June 15, 2010

Ucapan Dari Webmaster

Assalamualaikum dan Apa Khabar semua...


Terpanggil saya untuk menulis di blog ini bagi mengaktifkan kembali laman keluarga ini yang sudah agak lama tidak diaktifkan. Jadi, sebagai memenuhi kehendak pengguna2 di luar sana, webmaster cuba buat yang terbain dan termampu...huhu...

Dalam mengharungi dunia yang serba canggih ini, webmaster dapat lihat bagaimana semua orang berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan yg diimpikannya.. Tidak dilupakan juga webmaster ini yang hanya insan kerdil di muka bumi ini...

Menjadi insan yang berguna di suatu masa akan datang adalah impian dan harapan seorang ayah dan ibu terhadap anaknya.. Alangkah bahagianya ayah & ibu mendapat tahu anak kesayangan memperolehi kejayaan cemerlang. Oleh itu, sebagai anak2, kita haruslah berusaha dari sekarang untuk menjamin masa depan kelak..

Akhir kata dari webmaster sendiri, tidak perlu untuk menjadi orang lain. jadilah kita sendiri kerana dari situ kita sedar dan tahu betapa bernilainya diri kita nanti di mata masyarakat.. Jangan biarkan ayah & ibu menangis kesedihan. Namun, biarkan air mata kegembiraan yang mengalir di pipi mereka itu.. Salam kasih dari webmaster yang telah lama tidak aktif di dunia blog ini... Ucapan maaf juga ditujukan buat pembaca2 blog yang disayangi...

Sekian, terima kasih..

You Might Also Like

0 Comments