Pages

  • Home
  • Travel
  • Foods
  • Aktiviti Keluarga
  • Tutorial

The Kipidap

Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara pertandingan DIY Made Simple 2025, sebuah program tahunan peringkat kebangsaan yang bertujuan memupuk inovasi dan kelestarian dalam kalangan pelajar Malaysia. Pasukan sekolah yang terdiri daripada empat orang pelajar itu berjaya memenangi hati para juri dengan projek sisa-kepada-tenaga, jubin eko (ekojubin) yang menangkap tenaga kinetik daripada jejak untuk menjana dan menyimpan tenaga elektrik, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menggerakkan peranti kecil, menambah baik kemudahan sekolah dan menggalakkan amalan yang lebih hijau.

Memasuki edisi kesembilan, pertandingan ini menyaksikan Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur menewaskan 273 penyertaan dari 116 sekolah di seluruh negara pada acara Pusingan Akhir dan Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Yayasan MR D.I.Y., cabang amal peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad, dengan kerjasama Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) dan Fakulti Alam Bina UM, serta sokongan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan tema tahun ini iaitu ‘Sisa kepada Tenaga: Inovasi untuk Masa Depan Lebih Hijau’, pelajar digalakkan untuk mempamerkan penyelesaian praktikal yang menukar sisa pepejal kepada sumber tenaga boleh guna semula, sekali gus mengurangkan kos serta menyokong kelestarian. Antara contoh termasuk panel solar daripada e-sisa, penjana elektrik menggunakan sisa plastik, lampu LED berkuasa bio-bateri, turbin air mini, bateri daripada sisa logam, serta penghasilan hidrogen daripada air sisa.

Dalam ucapan semasa majlis penyampaian hadiah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata: “DIY Made Simple bukan sekadar pertandingan – ia merupakan platform yang mempersiapkan pelajar dengan kemahiran dunia sebenar dan menginspirasi anak muda di Malaysia untuk membentuk masa depan yang lestari. Selama sembilan tahun, ia telah membuktikan bahawa pendidikan, kreativiti, dan inovasi bergerak seiring. Kami berterima kasih kepada Universiti Malaya, Kementerian Pendidikan, guru-guru, ibu bapa, dan terutamanya para pelajar yang telah merealisasikan idea-idea hebat ini.”

Mengulas mengenai pertandingan tersebut, Pengarah Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya, Profesor Madya Chm Dr. Noraini Ahmad berkata: “DIY Made Simple adalah bukti nyata kuasa kerjasama dan perkongsian jangka panjang. Apabila pelbagai minda dan organisasi bergabung untuk mencapai matlamat yang sama, hasilnya boleh menjadi luar biasa. Tahun demi tahun, kita menyaksikan pelbagai idea inovatif dan projek kreatif dalam pelbagai tema, setiap satunya menaikkan penanda aras ke tahap yang lebih tinggi. Adalah penting untuk universiti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, serta syarikat korporat berganding bahu dalam memperjuangkan inisiatif yang membawa nilai berpanjangan kepada masyarakat. Melalui kerjasama seperti ini, kita mampu mencipta perubahan bermakna yang meninggalkan legasi positif untuk generasi akan datang.”

Senarai Pemenang dan Hadiah

  • Juara: SMK Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur - wang tunai RM4,000 
  • Tempat Kedua: SMK St Mary, Papar, Sabah- wang tunai RM3,000 
  • Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah - wang tunai RM2,000 
  • Tempat Keempat: SMK Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur - wang tunai RM1,000 
  • Tempat Kelima: SMK Shahbandaraya, Klang, Selangor - wang tunai RM500 

Kelima-lima pasukan terbaik turut menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM300, sijil penyertaan, dan trofi.

Anugerah istimewa:

  • Video Paling Disukai (YouTube): Kruss Synergy dari SMK Krubong, Melaka - wang tunai RM500 
  • Video Paling Menarik (TikTok): Kruss Synergy dari SMK Krubong, Melaka - wang tunai RM500 

Hadiah Saguhati (Anugerah Inspirasi): Baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM300, sijil penyertaan dan trofi telah dianugerahkan kepada:

  • SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. 
  • SMK Baru Bintulu, Sarawak.
  • SMK Tunku Besar Burhanuddin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 
  • SMK Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. 
  • SMKA Durian Guling, Marang, Terengganu. 
  • SMK Tun Perak, Rawang, Selangor. 
  • SMK Krubong, Melaka
  • SMKA Durian Guling, Marang Terengganu. 
  • SMK Luar Bandar, Miri, Sarawak
  • SMK St. Peter Kudat [M], Sabah
  • SMK Baru Bintulu, Sarawak 

Sebagai pengiktirafan kepada usaha di peringkat negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor meraih tempat pertama bagi penyertaan tertinggi, diikuti oleh Jabatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Sabah dan Sarawak. 

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, DIY Made Simple telah melibatkan lebih 8,000 pelajar daripada 715 sekolah di seluruh Malaysia, dengan 5,000 projek dihantar setakat ini. Pertandingan ini terus memupuk inovasi, kerjasama berpasukan, dan kemahiran penyelesaian masalah di samping memperjuangkan kelestarian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kelestarian dan komuniti Yayasan MR D.I.Y., sila layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, atau laman media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.

  • 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

search

About Us


Hi! We are The Kipidap

An adventure travel, lifestyle blogger, and foods.


Hi! I'm Paul Harrington

Followers

Blog Archive

  • ▼  2025 (1)
    • ▼  September (1)
      • Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur dinobatka...
  • ►  2023 (2)
    • ►  November (2)
  • ►  2022 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  November (3)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
  • ►  2013 (8)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (8)

Blog Wajib Singgah!

  • Blog LeYa
  • Portal HRs
  • Wafa Adlina
  • LF Production

Labels

Aktiviti Keluarga Artikel Berita Terkini Cerpen Conteng-Conteng Cuti-Cuti Sekolah Dekorasi Destinasi Menarik Festival Floria Putrajaya Foods Gosip Artis Holiday Keagamaan Keluarga Kesihatan Komputer Lifestyle Pengumuman Percutian Percutian Bajet Review Places Tips dan Panduan Travel Tutorial

Advertisement

Total Pageviews

Created with by OmTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates