Pages

  • Home
  • Travel
  • Foods
  • Aktiviti Keluarga
  • Tutorial

The Kipidap

Assalamualaikum semua...

READY, Get Set, Kidzoona! Keseronokan terhadap dunia permainan memang tak dapat dipisahkan dengan kanak-kanak. Cuti-cuti hujung minggu, kami sempat lah bawa anak-anak jalan dan bermain di Kidzoona yang terletak di AEON Seremban 2. 

Keunikan dan Keseronokan Bermain Di Kidzoona AEON Seremban 2

Lama dah nak cerita kat blog ni. Tapi kekangan masa, terpaksalah ditunda dari sehari ke sehari. Hehehe... Nak dijadikan cerita, tiket masuk ke KidZoona ni agak sedikit pricy la jugak. Untuk hari biasa berharga RM15 manakala untuk weekend berharga RM20. 

Nak tak nak, anak-anak dah seronok dan teruja, sekali-sekala kita reward lah mereka dengan bermain di situ. Oh ya! Untuk bayi bawah 12 bulan, masuk adalah percuma. Ye lah kan... baby mana reti nak berlari dan bermain lagi. Hahaha...

Lagi apa ya rules yang kami nak kongsikan. Aha! Pada yang tak bawa atau terlupa bawa stokin tu jangan risau. Kat sini ada disediakan. Cuma kenalah keluarkan sedikit wangnya. Bagi kanak-kanak, harganya RM3 dan dewasa RM4.

Dah settle semua, apa tunggu lagi. Anak-anak pun riang dan gembiranya bermain sampai lebam hari tu. Memang jenuh juga lah nak mengajak balik.😂 Nah... tengoklah aktiviti mereka di KidZoona AEON Seremban 2. 




 





Disebabkan playland ni betul-betul bersebelahan dengan tempat bowling, jadinya agak bising lah sedikit. Tapi budak-budak tak heran mana pun. Seronok je tengok mereka bermain.

Mujur juga ada kedai serbaneka yang berdekatan. Anak-anak merengek minta air sebab dahaga lah katanya. Terus lah pergi beli sekejap. 

Dah selesai dan penat bermain, teruslah balik. Masing-masing memang nampak kepenatannya. Semua tertidur dalam kereta sampailah ke rumah. 

SO, pada Ibu Bapa yang tak tahu nak bawa anak-anak cuti hujung minggu ni, apa kata bawa anak-anak bermain dengan seronoknya di Kidzoona AEON Seremban 2.

  • 0 Comments

Korea Selatan memang tidak dapat dinafikan telah mempesonakan jutaan insan, merentasi sempadan di seluruh dunia dengan budayanya yang menarik. Fenomena ini adalah benar di Malaysia, yang mana sambutan warga Malaysia terhadap K-Culture atau budaya Korea Selatan adalah luar biasa.

Ini telah terbukti di Korea Travel Fest 2023 yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang telah memberikan pengalaman Korea Selatan yang sebenar kepada pengunjungnya.

Acara sambutan yang tiada tandingannya

Dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Organisasi Pelancongan Korea (Korea Tourism Organization) dengan sokongan Kedutaan Republik Korea di Malaysia, Korea Travel Fest 2023 merupakan jemputan bagi semua pengunjung untuk bercuti ke Korea Selatan, sempena Tahun Melawat Korea 2023-2024.

“Korea Travel Fest 2023 adalah selaras dengan kempen Tahun Melawat Korea yang kini sedang giat dijalankan pada tahun 2023 dan 2024. Dalam tempoh dua tahun ini, Organisasi Pelancongan Korea menawarkan pelbagai acara, pakej pelancongan dan kempen promosi yang menggunakan daya tarikan K-culture untuk menarik pengunjung ke negara kami yang indah. Secara ringkasnya, Tahun Melawat Korea 2023-2024 merupakan satu jemputan untuk bergembira dengan K-culture sepanjang tahun, dan kami sangat teruja untuk menyampaikan jemputan ini kepada semua rakan kami di Malaysia,” kata Encik Moon Sangho, Pengarah Urusan Pejabat Organisasi Pelancongan Korea di Malaysia.


Festival ini menampilkan segalanya tentang Korea Selatan. Hari pertama festival tersebut menampilkan pelbagai acara yang mempesonakan dan mengusik jiwa, termasuk persembahan pentas oleh artis Korea Selatan seperti Soyou, Kassy, ​​Car The Garden dan Vincent Blue, yang telah memikat hati para penonton dengan dendangan lagu-lagu OST daripada K-drama kegemaran ramai.


Sementara itu, pada hari kedua, sorotan diberikan kepada penyanyi, penghibur dan penulis lagu dari Korea Selatan, Kim Jaejoong. Beliau telah menawan hati para penonton dengan konsert eksklusifnya yang hebat serta sesi khas yang mana beliau turut berkongsi kisah peribadi dan menjawab soalan daripada para penonton. Ia menjadi sebuah acara yang dapat mengeratkan lagi hubungan para penonton di Malaysia dengan Korea Selatan.



Korea Travel Fest 2023 bukan sekadar muzik dan K-pop. Ia juga merupakan pintu masuk ke dunia Korea Selatan yang penuh dengan budaya, warisan dan tradisi – satu pengalaman unik  menjadikan para pengunjung semakin tertarik dengan Korea Selatan. Festival tersebut juga membawakan pelbagai maklumat tentang percutian di Korea Selatan yang disediakan oleh rakan kongsi dan organisasi pelancongan. Pelbagai aktiviti yang menarik dan peluang untuk mengenali destinasi pelancongan Korea Selatan dengan lebih dekat turut disediakan.


Di samping itu, Zon K-Beauty, K-Content, dan K-Food yang telah disusun atur dengan teliti menyemarakkan lagi perasaan ingin tahu para pengunjung untuk menikmati pelbagai aspek budaya Korea Selatan yang merangkumi produk kecantikan, kandungan media dan hidangan Korea Selatan.  Para pengunjung juga berpeluang memenangi pas konsert eksklusif dan tiket penerbangan, mendorong mereka untuk meneroka sendiri keajaiban Korea Selatan.



Usai berpesta, kini tiba masa untuk acara seterusnya  


Bukan sekadar festival biasa, Korea Travel Fest 2023 juga berjaya menjalin hubungan dan mencetuskan keinginan untuk meneroka Korea Selatan di kalangan pengunjungnya. Pelbagai aktiviti dan persembahan yang dianjurkan meraikan ikatan yang dikongsi antara Malaysia dan Korea, dan secara simbolik menjadikannya sebagai jemputan untuk menerokai kekayaan budaya dan warisan Korea Selatan.



Sememangnya, daya tarikan Korea Selatan adalah unik dan berbeza dengan yang lain. Ia merangkumi metropolis Seoul yang mempesonakan dengan gabungan bangunan pencakar langit moden dan istana purba; Tapak Warisan Dunia UNESCO Pulau Jeju yang terkenal sebagai syurga alam semula jadi; bandar pinggir pantai, Busan yang menampilkan kehidupan bandar dan tarikan tepi laut dan juga ibu kota K-fashion, Dongdaemun yang merupakan sebuah tempat tumpuan fashionista yang dipenuhi dengan pusat beli-belah, butik dan gerai jalanan.


Terdapat juga permata tersembunyi yang masih belum dikenali ramai seperti Pejabat Presiden Cheong Wa Dae, juga dikenali sebagai Rumah Biru, yang dibuka kepada umum baru-baru ini. Ia membolehkan para pengunjung untuk mempelajari budaya dan sejarah Korea Selatan dengan lebih mendalam. Sementara itu, bagi warga Malaysia inginkan percutian musim sejuk, bercutilah ke wilayah Gangwon untuk menikmati pelbagai aktiviti musim sejuk yang menyeronokkan seperti bermain ski, papan salji, tunggangan salji dan memancing di atas ais.



Semua ini dan banyak lagi sedang menanti para pelawat ke Korea Selatan, yang mempunyai sesuatu yang menarik untuk setiap pelawat. Sama ada anda mencari pengalaman budaya, keajaiban alam semula jadi, percutian di bandar atau hidangan kulinari, Korea Selatan mempunyai segalanya.


Jadi, apa yang dinantikan lagi? Rancanglah percutian anda yang sukar untuk dilupakan di Korea Selatan hari ini. Anda boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif untuk hotel, tarikan dan penerbangan daripada rakan kongsi Korea Travel Fest seperti Agoda, Klook, Air Asia, Batik Air dan Korean Air. Masa terbaik untuk melawat Korea Selatan adalah semasa Tahun Melawat Korea 2023-2024. Anda boleh memilih untuk bercuti ke Korea Selatan pada bila-bila masa di sepanjang tahun kerana setiap musim membawakan keunikan tersendiri, seperti keindahan bunga sakura di musim bunga, warna dedaunan yang mempesonakan di musim luruh, dan keajaiban pemandangan salji di musim sejuk. Korea Selatan mengalu-alukan ketibaan anda sepanjang tahun dengan tangan terbuka dan sentiasa bersedia untuk memberikan pengalaman yang ajaib kepada semua pelawatnya.



Untuk maklumat lanjut tentang Korea Travel Fest, sila layari KoreaTravelFest2023.com.


  • 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

search

About Us


Hi! We are The Kipidap

An adventure travel, lifestyle blogger, and foods.


Hi! I'm Paul Harrington

Followers

Blog Archive

  • ▼  2023 (2)
    • ▼  November (2)
      • Keunikan dan Keseronokan Bermain Di Kidzoona AEON ...
      • Keajaiban Festival Hingga Keseronokan Percutian Di...
  • ►  2022 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  November (3)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
  • ►  2013 (8)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (8)

Blog Wajib Singgah!

  • Blog LeYa
  • Portal HRs
  • Wafa Adlina
  • LF Production

Labels

Aktiviti Keluarga Artikel Berita Terkini Cerpen Conteng-Conteng Cuti-Cuti Sekolah Dekorasi Destinasi Menarik Festival Floria Putrajaya Foods Gosip Artis Holiday Keagamaan Keluarga Kesihatan Komputer Lifestyle Pengumuman Percutian Percutian Bajet Review Places Tips dan Panduan Travel Tutorial

Advertisement

Total Pageviews

Created with by OmTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates