March 22, 2015

Mesyuarat Hari Keluarga Hjh Lijah & Co

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya dapat kita kembali di ruangan LamanKeluarga ini setelah sekian lama tidak menulis di sini. Pertama kali, pihak Admin berasa bangga dengan setiap kejayaan yang ditunjukkan oleh ahli LamanKeluarga. Juga kepada ahli-ahli yang sudah mendirikan rumahtangga dan yang akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, Admin mengucapkan jutaan tahniah buat anda sekalian. 

Semalan pada 21 Mac 2015 bersamaan Hari Sabtu malam Ahad, pihak kami keluarga telah mengadakan Mesyuarat Pertama untuk Hari Keluarga Hjh Lijah & Co. yang akan diadakan pada 09 7 10 Mei 2015. Tagline yang diutarakan untuk kali ini "Esok Jangan Rindu-rinduan" mendapat sambutan banyak pihak. Pelantikan AJK dan senarai aktiviti telah pun diumumkan semalam. Semoga ikatan ukhuwah fillah ini terjalin lebih harmoni lagi. 




You Might Also Like

1 Comments

  1. terbaiklah.....semoga berterusan semangat kekeluargaan begini...

    ReplyDelete