August 23, 2018

Keunikan Rembau Kristal Di Negeri Sembilan


Rembau Kristal yang terletak di Negeri Sembilan merupakan satu destinasi tarikan pelancong untuk singgah ke negeri penuh adat ini. Terdapat Rembau Kristal yang sangat popular di sini. Anda juga boleh nikmati pembelian cenderahati dan melihat pelbagai produk kristal yang ada. 

Rembau Kristal ini telah menjadi daya tarikan pelancong tidak kira dalam mahupun luar negeri sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka dan dalam masa yang sama ia telah memperkenalkan hasil kraftangan anak tempatan dan juga meletakkan daerah Rembau dalam peta pelancongan di Malaysia.


Selain daripada barangan keluaran syarikat Rembau Crystal Sdn Bhd, struktur bangunan pejabat dan galeri juga menjadi salah satu contoh hasil kraftangan warisan Melayu kerana ia mempunyai bangunan berbentuk minangkabau lama dan diperbuat dari kayu dan papan.
Info Menarik Mengenai Rembau Kristal

Menyedari nilai komersial produk kristal serta potensi pasaran di dalam dan luar negara, kerajaan negeri telah membangunkan Kompleks Perkampungan Kristal di daerah ini sebagai satu pusat pengeluaran produk kristal terulung di negara. Kompleks yang beroperasi sejak Mac lalu dibangunkan secara usahasama oleh Rembau Crystal Sdn Bhd dan Yayasan Negeri Sembilan di atas sebidang tanah seluas 1.82 hektar berhampiran dengan pekan Rembau. Kompleks tersebut diubahsuai dari sebuah Rumah Rehat Rembau dan menempatkan bangunan pejabat, galeri, bengkel pembuatan kristal, bengkel menganyam kristal dan surau.

Rembau Kristal bersedia menghasilkan produk kristal mengikut reka bentuk yang dikehendaki pelanggan bagi dijadikan hadiah serta cenderamata untuk majlis rasmi kerajaan atau korporat dan majlis perkahwinan. Produk kristal yang beraneka jenis ini mempunyai kualiti yang sama seperti produk import dan harganya dijual serendah RM5 sehingga melebihi RM1,000.




Bagi yang berkeinginan untuk melihat hasil kraftangan anak tempatan ini, bolehlah kunjungi seperti maklumat yang tertera di bawah.

Alamat
Rembau Crystal Sdn. Bhd., Lot 1432, Kompleks Perkampungan Kristal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan
No. Telefon
06 - 685 3100 

Waktu Operasi
9.00 am - 5.00 pm

Facebook

WOW! DAPATKAN PRODUK KRISTAL YANG CANTIK DI REMBAU KRISTAL SEKARANG!! 

Sumber: www.tempatmenarik.my

You Might Also Like

0 Comments