Pages

  • Home
  • Travel
  • Foods
  • Aktiviti Keluarga
  • Tutorial

The Kipidap

Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara pertandingan DIY Made Simple 2025, sebuah program tahunan peringkat kebangsaan yang bertujuan memupuk inovasi dan kelestarian dalam kalangan pelajar Malaysia. Pasukan sekolah yang terdiri daripada empat orang pelajar itu berjaya memenangi hati para juri dengan projek sisa-kepada-tenaga, jubin eko (ekojubin) yang menangkap tenaga kinetik daripada jejak untuk menjana dan menyimpan tenaga elektrik, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menggerakkan peranti kecil, menambah baik kemudahan sekolah dan menggalakkan amalan yang lebih hijau.

Memasuki edisi kesembilan, pertandingan ini menyaksikan Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur menewaskan 273 penyertaan dari 116 sekolah di seluruh negara pada acara Pusingan Akhir dan Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Yayasan MR D.I.Y., cabang amal peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad, dengan kerjasama Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) dan Fakulti Alam Bina UM, serta sokongan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan tema tahun ini iaitu ‘Sisa kepada Tenaga: Inovasi untuk Masa Depan Lebih Hijau’, pelajar digalakkan untuk mempamerkan penyelesaian praktikal yang menukar sisa pepejal kepada sumber tenaga boleh guna semula, sekali gus mengurangkan kos serta menyokong kelestarian. Antara contoh termasuk panel solar daripada e-sisa, penjana elektrik menggunakan sisa plastik, lampu LED berkuasa bio-bateri, turbin air mini, bateri daripada sisa logam, serta penghasilan hidrogen daripada air sisa.

Dalam ucapan semasa majlis penyampaian hadiah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata: “DIY Made Simple bukan sekadar pertandingan – ia merupakan platform yang mempersiapkan pelajar dengan kemahiran dunia sebenar dan menginspirasi anak muda di Malaysia untuk membentuk masa depan yang lestari. Selama sembilan tahun, ia telah membuktikan bahawa pendidikan, kreativiti, dan inovasi bergerak seiring. Kami berterima kasih kepada Universiti Malaya, Kementerian Pendidikan, guru-guru, ibu bapa, dan terutamanya para pelajar yang telah merealisasikan idea-idea hebat ini.”

Mengulas mengenai pertandingan tersebut, Pengarah Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya, Profesor Madya Chm Dr. Noraini Ahmad berkata: “DIY Made Simple adalah bukti nyata kuasa kerjasama dan perkongsian jangka panjang. Apabila pelbagai minda dan organisasi bergabung untuk mencapai matlamat yang sama, hasilnya boleh menjadi luar biasa. Tahun demi tahun, kita menyaksikan pelbagai idea inovatif dan projek kreatif dalam pelbagai tema, setiap satunya menaikkan penanda aras ke tahap yang lebih tinggi. Adalah penting untuk universiti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, serta syarikat korporat berganding bahu dalam memperjuangkan inisiatif yang membawa nilai berpanjangan kepada masyarakat. Melalui kerjasama seperti ini, kita mampu mencipta perubahan bermakna yang meninggalkan legasi positif untuk generasi akan datang.”

Senarai Pemenang dan Hadiah

  • Juara: SMK Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur - wang tunai RM4,000 
  • Tempat Kedua: SMK St Mary, Papar, Sabah- wang tunai RM3,000 
  • Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah - wang tunai RM2,000 
  • Tempat Keempat: SMK Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur - wang tunai RM1,000 
  • Tempat Kelima: SMK Shahbandaraya, Klang, Selangor - wang tunai RM500 

Kelima-lima pasukan terbaik turut menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM300, sijil penyertaan, dan trofi.

Anugerah istimewa:

  • Video Paling Disukai (YouTube): Kruss Synergy dari SMK Krubong, Melaka - wang tunai RM500 
  • Video Paling Menarik (TikTok): Kruss Synergy dari SMK Krubong, Melaka - wang tunai RM500 

Hadiah Saguhati (Anugerah Inspirasi): Baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM300, sijil penyertaan dan trofi telah dianugerahkan kepada:

  • SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. 
  • SMK Baru Bintulu, Sarawak.
  • SMK Tunku Besar Burhanuddin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 
  • SMK Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. 
  • SMKA Durian Guling, Marang, Terengganu. 
  • SMK Tun Perak, Rawang, Selangor. 
  • SMK Krubong, Melaka
  • SMKA Durian Guling, Marang Terengganu. 
  • SMK Luar Bandar, Miri, Sarawak
  • SMK St. Peter Kudat [M], Sabah
  • SMK Baru Bintulu, Sarawak 

Sebagai pengiktirafan kepada usaha di peringkat negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor meraih tempat pertama bagi penyertaan tertinggi, diikuti oleh Jabatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Sabah dan Sarawak. 

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, DIY Made Simple telah melibatkan lebih 8,000 pelajar daripada 715 sekolah di seluruh Malaysia, dengan 5,000 projek dihantar setakat ini. Pertandingan ini terus memupuk inovasi, kerjasama berpasukan, dan kemahiran penyelesaian masalah di samping memperjuangkan kelestarian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kelestarian dan komuniti Yayasan MR D.I.Y., sila layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, atau laman media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.

  • 0 Comments

 

2020 melabuhkan tirainya. Kini kami, tiga bersaudara ingin memaklumkan perubahan atau lebih dikenali sebagai rebranding team kami ini untuk tahun 2021 ini.

Setelah berguling, melompat dan menungging, kami sepakat menamakan "THE KIPIDAP" yang mana kami akan terus menerajui teknik pemasaran digital hari ini. 

Sebarang collaboration dan sponsorship partner boleh hubungi kami di emel

lamankeluarga@gmail.com



  • 0 Comments

Haiii... Lama betul kami tak update story kat laman blog ni kan.

Berlakon? Alhamdulillah dapat rezeki dan rasai pengalaman berlakon. Memang terkejut beruk jugak lah mula-mula bila dapat tawaran berlakon untuk siaran TV Astro Ceria. Tak pernah pun terfikir boleh sampai ke tahap ni. Walaupun hanya scene pendek melibatkan hanya lakonan badan sahaja tanpa ada dialog tapi rasanya cuak jugak kot nak shooting hari tuh.


Kenapa cuak? 

Crew ramai kot. Of course lah ada rasa malu. At last tak tengok pun semua muka crew tu. Kami belasah je duduk tempat yang disuruh sampai lah habis scene.

Ni talent atau pelakon utama iaitu Aiman Tino dan Ruhainies

Tengok dorang berlakon banyak kali pun dah debar dah. Padahal mereka ni lagi banyak pengalaman berbanding kami yang kecik ni. Tapi no hal. Orang cakap dah dapat peluang kan, redah aje lah.. At least dapat jugak bertemu selebriti Malaysia ni. 

Scene Party yang kami sertai. 

Budak-budak kecik seronok dapat belon weyyhhh... Hahaha..


Alhamdulillah... yang penting perut kami terisi dengan makanan yang enak dan mengenyangkan. And by the way, kami berlakon ni dapat dari kakak dan abang sepupu kami yang memang aktif dalam dunia media iaitu Kak LeYa dan Abg Otomen Taro. Rasa memang ramai je blogger kenal mereka ni... Hehehe... Thank you so much bagi kami rasa berlakon.

Kalau korang nak tahu bila drama ni ditayangkan, nantikan Januari 2021 di Astro Ceria dalam Putera Ares dan Puteri Felora di #feloraazaniagerbangentropi. Jangan lupa tonton taw! 
  • 1 Comments
Haiii... Lama kami tak munculkan diri dalam aktiviti blogging di ruangan Blog Laman Keluarga Hajah Lijah ni kan. Untuk tahun ini, kami cuba untuk memperbanyakkan mengisi kekosongan di ruangan blog ini dengan kisah-kisah menarik yang cuba akan kami kongsikan.

Menikmati 'Hidangan Warisan' Di Buffet Ramadhan Hotel Tenera, Bangi

Korang dah habis ganti puasa belum?? Ramadhan dah nak dekat ni. Atau dah ada lokasi berbuka puasa ke dengan keluarga dan kawan-kawan? Kalau belum, jom tengok apa yang kami nak kongsikan! Enjoy your reading...


Macam biasa, menjelangnya Ramadhan, pasti terdapat banyaknya menu-menu bufet yang akan ditampilkan. Tapi, jom ikut kami untuk berbuka puasa dengan keenakan sajiannya, tempatnya yang selesa dan harga yang berpatutan. Mana lagi kalau tak Hotel Tenera, Bangi.

Tak jauh dari Bandar Kuala Lumpur atau yang dari Negeri Sembilan. Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung, lagi-lagi time Bufet Ramadhan. Untuk kali ini, ia menyajikan masakan kampung bertemakan 'Hidangan Warisan' sambil dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang segar.


Apa Yang Istimewanya Berbuka Puasa Di Hotel Tenera?

Terdapat lebih 200 menu hidangan bertemakan warisan Melayu hasil air tangan Chef Eksekutif Hotel Tenera, Cef Sahisal Azrul yang menyajikan makanan seperti Ayam Hot Peri-Peri 'Yaribaaa', Seafood Goreng "KAVA", Mak Top Mi Sup Utaro / Gear Box, Pasta Pasti 'World', Lok Lok Budak Gemuk, Bubur Lambuk Persiaran Kemajuan, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning, Sambal Ibu Saodah, Tahu Bakar Udang Geragau, Cucok Udang Bas Stand, pilihan terbaik Asam Pedas Pasti Terliur, Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, aneka Mi Goreng, aneka Roti, Murtabak Roti Arab, Goreng-Goreng Mak Tom, Wadei Brickfield Road, Abe Keropok dan banyak lagi.

Pengunjung juga boleh menikmati suasana berbuka seperti berada di bazar Ramadhan kerana terdapat 50 gerai makanan yang turut menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Daun Maman, Gulai Darat Ayam Kampung, Gulai Tunjang, Gulai Tongkol Pecah Telur, Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi, Kambing Gulai Kawah Lebar, Itik Salai Jando Pulang, Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan sebagainya.

 
 
 
 
 
 
 

Bukan itu je tau. Pada yang meminati manisan atau dessert, anda harus cuba rasa aneka pencuci mulutnya seperti Bingka Sawit, Kuih Serabai, Peneram Che Omar, Cendol Sawit Gula Anau, Tepung Pelita, Kuih Lapis, Seri Muka, Talam Keladi, Bubur Manis Rambang Mata, Talam Jagung, Bakar Bijan, aneka aiskrim premium dari Baskin Robin, pelbagai jenis kek dan banyak lagi.

 
 
 

Tidak dilupakan juga kepada masakan Cina sepertiDim Sum Aliff Baa Ta yang mana disediakan secara 'Live' bersama Sos Hoisin dan pedas, Chee Chong Fun.

 

Jangan risau! Sebab Hotel Tenera juga turut sediakan dewan solat untuk para pengunjung menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Tempat parkir juga adalah percuma. Dengan hidangan yang sungguh mewah dan pelbagai, harga yang ditawarkan sangat berbaloi.

Promosi 'Early Bird' bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2020
RM78

Selepas tempoh 'early bird' pengunjung boleh nikmati pada  harga seperti
RM108 nett Dewasa
RM48 nett Kanak-Kanak (berusia 11 tahun dan ke bawah)

 

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut untuk berbuka puasa, boleh hubungi seperti

Talian Telefon
03 - 8929 9600

WhatsApp
019 - 3854 796 / 019 - 3206 796 / 019 - 3592 796

Facebook
Hotel Tenera Bangi

Instagram
@hoteltenerabangi

**Sepanjang bulan Ramadhan juga, pihak Hotel turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk hidangan di waktu sahur. 
**Hotel Tenera milikan penuh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad dan berkonsepkan 'mesra Muslim'. Mempunyai 502 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk berkonsepkan muslimah.

  • 0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay… Aqil nak cerita pada 10 dan 11 November lalu, Aqil dan family sebelah Ibu mengadakan Sambutan Hari Keluarga Nek Z 2018 di A’Famosa Resort, Melaka. Dengan tema “Mesra Kasih Bersaudara”, kami bertolak lebih kurang jam 2.30 petang. 


Oh ya! Sebelum tu kenapa Nek Z? Nek Z adalah panggilan buat nenek tersayang yang diberi nama Zaimah. Memandangkan nenek lah generasi pertama buat keluarga ini, jadi nama Nek Z terus melekat hingga ke hari ini. Hehehe…

Inilah Nek Z

Sambung semula kisah di Hari Keluarga Nek Z. Dan, kami sampai lebih kurang jam 3.20 petang. Aktiviti bermula 4.15 petang. Meriah sekali bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Walaupun tidak semuanya yang dapat hadir, tetapi bilangan ahli keluarga Nek Z sebenarnya semakin hari semakin bertambah. Memang awesome dan gempak lah kalua buat aktiviti kan. 

Okay…. Jom tengok beberapa gambar yang Aqil upload untuk tatapan pembaca blog ni. 








Best ke tak best Family Day Aqil ni? Cuba korang pula kongsikan aktiviti keluarga korang di komen di bawah. Hehe...
  • 1 Comments

Alhamdulillah... Aqil sekali lagi diberi peluang dalam dunia blogging. Pada petang Sabtu bersamaan 23 Disember 2017 lalu, Aqil diberi kesempatan untuk menyertai Pelancaran Kerusi Urut Gintell De'Space Star di IOI Mall, Puchong sempena Christmas Health Fair pada kali ini. Seperti yang sedia maklum, Gintell menganjurkan pameran kesihatan ini untuk meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.



Bukan mudah umur seperti Aqil yang baru berusia 12 tahun ini sudah mula berjinak dengan dunia blogging. Namun, dek kata semangat Ibu dan Ayah serta dorongan Kakak dan Abang saudara iaitu LeYa dan Otomen Taro, Aqil berjaya menempuh cabaran dan liku-liku untuk menjadi seorang blogger sekaligus menjadi penulis untuk Blog Laman Keluarga yang dah lama bersawang ini. Hahahaha....


Menurut Ketua Pegawai Operasi Gintell, Encik Simon Hue, "Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak mengambil berat akan kesihatan diri dan menyebabkan masalah atau gangguan kepada kesihatan. Alasan yang sering didengari adalah tiada masa." Jadinya, dengan kemunculan Kerusi Urut De'Space Star dari kami ini, ia telah merevolusikan kepada penyelesaian masalah yang dihadapi rakyat Malaysia itu.



Kerusi Urut De'Space Star dari siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan ini menjanjikan elemen yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Satu bebola direka khas untuk menyediakan urutan seperti urutan tangan sebenar. Selain itu, terdapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap yang juga melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur.

Produk yang baru sahaja dilancarkan ini oleh Datuk Jalaluddin Hassan ini ditawarkan dengan harga RM11,836. Kerusi urut ini menyediakan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Antaranya Yoga Stretch yang menyediakan manfaat dan fungsi senaman yoga.


Hari itu juga, Gintell membuktikan komitmen yang sangat baik kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menganjurkan program bual bicara kesihatan "Breathing Well with Yoga" yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys. Manakala Datuk Jalaluddin menghiburkan para peminatnya dengan sesi ramah mesra secara eksklusif.


Bersempena Hari Krismas dan Tahun Baru, GINTELL akan mengadakan promosi pameran kesihatan sehingga 1 Januari 2018 di mana pembeli akan dapat menikmati rebate tunai secara istimewa sebanyak RM2,000 dengan setiap pembelian Kerusi Urut De'Space Star.

Layari www.gintell.com untuk ketahui maklumat lanjut atau hubungi talian 1-800-88-6332. 
  • 0 Comments
Older Posts Home

search

About Us


Hi! We are The Kipidap

An adventure travel, lifestyle blogger, and foods.


Hi! I'm Paul Harrington

Followers

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  September (2)
      • Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA @Arena Butter...
      • Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur dinobatka...
  • ►  2023 (2)
    • ►  November (2)
  • ►  2022 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  November (3)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
  • ►  2013 (8)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (8)

Blog Wajib Singgah!

  • Blog LeYa
  • Portal HRs
  • Wafa Adlina
  • LF Production

Labels

Aktiviti Keluarga Artikel Berita Terkini Cerpen Conteng-Conteng Cuti-Cuti Sekolah Dekorasi Destinasi Menarik Festival Floria Putrajaya Foods Gosip Artis Holiday Keagamaan Keluarga Kesihatan Komputer Lifestyle Pengumuman Percutian Percutian Bajet Review Places Tips dan Panduan Travel Tutorial

Advertisement

Total Pageviews

Created with by OmTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates