Comments
PENDAHULUAN:

Program yang dirancang ini merupakan satu strategi iaitu menyediakan aktiviti kesukanan yang diminati sebagai tarikan di dalam suasana mesra dan ceria. Menyediakan aktiviti yang sihat dan berfaedah dalam mengisi masa lapang dan dengan ini Insya Allah akan dapat mengurangkan gejala keruntuhan akhlak dan seterusnya dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga.


OBJEKTIF:

Mengisi masa lapang ahli keluarga dengan aktiviti yang berfaedah mengikut kehendak dan citarasa mereka serta mempupuk silaturrahim antara satu sama lain.

Mencetus kesedaran, memikat imaginasi dan melahirkan generasi muda kearah penghidupan yang berkualiti untuk diri sendiri dan masyarakat.

Melahirkan generasi muda yang sihat fizikal/mental dan mempunyai semangat kesetiakawanan yang jitu.

TARIKH:

21 Januari 2012 – 24 Januari 2012

TEMPAT:

Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan

PENYERTAAN:

26 orang terdiri dari 6 ahli keluarga.

AKTIVITI


Klik pada gambar untuk papran lebih jelas


PENUTUP

Semoga usaha-usaha murni ini untuk mengisi masa lapang bersama keluarga dengan aktiviti berfaedah mendapat pertimbangan sewajarnya daripada semua pihak.

Hasrat saya untuk melahirkan keluarga yang berkualiti dan sentiasa taat setia kepada sesame keluarga, bangsa dan negara akan tercapai sekiranya dapat disatukan untuk memantapkan serta menyediakan mereka dengan program-program mesra ini.


Sekian, terima kasih.
  • 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Webmaster ucapkan buat para pembaca yg dihormati sekalian. Sudah lama rasanya Laman Keluarga ini tidak di update dgn cerita2 baru. Kesibukan Webmaster mengatasi segalanya..hehe...

Pada 19 Julai 2011 yg lalu, Akmal telah menjalani satu pembedahan di kakinya.. Akibat terlebih aksi di padang bola sepak, kaki menjadi mangsa... Hampir dua bulan bersama tongkat kesayangannya, akhirnya x-ray dijalankan dan doktor mengesahkan agar pembedahan dilakukan... Ibu dan Ayah serta Pak Ngah telah menemani Akmal sepanjang menjalani pembedahan... Bak kata pepatah "Ibu mana tak sayangkan anak...."

Dan kini, beliau sedang menjani rawatan terapi atau rehabilitation dan masih belum pulang ke Port Dickson lagi.. Gambar di bawah ini adalah gambar pada keesokkan harinya bersama rakannya, Mior yg datang melawat...



Webmaster berdoa agar Akmal cepat sembuh dan kembali beraksi di padang dengan lebih baik dan bersemangat... Kepada kaum keluarga Webmaster di luar sana, mohon maaf sekiranya selama ini Webmaster ada menyinggung perasaan atau terkasar bahasa. Setiap manusia tidak lari dari kesalahan yg dilakukan. Oleh itu jagalah hubungan kekeluargaan selagi hayat dikandung badan.. Perumpamaan ada mengatakan "Air dicincang tidak akan putus". Perumpaan tersebut memberi seribu erti buat tali persaudaraan yg telah terjalin dari kecil lagi... Ikatan / talian persaudaraan tidak akan putus sampai bila2.. Marilah kita sama2 berdoa antara satu sama lain agar kesihatan baik, hubungan kekeluargaan kita bertambah erat dan sebagainya.

Akhir kata, Webmaster dgn berbesar hati ingin merakamkan ucapan terima kasih pada yg sudi membaca Laman Keluarga yg tidak seberapa ini.. Harap maaf atas kesibukan Webmaster yg membuatkan laman ini bersawang dgn tidak mengemaskini kisah2 terkini...

  • 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

search

About Us


Hi! We are The Kipidap

An adventure travel, lifestyle blogger, and foods.


Hi! I'm Paul Harrington

Followers

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  September (2)
      • Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA @Arena Butter...
      • Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur dinobatka...
  • ►  2023 (2)
    • ►  November (2)
  • ►  2022 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  November (3)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
  • ►  2013 (8)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (8)

Blog Wajib Singgah!

  • Blog LeYa
  • Portal HRs
  • Wafa Adlina
  • LF Production

Labels

Aktiviti Keluarga Artikel Berita Terkini Cerpen Conteng-Conteng Cuti-Cuti Sekolah Dekorasi Destinasi Menarik Festival Floria Putrajaya Foods Gosip Artis Holiday Keagamaan Keluarga Kesihatan Komputer Lifestyle Pengumuman Percutian Percutian Bajet Review Places Tips dan Panduan Travel Tutorial

Advertisement

Total Pageviews

Created with by OmTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates