Pages

  • Home
  • Travel
  • Foods
  • Aktiviti Keluarga
  • Tutorial

The Kipidap

Assalamualaikum....

Laman Che' Dinnah adalah sebuah rumah kampung Melayu tradisional, berusia hampir 100 tahun, yang dipunyai oleh datuk dan nenek arwah, Hj. Udin bin Lilah, seorang guru era penjajahan, dan Che 'Minah binti Pesah. Nama "DINNAH" diambil dari gabungan nama antara kedua nama mereka. Laman Che' Dinnah terletak di Kampung Kanchong, kampung yang indah dan tenang di daerah Rantau, Negeri Sembilan, kira-kira 20 minit memandu (14 km) dari Seremban, dan 90 minit dari Kuala Lumpur (74 km).
Laman Che' Dinnah dibina di atas hamparan Tanah yang luas setengah ekar daripada 3 ekar Tanah keluarga. Dikelilingi oleh kebun buah-buahan dan rumah-rumah kampung menambahkan lagi ketenangan menginap di sana. Kalau dahulunya di bahagian belakang rumah, terdapat kawasan sawah padi yang terbentang luas, kini telah digantikan dengan lading kelapa sawit yang dikendalikan oleh FELCRA (Lembaga Penyatuan Tanah Persekutuan dan Pemulihan).
Kawasan Laman Che' Dinnah mempunyai tanaman pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, kundang, manggis, jambu merah, belimbing dan lain-lain. Di situ terdapat juga kolam ikan kecil bagi peminat pemancing untuk menjalankan aktiviti mereka.


Selain dari aktiviti memancing, anda boleh merasai naik rakit yang diperbuat daripada buluh. Memang seronok apabila sekali sekala dapat mengimbau zaman kanak-kanak kita dahulu.



Ruang bilik tidur yang tradisional, santai dan selesa untuk para pengunjung merasai bagaimana kehidupan di kampung sewaktu dahulu.

Santai duduk dan baring di buaian tradisional memang mengujakan dan seronok. Percutian menarik dan menenangkan di kampung memang sangat seronok dari kesibukan di kota.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Laman Che' Dinnah. Bersiap sedia untuk bermain air di kolam yang berdekatan selain memancing dan berakit serta bersiar menaiki truck Triton di ruang belakang sambil menikmati kawasan persekitaran kampung.

Anda juga boleh menjalankan aktiviti sukaneka tradisional seperti carom, card, congkak dan aktiviti luar seperti badminton dan sepak raga. Anda juga dapat merasai bagaimana caranya menumbuk padi (rice grain pounding) secara tradisional menggunakan alat yang dipanggil jingki.
Untuk Maklumat Lanjut:-
  
Laman Che’ Dinnah
Lot 5128, Ulu Kanchong
71200 Rantau, Negeri Sembilan
Tel : (6) 012 389 3513
Fax : 603-7783 0093
Email drnorhitam@savannasenja.com

Sumber Gambar: http://www.google.com.my/ 

  • 0 Comments
Assalamualaikum...

Linsum Longhouse merupakan unit perantaraan dalam deretan kira-kira 50 rumah kos rendah, yang hanya 1 KM dari Pekan Rantau.
Terletak hanya di tepi jalan ke Kampung Linsum, ia telah lama ditukar menjadi sebuah pangsapuri satu bilik, dilengkapi sepenuhnya untuk menampung 6-8 orang. Hanya 30 minit memandu dari Port Dickson dan pantai. Rumah ini terletak di pangkal sebuah ladang kelapa sawit. Masyarakat terdiri daripada kebanyakannya Melayu dan sesetengah isi rumah kaum India.
Rantau adalah sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. Terletak di antara Seremban ibu negeri dan Port Dickson. Rantau dikelilingi oleh banyak bandar-bandar kecil termasuk seperti Kuala Sawah, Siliau, Kg.Sega, Linsum, dan Ayer Kuning, menjadikannya bandar utama di rantau ini dengan kemudahan seperti bank dan pejabat pos. Tenang dan jauh dari kehidupan kota yang sibuk, Rantau adalah tempat yang sempurna untuk menikmati kehidupan percutian yang terbaik.
Konsep rumah yang santai dan bersih memberikan ketenangan kepada pengunjung yang bermalam di situ.
Ruang Makan

Bilik Tidur

Ruang Tamu

Ruang Tamu
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :-
No. 42, Rumah Rakyat
Jalan Linggi, 71200 Rantau
Negeri Sembilan
Tel. (6) 012-389 3513
Fax : 603-7783 0093
Email :  drnorhitam@savannasenja.com
Facebook : “Homestay Savanna Senja”



  • 0 Comments
Assalamualaikum...
Sungai Timun, Negeri Sembilan mempunyai daya tarikannya tersendiri. Kalau kita lihat dari jauh seperti tidak ada apa-apa. Cuba kita selami setiap liku perkembangan yang ada di Sungai Timun. Tarikan yang ramai orang tak tahu di sana adalah Kelip-kelip, Bangau & Buaya serta boleh memancing Udang Galah. WoW!!! Seronok kan dengar.

Apa kata cuti-cuti sekolah kali ini, kita bawa anak-anak menyaksikan tarikan kelip-kelip yang sangat cantik di waktu malam. Pasti anak-anak akan terpegun dan terpesona dengan keindahan ciptaan Allah itu.
Nak lebih lanjut mengenai Pakej yang disediakan di situ, boleh cuba lihat di bawah ini:-
Pakej Kelip-Kelip, Bangau dan Buaya

Bayaran : 
RM 250.00 (1 bot untuk 6 orang)

Masa Perjalanan :
3 jam (Pergi & Balik)




 Pakej Kelip-Kelip 

Bayaran :
RM 20.00 seorang (1 bot untuk 8 orang)

Masa Perjalanan :
40 minit - 1 jam ( Pergi & Balik )






 Pakej Memancing (Udang Galah & Ikan)

Bayaran :
RM250.00 (1 bot untuk 4 orang, jurupandu disediakan)

RM150.00  (bot dipandu sendiri)

Masa : 
12 Jam  




 Untuk kesemua pakej di atas, anda boleh menghubungi : 

Encik Ariffin , Persatuan Nelayan Sungai Timun :
Tel :  011-1925 4269

atau terus pergi ke Jeti Sungai Timun, Rembau.

Kemudahan di Jeti Sungai Timun : 

Kedai makan, Karaoke 
Sumber: Mr. Google yang awesome. Thank you...
  • 0 Comments
Assalamualaikum...
Kalau hari itu kita dah ke Rantau Eco Park. Hari ini, kita akan menjelajah pula ke Seremban. Entah kenapa Admin sangat tertarik dengan satu lokasi yang sangat best. Mulanya, Admin saja lah jalan-jalan sekitar Seremban. Morning Walk katanya.. Kot kot terjumpa kedai makan untuk menikmati sarapan pagi..
Jalan punya jalan di sekitar Seremban, Admin terserempak dengan satu lorong yang menarik minat Admin untuk menerokanya.
Street Art di Lorong Seni Tarikan Terbaru di Bandar Seremban








Sumber Gambar: Mr Google

  • 0 Comments
Assalamualaikum...

Kali ni Admin nak bercerita sedikit mengenai Rantau Eco Park memandangkan cuti persekolahan dah nak bermula pada minggu hadapan. Mana tahu kan ada di antara ibu bapa sedang mencari tempat percutian untuk anak-anak, lebih-lebih lagi setelah mereka sudah meraih kejayaan dalam peperiksaan akhir tahun. Rantau Eco Park ni sebenarnya dah lama pun dibuka pada orang ramai. Cuma Admin tidak berkesempatan untuk membuat ceritanya di sini.


Rantau Eco Park ini terletak di Kuala Sawah, Negeri Sembilan iaitu tidak jauh dari Bandar Seremban. Tak lah susah mana pun nak mencarinya. Jika anda nampak Balai Polis Kuala Sawah, bermakna lokasi Rantau Eco Park sudah pun berdekatan.

Rantau Eco Park mempunyai keluasan 100 ekar dan sangat sesuai untuk pengunjung yang datang ke sini merasai sendiri pengalaman menikmati alam semulajadi. Pengunjung juga akan berasa tenang ketika berada di sana. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di sana. Antaranya:-

  1. Kolam Mandi
  2. Permainan Kanak-Kanak (Inflatable Balloon)
  3. Extreme Park (Jungle Trekking, Cycling, Horse Riding, ATV Riding, Canoe Ride)
  4. Mini Zoo
  5. Meeting & Event (Family Day, Business Meeting, etc...)
  6. Wedding

Swimming Pool di situ

Inflatable Balloon

Lawatan Pelajar Sekolah ke Rantau Eco Park

Tiket masuk untuk ke Kolam Mandi sangatlah murah. Tiketnya berharga untuk Dewasa dan Kanak-Kanak RM5.00 sahaja setiap seorang. 

Bagi anda yang memang sedang mencari percutian bajet untuk ahli keluarga anda, Admin cadangkan jom ke Rantau Eco Park, Negeri Sembilan pada cuti tahun ini. Pasti anak-anak anda akan seronok dan berbaloi apabila ke sana.

Perlukan makluman lanjut korang boleh emailkan atau hubungi nombor yang tertera dibawah.

Rantau Eco Park
Kg. Pasir, Kuala Sawah
71200 Rantau
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: +603-9287 6833
Fax: +603-9287 0233
E-mail: info@rantauecopark.com.my
Laman Web: www.rantauecopark.com
Facebook: Rantau Eco Park

Sumber: http://rantauecopark.blogspot.my/

  • 0 Comments
Assalamualaikum...

Sudah lama Admin tidak menulis kisah-kisah di sebalik blog Laman Keluarga ini. Alhamdulillah.. hari ini sempena Hari Jumaat yang penuh barakah ini, Admin memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. kerana diberi peluang untuk memeriahkan kembali ruangan blog Laman Keluarga yang sekian lama menyepi. 

Bukan mudah untuk menulis sesuatu artikel bagi membolehkan ramai pembaca datang dan baca ke blog kita. Admin cuba untuk menyenangi hati semua pihak dalam setiap penulisan Admin.

************************************************************************

Saban tahun, seringkali berlangsungnya Festival Bunga Diraja - Royal Floria Putrajaya 2016. Pesta Tahunan ini akan berlangsung mulai 27 Mei sehingga 4 Jun 2016 di Presint 4, Putrajaya. Ia menjadi tarikan yang sangat menarik dan istimewa kerana sering diadakan pada musim cuti sekolah. Sudah pasti ramai pengunjung akan datang membawa anak-anak sempena cuti sekolah ini.


Setiap tahun pasti akan ada tarikan tersendiri yang menjadikan setiap Festival Floria Diraja Putrajaya berbeza dan unik untuk dikunjungi. Sejak berpindah ke lokasi tetap di Presint 4 ini pada tahun 2014, sudah tentu kita tidak akan dapat melupakan ruangan jalan masuk pintu utama yang sentiasa menyajikan dekorasi hebat untuk dinikmati.
  • 2014 - Gantungan payung pelbagai warna
  • 2015 - Rentangan kain berwarna warni
  • 2016 - Susunan layang-layang yang berwarna-warni

Pintu masuk sahaja sudah menarik perhatian, tidak dapat dibayangkan apa lagi yang akan dipersembahkan. 

Jom ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2016!
  • Tarikh: 27 Mei 2015 sehingga 4 Jun 2015
  • Masa: 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin-Khamis) dan 9.00 pagi hingga 12.00 malam (Jumaat-Ahad)
  • Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
  • Info: https://ms-my.facebook.com/FloriaPutrajaya
Harga Tiket Festival Floria Diraja Putrajaya 2016:
  • Tiket Masuk Warganegara - Dewasa (MyKad) - RM7.50 dan Kanak2 (MyKid 7-12 thn), Warga Emas (60 tahun ke atas) & OKU - RM3.50. 
  • Tiket Masuk Bukan Warganegara - Dewasa (Non-MyKad) - RM22, dan Kanak2 (Non-MyKid 7-12 thn), Warga Emas (60 tahun ke atas) & OKU - RM11. 
  • Tiket Masuk Magical Garden - Dewasa - RM10.50 & Kanak2 (7-12 thn) - RM5.50

Terima kasih juga diucapkan kepada Blog RelaksMinda kerana berkongsi sedikit maklumat ini. 
  • 0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ahli Laman Keluarga Hjh Lijah & Co. 

Lama sudah kita tidak bertemu dalam laman blog ini. Hampir pupus dirasakan apabila laman blog ini tidak dikemaskini. Sudah masuk di tahun 2016 pun kita. Terlalu pantas masa berlalu tanpa menunggu kita tidak kiralah apa jua tugas/kerja yang kita lakukan. Masa tetap berlalu begitu sahaja.



Hari ini Admin ingin berkongsi sedikit beberapa tips keluarga bahagia dari Ustazah Siti Nor Bahiyah yang sangat anda kenali. 

Jom kita baca 7 asas bagi membina keluarga bahagia dari Ustazah Siti Nor Bahiyah:

1. Iman dan Taqwa kepada Allah
    Untuk membentuk keluarga yang bahagia sebenarnya ianya bermula di rumah. Hendaklah mengutamakan keluarga dalam apa jua yang di lakukan. Pastikan juga suami/isteri/anak boleh membaca AlQuran malahan kebahagiaan datangnya dari ketenangan hati yang beriman dan bertaqwa. Itu sebabnya banyak kejadian dimana anak-anak banyak yang lari dari rumah sebab tiada kebahagiaan di rumah. Kedua ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki sehingga anak-anak terabai.Perlu juga pergi kursus kekeluargaan semuga ilmu yang baik boleh dimanfaatkan didalam keluarga.

Ustazah Siti Nor Bahyah juga mengaitkan dengan rahsia kebahagiaan hidup Rasullullah dimana memanggil isterinya dengan nama manja. Malahan bersama selalu membantu Saidatina Aishah menguruskan rumah tangganya. Begitu juga airtangan mak dimana setiap anak akan tetap mengatakan masakan mak atau isteri adalah terbagus walaupun hanya yang biasa-biasa sahaja kerana mak atau isteri memasak dengan penuh kasih sayang buat keluarga tercinta. Itu rahsianya kenapa sehingga bila-bila masakan mak tetap menjadi ingatan.

2. Kasih-sayang
    Dalam memberikan kasih sayang yang tiada terhingga kepada keluarga hendaklah  dengan cara
    a. membagi hadiah sebagai tanda ingatan
    b. memberi kata-kata rangsangan ataupun memuji dengan perkataan yang baik.
    c. sentuhan fizikal seperti bersalaman antara anak dan kedua ibu bapa.
    d. masa yang berkualiti bersama-sama seperti makan bersama, tenguk tv bersama-sama ataupun pergi bercuti bersama-sama keluarga.
  e. memberi khidmat contohnya sentiasa membantu dan saling tolong menolong.


3. Pergaulan yang baik
    Ianya bermaksud pergaulan yang baik didalam keluarga dimana sentiasa bercakap bahasa yang lembut begitu juga dari segi intonasi suara dan memek muka. Dengan bersalam, senyum, sapaan yang baik dan mengunakan bahasa yang sopan semuga kehidupan keluarga sentiasa aman bahagia.

4. Amanah dan tanggungjawab

    Ingatlah kehidupan kita di dunia ini adalah memikul tanggungjawab sebagai hamba allah maka hendaklah kita menjaga amanah tersebut dengan bertanggungjawab. Semua yang kita ada sebenarnya milik allah dan pada bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambilnya tanpa izin kita sebab kita dalah milik Dia yang abadi. Dari itu walau bagaimana sibuk pun bentuklah anak yang soleh semuga membawa keberkatan kepada keluarga.

5. Rezeki yang halal.
    Rezeki yang halal lah yang membentuk darah daging kita dimana segala rezeki makanan yang kita makan perlulah datangnya dari sumber yang halal semuga mendatangkan keberkatan. Puncanya mestilah halal. Hendaklah menjaga supaya yang haram dari segi makanan, perbuatan dan sebagainya yang menimbulkan haram hendaklah dijauhkan. Begitu juga dengan zakat harta hendaklah diakelurkan zakat dari rezeki yang kita perolehi.

6. Banyakkan doa kepada Allah SWT.
    Ada beberapa surah yang boleh kita amalkan yang boleh menjadi amalan selain daripada selalu berdoa semuga kehidupan kita di berkati dan di rahmati Allah SWT.

7. Berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa
    Setiap perbuatan kita jika mendapat restu dari kedua ibu bapa maka penuh berkat. Sentiasa berbaik-baik dan menjaga kedua ibu bapa dapat memberi kebahgiaan kepada keluarga.


Sumber: Blog Kasih Bonda
  • 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

search

About Us


Hi! We are The Kipidap

An adventure travel, lifestyle blogger, and foods.


Hi! I'm Paul Harrington

Followers

Blog Archive

  • ►  2023 (2)
    • ►  November (2)
  • ►  2022 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  February (1)
  • ▼  2016 (7)
    • ▼  December (2)
      • Homestay Laman Che' Dinnah
      • Homestay Linsum Longhouse, Rantau Negeri Sembilan
    • ►  November (3)
      • Kelip Kelip, Bangau & Buaya, Sungai Timun
      • Lorong Seni, Tarikan Terbaru di Seremban
      • Beriadah Bersama Keluarga di Rantau Eco Park
    • ►  May (1)
      • Festival Bunga Diraja - Royal Floria Putrajaya 2016
    • ►  January (1)
      • 7 Tips Keluarga Bahagia
  • ►  2015 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  November (3)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
  • ►  2013 (8)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (8)

Blog Wajib Singgah!

  • Blog LeYa
  • Portal HRs
  • Wafa Adlina
  • LF Production

Labels

Aktiviti Keluarga Artikel Berita Terkini Cerpen Conteng-Conteng Cuti-Cuti Sekolah Dekorasi Destinasi Menarik Festival Floria Putrajaya Foods Gosip Artis Holiday Keagamaan Keluarga Kesihatan Komputer Lifestyle Pengumuman Percutian Percutian Bajet Review Places Tips dan Panduan Travel Tutorial

Advertisement

Total Pageviews

Created with by OmTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates