Assalamualaikum semua...
READY, Get Set, Kidzoona! Keseronokan terhadap dunia permainan memang tak dapat dipisahkan dengan kanak-kanak. Cuti-cuti hujung minggu, kami sempat lah bawa anak-anak jalan dan bermain di Kidzoona yang terletak di AEON Seremban 2.
Keunikan dan Keseronokan Bermain Di Kidzoona AEON Seremban 2
Lama dah nak cerita kat blog ni. Tapi kekangan masa, terpaksalah ditunda dari sehari ke sehari. Hehehe... Nak dijadikan cerita, tiket masuk ke KidZoona ni agak sedikit pricy la jugak. Untuk hari biasa berharga RM15 manakala untuk weekend berharga RM20.
Nak tak nak, anak-anak dah seronok dan teruja, sekali-sekala kita reward lah mereka dengan bermain di situ. Oh ya! Untuk bayi bawah 12 bulan, masuk adalah percuma. Ye lah kan... baby mana reti nak berlari dan bermain lagi. Hahaha...
Lagi apa ya rules yang kami nak kongsikan. Aha! Pada yang tak bawa atau terlupa bawa stokin tu jangan risau. Kat sini ada disediakan. Cuma kenalah keluarkan sedikit wangnya. Bagi kanak-kanak, harganya RM3 dan dewasa RM4.
Dah settle semua, apa tunggu lagi. Anak-anak pun riang dan gembiranya bermain sampai lebam hari tu. Memang jenuh juga lah nak mengajak balik.😂 Nah... tengoklah aktiviti mereka di KidZoona AEON Seremban 2.
Disebabkan playland ni betul-betul bersebelahan dengan tempat bowling, jadinya agak bising lah sedikit. Tapi budak-budak tak heran mana pun. Seronok je tengok mereka bermain.
Mujur juga ada kedai serbaneka yang berdekatan. Anak-anak merengek minta air sebab dahaga lah katanya. Terus lah pergi beli sekejap.
Dah selesai dan penat bermain, teruslah balik. Masing-masing memang nampak kepenatannya. Semua tertidur dalam kereta sampailah ke rumah.
SO, pada Ibu Bapa yang tak tahu nak bawa anak-anak cuti hujung minggu ni, apa kata bawa anak-anak bermain dengan seronoknya di Kidzoona AEON Seremban 2.